Kurta Rindu Aisy Asyraf Pilihan Hati Babah Ilhams

Rambling

Kurta Rindu Aisy Asyraf Pilihan Hati Babah Ilhams | Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan, macam biasalah hidup sebagai isteri dan ibu ni masa ni dah mula dah fikir baju raya suami dan anak-anak. Amboii over betul Ummi ni kan, sebelum Ramadhan dah fikir pasal Syawal hehe. Bukan apa, Ummi malas nak buat persiapan last minute.So far, memang ada sebahagian baju raya anak-anak Ummi dah beli awal. Baju melayu The Ilhams dan Babah pun dah ready. Hari minggu yang lepas, kami ke Angsana Mall lima beranak. Saja jalan-jalan ajak Zara sekali sambil makan-makan di Seoul Garden. Lepas makan kami meronda-ronda sekeliling Angsana Mall.

Wahhhhh.. meriah dah dengan Bazaar Aidilfitri. Mulalah tapak tangan rasa gatal-gatal bila nampak baju-baju cantik hehehe. Belek punya belek dari satu kedai ke satu kedai tetiba Babah terpikat dengan kurta. Tapi macam biasalah Babah ni boleh tahan skema bab memilih baju ni. Lagi pun ini first time dia nak berkurta jadi memang kena pilih yang betul-betul sepadan. Masuk kedai ni tak berkenan.. masuk kedai tu tak berkenan. Ummi ajak ronda ke level 3 kot-kot banyak lagi koleksi pakaian lelaki kat atas nun.

First time kami ke sini, sebabnya untuk baju Babah dan The Ilhams Ummi memang tak pernah beli di Angsana Mall hehe. Rupanya kat sini dah ada Butik Ais Asyraf by Imam Muda Asyraf. Kesian Ummi ketinggalan zaman, serious tak tahu hehe. Maka bermulalah pencarian kurta untuk Babah. As usual, bertabahlah kami menunggu Babah memilih sampai dia puas hati. Sambil Babah duk membelek baju yang berkenan di hati, Ummi pun ambil kesempatan meninjau sekitar butik sambil membelek koleksi pakaian di butik ni.

Kurta Rindu Aisy Asyraf Pilihan Hati Babah Ilhams

Banyak sangat pilihan seriouslah! Kalau Ummi jadi Babah pun kelabu asap mata nak memilih sebab semuanya nampak cantik dan menarik. Oleh kerana Ummi cakap nak belanja sehelai maka Babah boleh pilih sehelai je la ekeke. Nanti kalau serasi berkurta kita datang sini lagi. Susun atur butik ni pun boleh mempengaruhi minat kami nak masuk ke sini tau. Nampak tenang je dari luar. Susunan pakaian pun teratur. Masa mula-mula sampai tu pun semua staff memang sangat peramah menyambut kedatangan kami. Ummi pula yang segan takut The Ilhams buat perangai dalam butik hehe. Bukan saja kolesi kurta yang ada dibutik ni tau. Ada juga jubah, kemeja batik dan aksesori tambahan seperti capal, minyak wangi, cuffling, butang baju melayu dan pouch bag.

Jom tengok koleksi Butik Aisy Asyraf. Ummi gerenti korang pun berkenan.

Jubah Asqalani Premium (cotton wool) menggabungkan unsur tradisi dan moden dengan kolar cekak musang berhias butang baju melayu.

Kurta Astana (cotton polyester) Sulaman logo Aisy Asyraf Double line Gucci inspired Kolar cekak musang.

Kurta Aisy Asyraf Eksklusif (printed cotton polyester) menggabungkan unsur tradisi dan moden dengan kolar cekak musang berhias butang baju melayu.

Kurta Rafael (cotton polyester) eksklusif printed design mengabungkan unsur tradisi dan moden dengan kolar cekak musang berhias butang baju melayu.

Kurta Farra Khat. Sulaman khat Aisy Asyraf dan berkolar cekak musang Cutting semi-fit.

Kurta Rindu (cotton polyester) sulaman logo Aisy Asyraf Kolar teluk belanga.

Kurta Nabeela (cotton polyester) Eksklusif Printed design.

Kemeja Lengan panjang dan pendek dengan design corak yang eksklusif dari kain jenis cotton.

Kurta Aisy Asyraf Batik

Kurta Juwaini

Istimewanya kurta dan kemeja Aisy Asyraf ni pada Ummi, designnya tu nampak menarik dan eksklusif. Banyak pilihan warna mengikut pilihan dan warna kegemaran korang. Kualiti kainnya pun memang kalau korang pegang sendiri materialnya nampak berkualiti dengan jahitan yang kemas menggunakan kain jenis cotton wool, cotton polyester, dan printed cotton polyester. Babah ni siap belek luar dalam jahitan oi. Rasa Ummi gaya dia membelek kain tu kalah tukang jahit professional ekekeke.

