Kisah Abang Ilham & 18 Oktober

My Hero Kechik - Ilham Syahmi Rambling

Assalamualaikum.. Ummi mencari kekuatan dan kerajinan menyusun ayat. Plan nak up entri ni hari Sabtu, tapi mood nak blogging tu tak muncul. Maka terperaplah gambar dan entri dalam draft. Hari ni 1 Oktober kan? ya semua orang tahu tarikh hari ni.

Apa cerita Abang Ilham dan kaitannya dengan 18 Oktober tu? Haaaa ni Ummi nak kongsi ragam anak Ummi sorang ni. Ummi saja je berbual dengan dia hari tu.

“Ilham.. bulan depan 18 Oktober hari ulangtahun perkahwinan Ummi dengan Babah yang ke 10 tahun tau”

(ayat skema dengan harapan anak ko faham apa ko merapukan tu)

“Oooo ye ke Ummi.. Ummi dengan Babah nak kahwin eh?”

“Ya, tapi bukan nak kahwin lagi.. Ummi dengan Babah memang dah lama kahwin.. kalau tak macamana la Ilham dengan Syamil ujud”

“Dah lama Ilham nak tengok Ummi dengan Babah kahwin”

Memang pun.. dia selalu belek album kahwin Ummi dengan Babah dan membebel kenapa dia tak ada dalam gambar tu.

“Ilham nak bagi Ummi hadiah apa nanti?” saja berbasa basi melayan Ilham nak tengok apa feedback dia.

“Ummi.. nanti Ummi nak pakai baju pengantin ke? Ummi dah ada ke baju pengantin?”

“Alaaaa mana Ummi ada baju pengantin.. kesian Ummi dengan Babah”

“Kesiannya Ummi..”  muka sedih.

Ummi pun acah-acah buat muka sedih. Perbualan kami terhenti di situ. Ummi ingat dah habislah cerita “Ummi Babah nak kahwin 18 Oktober ni”

Rupanya dia duk kerja menyimpan kalendar ni. Asyik kerja belek tarikh 18 Oktober. 

“Ummi.. 18 Oktober tu hari Khamis.. hari Ummi kerja.. macamana ni Ummi?”

“Itulah.. Ummi kerja nak buat macamana”

“Macamana ni Ummi.. kan Ummi nak kahwin dengan Babah nanti.. Ummi ni suka main-main la”

Ehhhh.. dia yang tak faham asal tajuk cerita, dia nak marah kita pula. Ummi malas nak layankan dia membebel. Dalam hati Ummi gelak sorang-sorang.

Hari Jumaat lepas, masa ambil diorang dari rumah Opah. Opah buka cerita.

“Long.. Ilham ni ha.. jemput Opah datang rumah 18 Oktober ni dia kata Ummi dengan Babah nak kahwin”

Kahkahkah.. gelak besar Ummi ko Ilham. Adoiii la anak. Kenapakah tergamak dia menjemput Opah. Ummi seram sejuk kalau dia jemput cikgu sekali. Kang ada cikgu ingat betul-betul ada kenduri 18 Oktober ni. Dia dengan muka tak bersalah mengaku memang Ilham dah jemput dah Opah. Bila cerita kat Mommy Ngah, Mommy Ngah kata dia siap suruh Mommy carikan baju pengantin untuk Ummi. Kahkahkah. Simpati sangat agaknya bila Ummi buat muka sedih tak ada baju pengantin.

Ummi dah rasa nak skip tarikh 18 Oktober ni boleh tak? hahaha. Tak sampai hati nak tengok kekecewaan Ilham bila Ummi dengan Babah tak pakai baju pengantin hari tu nanti haha. Ke ada mana-mana bridal nak sponsor baju pengantin Ummi dan Babah Ilham punya 10th anniversary ni? hahaha. MUA dah sah-sah Mama Cu boleh sponsor ekekeke. Matilah kalau Mama Cu baca.

Tahun lepas dia merengek nak makan nasi pengantin Ummi dan Babah. Sudahnya masa anniversary tahun lepas, gigih Ummi masak nasi minyak buat pertama kali dalam hidup uiii. Boleh baca entrinya kat SINI.

Ok lah penat membebel. Tunggu jek lah apa jadi 18 Oktober ni hahaha.

Loading

Related Posts

10 thoughts on “Kisah Abang Ilham & 18 Oktober

  1. tergelak baca ni… boleh je ummi dan babah pakai baju pengantin haritu… amik cuti.. pergi studio, pakai baju pengantin… pastu snap foto.. tapi kali ni ada budak2 tu sekali… terasa macam sweet plak. nak disedapkan imaginasi kak mia ni, ajak opah dan mommy ngah join sekali… uiii havoc…

  2. assalamualaikum hernee…kenalah pakai gaun ngantin nanti…frust pulak nanti bila x dpt tengok ummi n babah pakai baju kawin….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!