Pelancaran Eksklusif honor 7A & honor 10 Edisi Phantom Green di Shopee Malaysia

Info Sharing
Shopee - Super Honor Day - Image A
Dari kiri ke kanan: Category Manager of Shopee; Calvin Teng, honor Malaysia E-commerce Director; Antonio Zhang bersama Super honor Fan, Ahmad Khamis memperkenalkan harga honor 7A sempena Super honor Day pada 8 Jun 2018


Hai uolls.. Ummi nak kongsi berita baik ni, especially untuk peminat-peminat platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Siapa lagi kalau bukan SHOPEE.

Shopee dengan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, korang boleh menikmati jualan kilat untuk dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor. Best ke best?

Shopee - Super Honor Day - Image B
Dari kini ke kanan: Rachel Tan , Head of Marketing Shopee; Calvin Teng,
Category Manager of Shopee; Antonio Zhang, honor Malaysia E-
commerce Director; Zhao Zhiwei, Head of honor Malaysia and Super
honor Fan, Ahmad Khamis

“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

“Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.

Shopee - Super Honor Day - Image E

“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.

Shopee - Super Honor Day - Image C

honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.

Shopee - Super Honor Day - Image D

honor 7A Spec.jpg
honor 7A Specification

Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.

 

honor 10 - Phantom Green.png

Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore

Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my or https://shopee.com.my/

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#SuperHonorDay #ShopeeMY

Related Posts

10 thoughts on “Pelancaran Eksklusif honor 7A & honor 10 Edisi Phantom Green di Shopee Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!