Checklist Raya 2018

Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum..

Seperti tahun-tahun sudah, Ummi akan senaraikan checklist raya untuk keluarga kami. Saja je untuk rekod sendiri kan. Kalau korang macamana ya korang monitor untuk pastikan persediaan raya korang settle dengan cemerlang gemilang terbilang? hehehe.

Jom tengok checklist Ummi:

1. ZAKAT FITRAH – Alhamdulillah Babah dah settlekan 22 Mei yang lepas. Complete Atok Tipah dan Uda punya zakat ftirah sekali. Semoga beroleh barakah. Korang yang belum melangsaikan zakat fitrah cepat-cepat ya, dah suntuk sangat dah ni. Jangan terlepas menjalankan kewajipan yang satu ni.

2. BAJU RAYA – Baju raya kami bertemakan chocolate gitu. Baju melayu The Ilhams dan Babah tu memang dah siap tempah masa bulan Januari sempena pernikahan Mama Cu dan Uncle Cu. Jadi Ummi buat keputusan supaya diorang pakai je baju melayu tu untuk raya. 2 in 1 function gitu hehe. Jimat pun jimat. Lagi pun Ummi tahu Babah bukan suka sangat banyak-banyak baju melayu. Ikut Babah tak payah tukar baju melayu pun dia ok. Baju-baju dan seluar casual lain kami dah siap beli sebelum puasa lagi jadi tahun ni tak ada last minute shopping hehe.

3. KUIH RAYA – Alhamdulillah ini je kuih raya untuk tetamu kami nanti. Ehhh ada lagi 2 jenis belum ambil pada Cik Kukis. Of course Choc Chip Cookies dari Midnight Baker yang super sedap. Semua kuih tunjuk kecuali cornflakes madu giant 2 seringgit made by The Ilhams hahaha. Satu-satunya kuih raya yang kami buat hehe. Kalau sempat sampai Senggarang nanti kita shopping kerepek di Salleh Foods. Abaikan kuih bangkit cheese yang dah surut tu hehe. Tart nenas tu pun ada yang dah surut dikerjakan dek mak diorang hahaha.

4. DUIT RAYA – Duit raya Babah dah siap-siap kirim officemate dia tukar di bank. Insha Allah ada rezeki untuk anak-anak uolls nanti walaupun tak banyak yang kami beri. Semoga bermanfaat duit raya tu nanti ya.

5. KEMAS RUMAH – Malam tadi last round la kemas rumah, itu pun macam dah bersepah semula hahaha. Lantaklah nak oi. Adat la kan rumah orang beranak kecil ehhh. Tahun ni kami tak beriya sangat menghias rumah.

6. MENU RAYA – Menu raya, mengikut ramalan Ummi menu raya akan follow tekak Ummi lah kot hehe. Oleh kerana beraya di Senggarang, jadi menu kita masak kat sana lah ya. Nanti Ummi update gambarnya kalau ada kesempatan. Kalau beraya kat Gelang Patah memang Ummi menguasai sepenuhnya dapur sendiri hehe. Makan je menu apa Ummi masak hehehe. Menu biasa hari raya kami, nasi impit sebab Ummi tak reti anyam ketupat, ayam masak merah, kuah lodeh, rendang daging, serunding dan sambal kacang kalau Ummi rajin masak hahaha.

7. BALIK KAMPUNG – Tahun ni raya aidilfitri turn kampung Babah nun jauh di Senggarang, Batu Pahat. Hamboiiii jauh la sangat. Tapi sempat juga la Ummi selalunya melepaskan rasa mengantuk sepanjang jalan hehehe. Baju semua Ummi dah siap packing malam tadi. Itu pun Ummi rasa macam ada lagi yang nak bawa balik. Padahal cuti 4 hari je. Ummi rasa macam nak angkut gobok terus ikat atas bumbung kereta hehehe. Berseri beg baru Ummi tu, beg apa lagi kalau bukan Exclusive Suede Foldable Travel Bag. Besar banyak baju boleh sumbat hehe.

8. LAIN-LAIN – Pastikan kereta dah siap di service bagi mengelakkan masalah yang timbul sepanjang Hari Raya kerana banyak bengkel motor/ kereta yang ditutup sepanjang raya. Yang melalui tol-tol, jangan lupa sesiap top up korang punya Touch ‘N Go tau. Sebab takde top up dah. Yang penting yang melalui tol PLUS korang akan menikmati 50% diskaun bermula 13 dan 14 Jun 2018. As usual, kami balik Senggarang melalui jalan Pontian-Batu Pahat alhamdulillah masih tak ada tol ekekeke dan seperti biasa bakal beraya ke Muar dan tak melalui mana-mana tol.

Itu saja setakat ni, jangan lupa pastikan peralatan elektrik di rumah semua dimatikan ya. Pastikan tingkap pintu berkunci sebelum korang balik kampung. Pandu dengan selamat, semoga sampai ke destinasi yang dituju.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!