Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu

Foods Review

Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu | Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu. Minggu terakhir bercuti panjang dalam bulan September. Rasa macam heaven on earth gitu kan. Apa je aktiviti uolls buat? Ummi aktiviti paling heaven makan tidur makan tidur hahahaha. Tetiba terajin charge wireless keyboard dan menaip entri ni. Cerita makan-makan bulan 7, selepas berpenat lelah turun naik tug boat di Sg. Udang Melaka. Well, Ummikan memang suka peram cerita hehe.

Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu

Sebelum meneruskan perjalanan balik tu kami sempat singgah di Medan Ikan Bakar Pernu. Mula-mula diorang nak singgah tempat lain, tapi bila suggestkan kat Ikan Bakar Parameswara diorang ok je. Sebab Ummi pernah makan sekali kat sini dan memang sedap.

Sebelum jumpa Ikan Bakar Parameswara, korang akan melalui gerai-gerai makan yang lain. Memang ramai la abang kakak pakcik makcik keluar menawarkan menu masing-masing. Tapi dah plan nak makan di Parameswara, jadi kami tolak secara baik. Nak beli souvenir ke belacan Melaka ke pun ada jual di tepi jalan tu.

IKAN BAKAR PARAMESWARA

Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu

Ok jalan kaki tak sampai berapa minit dari car park dah nampak la bayang Ikan Bakar Parameswara ni. Kedai paling hujung sekali.

Senarai menu Ikan Bakar Parameswara.

Nampak tu fresh seafood. Korang boleh pilih mana yang korang suka, masukkan dalam bakul, timbang dan sertakan sekali jenis masakan pilihan korang.

Pakcik berdua ni tengah pilih seafood hehehe. Kemain cekak pinggang macam Mak Jemah hahaha.

Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu

Dah siap pilih seafood dan jenis masakan marilah kita menunggu hidangan siap sambil makan buah-buahan potong dan rojak buah.

Buah-buahan potong, nenas, jambu batu dan tembikai beserta serbuk asam.

Rojak buah.. sedap!

Sebenarnya kami telah dipaksa membeli buah dan rojak oleh kakak itu hahaha. Belum konfem bagitahu nak ke tak dia dah letak atas meja.. haha.. Pandai marketing strategy kakak ni ya hehehe.

Fresh orange Ummi yang punya. Makanan dah sampai.. jejoms kita makan.

Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu

Sotong goreng tepung.

Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu

Udang goreng nestum.

Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu

Kailan Ikan Masin.

Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu

Ikan Pari Bakar.. sedap uolls.. ada dua pilihan pencicah, sama ada nak cicah air asam atau kicap. Dua-dua pun sedap.

Ikan Siakap Stim.. siap ada soo hoon lagi.

Juara bertahan.. orang lain dah stop.. dia masih syok makan. Patutlah pipi makin mengepau.. kahkahkah. Harap dia tak rajin nak baca entri ni. 

Overall memang sedap makanan di Ikan Bakar Parameswara ni. Semua makanan cukup rasa. Kalau korang ke Melaka nak pekena ikan bakar boleh la ke sini. Banyak juga pilihan ikan bakar di kedai-kedai lain boleh tanya pakcik google la dulu baca review pelancong-pelancong ke Melaka ni. Kawasan Umbai ni memang top la dengan ikan bakarnya kan.

Sempat juga bergambar kenang-kenangan sebelum meneruskan perjalanan balik ke JB dan sebelum bersenang hati menutup mata selepas kekenyangan makan ikan bakar sedap hehehe. Ok, till then.. nanti Ummi sambung lagi cerita makan. Banyak entri makan sebenarnya yang tertunggak. Stay tuned ok.


IKAN BAKAR PARAMESWARA

Alamat:
Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu,
Umbai 75640, Melaka.

Telefon:
012-315 2301/ 06-261 6106

Email:
ikanbakar@parameswara.my

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin


Resipi Ikan Siakap Bakar Sedap boleh baca SINI

>> Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu<<

Loading

Related Posts

9 thoughts on “Makan-makan di Ikan Bakar Parameswara Medan Ikan Bakar Pernu

  1. Dekat dah oiii.. Hahaha.. Kat sini memang best ikan bakar dia. Bukan takat ikan bakar je, seafood yang lain jugak.

  2. mesti pergi punya tempat. stalk stalk pasal kedai makan ni. lepas tengok nyesal pulak. lapar terus perut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!