Selain baju perfume pun ada tau. Sebenarnya Babah terpikat juga dengan bau perfume ni. Dia bagi hint nak datang lagi le tu hehe.

Butang baju melayu ni akan diberi percuma untuk baju-baju yang memerlukan butang.

Bila nampak beg ni wahhh laju jek Ummi tanya. Rupanya dengan pembelian apa jua pakaian kat sini, pelanggan akan diberikan kotak dan beg eksklusif dari Butik Aisy Aysraf.

Nampak tak Babah dah mula la rambang mata, kejap belek kurta kejap belek jubah.. ehhhh kejap lagi belek kemeja.

Nasib baiklah staff Aisy Aysraf ni semua pandai melayan pelanggan. Kita nak pilih baju nak soal itu ini pun tak rasa janggal. Layanan diorang memang tip top.

Ok dah ada yang berkenan di hati. Pilihan Babah Ilhams Kurta Rindu 2.0 warna baby blue.

Eceeeeehhhh posing acah-acah model Aisy Asyraf.

Babah kata ok best kainnya.

Tapi tetiba dia nak tukar warna pula. Haisyhhh.

Sabar je lah staff ni melayan.

Adik ni namanya Mizan, memang peramah orangnya.

Setelah puas mencuba menelek akhirnya Babah memilih Kurta Rindu Aisy Asyraf berwarna Mint Green. Babah kata Kurta RIndu ni nampak smart. Kalau IM Asyraf perlukan model sambilan boleh panggil Babah Ilham ya haha.

Sebelum meninggalkan Butik Aisy Asyraf sempat juga Babah bergambar dengan Mizan staff AIsy Asyraf. Thanks ya Mizan and friends atas layanan vvip yang korang berikan semasa kami ke sini. Minta maaf kalau anak-anak akak but onar sepanjang berada di butik. Insha Allah akak dan abang akan datang lagi ke sini sebabnya Babah nak beli perfume pula hehe.

Ecehhhhh sempat lagi kan suruh Babah posing sebelah bunting hehehe.

Beriya je Ummi nak simpan kurta ni untuk raya tau. Sekali Babah dah rasmikan masa Acu Nuar nikah Khamis lepas haha. Kata Babah best tau pakai Kurta Rindu ni. Kainnya sejuk dan tak fit. Masa Ummi gosok kurta ni pun memang senang je nak menggosok. Jahitan memang Ummi puji kemas dan teliti sesangat. Rasa Ummi harganya memang berbaloi dengan kualiti kurta ni. Nak kata mahal tak la mahal sangat, nak kata murah tak lah murah sangat. Kurta Rindu ni hanya RM79 je tau. Kain tak jarang dan tak mudah berkedut. Bolehlah tambah koleksi kurta Babah nanti. Boleh pakai ke office bila hari Jumaat. Kalau suami, boy friend korang yang suka berkurta ni Ummi syorkan korang jengah Butik Aisy Asyraf ni. Serious banyak pilihan. Orang Singapore pun datang sini borong kurta ni tau. Orang JB dah tak payah susah-susah nak ke Bangi atau Shah Alam shopping kurta Aisy Asyraf, pergi je Angsana Mall dan pilih la kurta idaman korang. Kalau malas nak ke butik korang beli je online lagi mudah. Ok Ummi share info kat bawah ni untuk korang harap membantu ya. Selamat berkurta!

BUTIK AISY ASYRAF

Lokasi: L3.19, Aras 3, Bangunan Angsana JB Mall,Pusat Bandar Tampoi 81200 Johor Bahru
(Terletak di Tingkat 3 Angsana JB Mall, berhadapan pusat refleksologi)

Waktu beroperasi: 10 am – 10 pm (setiap hari)

Website: www.aisyasyraf.net
Instagram: https://www.instagram.com/aisyasyrafjb/
Facebook: Aisy Asyraf Johor Bharu

Related Posts

9 thoughts on “Kurta Rindu Aisy Asyraf Pilihan Hati Babah Ilhams

  1. Wawawawa dah beli baju raya yer..Suami Sis kurang sikit pakai Kurta ni, klu yng jubah tu ok..tapi raya pertama mesti nak baju melayu sedondon hehehe

    1. pestime ni kak..tak sempat buat raya hahaha.. baju raya biasa nazir memang setia dgn baju melayu sedondon anak beranak heehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!