Assalamulaikum..
Salam Ramadhan ke 18. Apa aktiviti hari ni? Ummi aktiviti lepak santai cehhh gitu. Santai la sangat. Petang macam ada plan nak keluar tapi macam 50-50 lagi ni hahaha. Ok cerita buka puasa kami semalam. Alhamdulillah rezeki dapat bawa Babah dan The Ilhams berbuka di Amansari Hotel Nusajaya.
“Herne” Kurang E satu lagi jek tu hehehe.
Susah betul nak suruh tengok kamera tau.
Weekend dapatlah berbuka dengan Babah.
Kenapa Ummi rasa Ummi punya muka macam slim eh? Effect dari pakai tudung Kekaboo ke? Macam ni kena kumpul lagi banyak koleksi Kekaboo lah ekekeke.
Ok jom tengok menu berbuka puasa kami semalam. Meriah meja ambil mana yang nak dimakan semua siap-siap. Maklumlah ada dua hero kecil tu. Kami ambil nasi putih dan nasi hujan panas. Memang ada dua pilihan nasi.
Sate nya sedap.
Sotong Dried Chilli. Tak berapa feel Ummi makan lauk ni
Haaaa yang ni Ummi memang feeling habis. Sedap hoii sushi kat sini.
Ni daging blackpepper berkentang (potongan ala wedges). Boleh tahan sedap. Kalau dagingnya lembap-lembap lagi sedap.
Udang masak lemak nenas. Ini The Ilhams punya lauk. Bersama ayam masak halia dan ikan ala Thai. Ikan ala thai tu sedap Ummi suka.
Mee hoon soto kuah pekat sedap.
Rezeki kambing golek. Orang dah serbu. Sedap kambing golek kat sini. Tu yang cepat licin.
Ikan separi pari bakar. Boleh tahan sedap. Kalau dapat perah limau tu lagi sedap.
Fruit choco fountain.. eh pepandai bagi nama haha. Of course sedap haha. Ada juga corn in cup dan aiskrim. Nanti Ummi buat satu entry khas untuk Bufet Berbuka Puasa Amansari Hotel Nusajaya ya.
Alhamdulillah kenyang. Lepas siap semua, terus timbul idea nak cari baju raya Ummi. Mula-mula nak ajak Babah pergi Bazar Karat, lepas tu bertukar ke Jakel sudahnya kami ke Angsana je. Kami ni jarang terjah Angsana bila dah hujung-hujung nak raya tau. Tapi malam tadi tegar pula nak ke sana dengan jalan yang jammed dan orang yang ramai gila. Babah kata once masuk mesti balik dengan baju raya hahaha. Ummi tahu la kalau tak hijo muka Babah haha. Agak-agak Ummi dapat tak baju raya pilihan hati?
Stay tuned! 😉
Kekaboo juga dipersalahkan. Hahaha.. I pun dah terjatuh tergolek dengan kekaboo.. Risau pulak tiap2 bulan membeli oi…
bukan salahkan..nak cari point utk memborong ?
Waaaa ada shushi…
Kekaboo tu sejenis makanan ek hahahahahaa
hahahaha sejenis kuih tradisional la kakak hahaha.. sushi dia sedap..hehehe
Bestnya buffet sini siap ada sushi ye…meriah menu…tak sabar nk tunggu fullreview buffet dari kak hernee..
sedap sushinya cik tom hehehe