DDHN | Popia Sayur

Dari Dapur Hernee Nazir

Cerita semalam, alhamdulillah Syamil discharge dari hospital dalam pukul 1 lebih. Ummi memang plan nak buat popia je sebab kami nak berbuka di rumah Tok Ayah. Dalam pukul 4pm baru Ummi start membuat inti dan menggulung popia.

RESEPI POPIA SAYUR

Bahan-bahan:

Kulit popia
Taugeh
Carrot – hiris halus
Ikan bilis – tumbuk
Bawang besar/ putih – tumbuk

Telur 1 biji
Tepung & air – untuk jadikan gam

Cara-cara:

Tumiskan perencah yang dah (bawang-bawang blender dan ikan bilis sampai naik bau. Masukkan taugeh & carrot. Biar masak sekejap, pecahkan telur dan tutup api. Asingkan kulit popia sehelai demi sehelai.
Bubuh inti taugeh & carrot tadi atas kulit popia. Lipat macam rupa popia atau ikut suka awak le. Bila dah gulung sampai hujung sila bubuh adunan tepung aka gam tadi untuk bagi melekat. Sebenarnya Ummi tercicir letak sengkuang dalam inti hehehe. Lepas dah siap gulung panaskan minyak dan goreng. Ummi malas nak buat homemade sos, Ummi pakai sos keropok lekor yang beli kat Mersing hari tu hehe.

Alhamdulillah dapat 18 ketul popia buat berbuka. Rasa not bad hehehe. Sendiri buat sendiri la puji hahaha. Ummi rajin bersungguh buat popia ni time bulan puasa je hahaha. Korang kalau tak ada idea nak buat menu berbuka boleh la buat popia. Buat sendiri puas hati, isi penuh boleh buat berapa banyak kita suka. Makanlah sampai kembung hehe.

Ok, jom fikir menu Ramadhan ke 2.

Related Posts

2 thoughts on “DDHN | Popia Sayur

    1. hahahaha..cekonon ni nak frozenkan gak..tapi malangnya semua habis..buat seciput no..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!