Random Post ~ Geng Jumaat

BFF Ummi Ilham Foods Review Geng Jumaat

Assalamualaikum..

Rasa macam dah lama gila kot tak tayang gambar Geng Jumaat ni kan. Ya kami masih meneruskan misi JJCM di hari Jumaat kecuali ada aral melintang hehe. Tapi pusing-pusing kami tetap mencari menu-menu favourite bersama hehehe. Jadi jangan jemulah nampak kami JJCM tempat yang sama ekeke.

JJCM – SUSHI KING, PUTERI HARBOUR

Masa ni kami bertiga je yang ada, Kak Leen cuti. Walau tak cukup kuorum, makan tetap makan hehe. Rasa gatal-gatal kulit duduk office dalam waktu 2 jam rehat hari Jumaat tu ngeh ngeh ngeh.

Heaven on earth weh bila octopus aka Chuka Iidako ni masut mulut perghhhh berpinggan-pinggan Ummi bedal. Tak tahu nak cakap dia punya sedap.

Dulu Ummi tak suka Chuka Kurage ni. Alaaa sesame jelly fish. Tapi bila dah selalu makan ya ampun memang ngam rasanya.

Another favourite dish..  Salmon Piri Piri sedap bila dapat cicah dengan sosnya.

Gunkan – Chuka Iidako.. menyotong jek oi. Berenang-renang sotong dalam perut.

Ummi order yang berat sikit padahal makanan lain berpinggan-pinggan dah cukup berat haha dan yang pastinya pilihan Ummi tak lain tak bukan Tenpura Udon.

Edamame ni makan berjemaah.. berpinggan-pinggan pun tak ada hal.

Sempat juga cuba nasib masuk contest.. Experience Hokkaido Contest dengan harapan dapat Grand Prize 7 hari 5 malam ke Hokkaido untuk 2 orang worth RM20,000 woot woot. Berangan mana tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah Ummi.. Allah je yang tahu hehe. Doakan tau! Nanti Ummi belanja fridge magnet I Love Hokkaido hahaha.


JJCM – DOMINO’S PIZZA, TAMAN NUSANTARA

Masa kejadian ni Eqa pulak yang cuti. Jadi kami bertiga je lah yang terjah Domino’s Pizza, Taman Nusantara. Hajat hati nak bedal pizza Samjeang. Alhamdulillah ada rezeki dihujung-hujung stok. Lepas ni pizza Samjeang dah tak keluar lagi. Harap Domino’s jangan la stop terus, sebab Ummi suka gila kot pizza Samjeang ni. Ehhhh Ummi ingat dorang nak dengar rintihan hati Ummi sorang ke? hahaha.

Beef Samjeang Pizza.. fuhhhhh sedap meletop pedas kebabom.

Ayam Haseyo.. tak cukup sos.. request tambah lagi. Sebab sebelum ni Ummi makan memang sos pekat likat. Memang alergik betul kalau dapat yang buat ala kadar.

Stuffed Cheddar Bites.. sedap!

Yang ni apa entah nama.. malas nak cari haha.

Blueberry Cheesecake.. sedap tapi bahaya makan selalu.. boleh potong kaki. Lepas kenyang bergegas le masuk office semula. Rehat satu jam je ui.. itu pun dah terlajak masa ekeke.


JJCM – OLD TOWN WHITE COFFEE, MALL OF MEDINI

Next location, mana lagi kalau bukan Old Town White Coffee. Sebenarnya kami berempat, cuma Eqa balik awal sebab dia half day dan masa dia ada tu Ummi lupa snap gambar hehe. Ampun Eqa hehe.

Kasi can lah Ummi tayang muka yang macam tak siap tudung senget benget.

All time favourite drink.. iced chocolate..

Curry Mee Hoon kegemaran Ummi.. Aim utama ke sini memang nak makan mee hoon kari ni haha. Tak tahulah tekak Ummi rasa sedap sangat, lagi-lagi bila dapat gigit dried tofu tu nyumsss hehe. Korang dah cuba Curry Mee Hoon Old Town White Coffee ke? Kalau belum cubalah.


JJCM – RESTORAN JOHNNY’S, AEON MALL BUKIT INDAH

Ini kejadian minggu lepas, kami bertiga je Noni outstation. Memang mka lapar memasing tu, cover line je buat-buat senyum padahal si tudung pink belacan tu dah pesan kat waitress cepat hantar makanan hahaha.

Abaikanlah muka Ummi tu ya haha. Eqa tu sibuk nak cari pose paling cun. Tu yang Ummi bagi muka tak semenggah sekali dua haha.

Pilihan Ummi tak lain tak bukan.. Ice Lemon Tea..

Pilihan kami bertiga semestinya steamboat berkuah tomyam auwmmmmmm.. kalau clear soup tu rasa macam tak pergi lah hehehe. Yang penting sos steamboat Johnny’s tiada tandingan hehehe. Lega perut memasing dapat makan steamboat. Balik office mula la bersengkang mata, perut dah kenyang mata mengantuk. 

Itulah cerita-cerita Geng Jumaat yang Ummi perap. Kalau perap-perap jadi makin sedap macam kimchi best juga kan hahaha. Ok esok kami tak keluar sebab dah order Korean Food lunch box. Tak sabar nak kunyah bulgogi dan kimchi. Adoiii meleleh air liur.

p/s Kemalasan mengupdate blog semakin menjadi-jadi. Apa nak jadi dengan gambar-gambar kat PC tu ek. Jadi tukun mungkin :p

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Random Post ~ Geng Jumaat

  1. best ada geng sekepala suka cari makan ni…ujung minggu ni ada plan nak ke sushi king gak ni..semua kepala da nampak sushi king aje malam ni..hahahah

    1. aah alhamdulillah geng ni kalau propose tmpt makan mana on je.. geng mak2 ngepak hari jumaat hahaha

  2. hahahahhahhaa… geng jumaat jjcm …..rehat lama kannn haruslahhhhh jjcm. teringat dulu intern dekat bando, perghhhh jjcm keliling bandar kauuuuu…

  3. Kemain dia punya makan, tiap Jumaat kalau gini makannya, walaaaa boleh maju ke depan perutnya berbulan bulan oii hahahahaha :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!