Abang Ilham & Gerhana Bulan Penuh 28 Julai 2018

Homeschooling The Ilhams Learning Phase

Assalamualaikum..

Happy weekend uolls! Ummi muncul sekejap nak cerita kisah malam tadi. Ummi dah beritahu The Ilhams siap-siap pasal fenomena gerhana bulan malam tadi. As usual masing-masing excited. Lagi-lagi bila nampak bulan penuh yang sangat cantik. Subhanallah!

Ikut diorang ni kekonon tak nak tidur sampai waktu gerhana. Ummi layankan je. Sekali baru pukul 12 lebih sorang demi sorang tumbang termasuk Ummi sempat terlelap hehe. Nasib baik Ummi terjaga pukul 2am tau. Tengok live update dari Johor Astronomy Club (JAC) then dah nak pukul 4am tu Ummi cepat-cepat kejut Abang Ilham.

Nampak tak tu, mata mengantuk tapi hati tetap nak tengok gerhana bulan hehe. Sampai tak sedar sarung kasut Babah hahaha.

Poyo je muka Abang Ilham tu kan. Dia pelik kenapa bulan punya warna putih hilang hehehe. Lepas tu pelik sesubuh hari Ummi ajak duduk luar rumah. Padahal orang lain semua syok tidur hehehe. Sekali sekala kita menyaksikan kebesaran Ilahi. Dapatlah Ummi snap walau kelabu asap hehehe buat kenangan sendiri. Bila dah pagi dia boleh pecah lubang kat Syamil yang dia tengok gerhana bulan. Dah mamat tu merengek kat Ummi marah Ummi kenapa tak kejut dia. Padahal dia yang tak boleh buka mata hehehe. Tak apa malam ni kita tengok bulan lagi hehe.

Related Posts

4 thoughts on “Abang Ilham & Gerhana Bulan Penuh 28 Julai 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!