Assalamualaikum..
Hai uolls.. Ummi dilanda kemalasan mengupdate blog minggu ni. Cuma mampu draft je hehehe. Ini cerita sehari sebelum raya, sebelum sampai rumah Atok Tipah. Macam biasa kami akan shopping kerepek raya dan sikit kuih raya di Salleh Food. Sejak pertama kali Babah kenalkan denga produk Salleh Food ni, Ummi memang tak cari yang lain. Mesti nak ke sini juga. Korang pernah shopping krepek raya dan kuih raya kat sini tak?
SALLEH FOOD SUPPLIER & MARKETING
No. 143 Kampung Parit Kemang Darat,
83000 Senggarang, Batu Pahat, Johor.
Banyak pilihan kerepek, korang pilih la mana korang suka. Ummi malas nak snap bebanyak sebab orang ramai. Kang sibuk snap sana sini kerepek Ummi dah aim habis hahaha.
Ini hasil tangkapan Ummi, beli tak banyak jenis pun. Ummi beli kerepek ubi pedas, kerepek ubi kari, kerepek pisang (favourite The Ilhams), cookies apa entah namanya tu (yang penting sedap menyesal beli 1 je) dan jdried guava. Kerepek ubi kari tu Ummi beli lebih untuk stok kerepek rumah Atok Tipah.
Tak ada motif snap plastik ni, cuma Ummi suka sebab balck and white ekekeke. Sedondon dengan bantak kat sebelah tu hahaha. Bila kita nampak warna yang kita suka depan mata, automatik jadi satu terapi tau hehehe. Especially warna pink hehehe. Oklah sebelum Ummi merepek dengan lebih panjang, better stop here. Nak ke Mydin belanja barang dapur hoiii.
Korang kalau ke Senggarang boleh la singgah Parit Kemang Darat ya, cuba sekali sekala shopping krepek kat sini. Boleh rujuk alamat kat atas tu.
Waaaa setangah bulan raya kuih raya dah habis ek..meriahnya rumah awak ramai tetamu…
Kita tak beraya mana dan orang pun belum datang mai lagi rumah hahahaha
moga syarikat ini terus berkembang. tak pernah pergi sini lagi.
aamiin mudah2an rezeki diorang