Althea Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

Beauty

Assalamualaikum..

Ummi nak review set ekslusif dari Althea Korea iaitu Althea Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit. Dalam kt ni ada dua jenis produk hot dari Althea iaitu Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder

Serious memang Ummi suka gila kot set ni. Kalau korang tengok dalam video pendek tu, ada 5 jenis barang dalam kit kali ni.

❤️ Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
? Petal Velvet Powder ~ Pink Lavender
? Petal Velvet Powder ~ Warm Beige
?  Petal Velvet Powder ~ Translucent
? Super Cute Althea Hologram Pouch

Ummi juga nak kongsikan dengan korang kepentingan sunblock atau sunscreen. Ramai antara kita yang endah tak endah dengan pemakaian sunblock/ sunscreen.  Pemakaian sunblock/sunscreen adalah untuk mengurangkan kadar pendedahan kulit kepada sinaran terik matahari. Sunblock penting  untuk melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB. Ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen.

Jom kita tengok satu-persatu best ke tak best produk-produk ni ya. 

Inilah dia Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit.

Petal Velvet Sunaway mengandungi SPF 50+ PA++++  pelindung matahari yang ringan yang melindungi kulit daripada sinaran UV dengan kemasan seperti kelopak.  Wahhhh terus terasa kulit muka halus dan lembut macam kelopak bunga hehehe. Formula bukan kimia dengan tekstur ringan dan cecair untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.  Ia membantu mengawal sebum yang berlebihan pada kulit dengan sistem serbuk mikro manakala asid hyaluronik memastikan kulit terhidrasi sepanjang hari.

Packaging nya comel je kan dengan kandungan 55ml sebotol. Senang nak bawa ke sana ke mari. Yang penting warna pink tu yang menawan kalbu hehehe.

Bahan-bahan utama yang terdapat dalam  Petal Velvet Sunaway:

Damask rose extract – Menjadikan kulit sihat dan mengawal iritasi dan kerengsaan pada kulit

Hyaluronic acid – Melembabkan kulit dan mengelakkan diehadrasi

Geranium oil – Menjadikan kulit cantik berseri dan menghapuskan jerawat

Memang best pun baunya sedap je tau. Cepat meresap ke kulit. Kulit pun tak rasa melengas.

Lepas uolls pakai Petal Velvet Sunaway jangan lupa tepek pula dengan satu lagi produk best dari Althea iaitu Petal Velvet Powder. Sesuai untuk semua jenis kulit. 

Bahan-bahan yang terdapat dalam Petal Velvet Powder:

Althea Seed Extract – kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar dan memastikan ia tetap baik dan terhidrat.

Polyphenols – Memelihara kulit dari sinaran UV

Saponarin – Membaiki sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit yang menua.

Petal Velvet Powder Warm Beige

Petal Velvet Powder Pink Lavender

Petal Velvet Powder Translucent

Cara menggunakan  Petal Velvet Sunaway SPF 50+ PA++++  & Petal Velvet Powder:

  • Goncang Petal Velvet Sunaway dahulu sebelum guna ya uolls
  • Kemudian sapukan ke bahagian muka pada waktu pagi atau sebelum terdedah kepada cahaya matahari. Sesuai untuk semua jenis kulit dan juga yang berkulit sensitif kerana ianya tidak melekit.
  • Kemudian sapukan Petal Velvet Powder pilihan uolls menggunakan berus atau puff yang disediakan. Sapu rata ke seluruh bahagian muka. Taraaaaaa siap!

    **** Ummi menggunakan Petal Velvet Powder Translucent.

Pada pendapat Ummi, dua produk Althea ni sangat sesuai untuk mak-mak yang kekurangan masa nak berhias, tapi masih lagi mementingkan kesihatan kulit.

Dah apa tunggu lagi uolls cepat dapatkan Althea Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit korang sekarang!

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, korang boleh jengah link di bawah ya:

Website : http://althea.kr/ 
Instagram : https://instagram.com/altheakorea
Facebook: https://www.facebook.com/altheakorea

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Althea Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!