Aerodance & Zumba Class Dewan Desa Paya Mengkuang – 22/4/18

HN Weight Loss Journey

P_20180422_170231_vHDR_Auto

Cerita dua minggu lepas, Ummi join Aerodance & Zumba Class yang pertama kali di adakan di Dewan Desa Paya Mengkuang. Ummi’s weight loss journey cekonon. Semenjak dapat invitation foo review berat Ummi yang dah mula turun menjadi statik kuang kaung kuang. Dalam fasa plateu gitu. Padan muka. Kena kerja keras lagi ni woi. Bagi yang duk tertanya-tanya terbawang-bawang tu, lepas keguguran tahun lepas memang berat Ummi naik banyak. Makan pun sedap je kan. Jadi korang harap bersabar ya, nanti Ummi kurus balik kahkahkah.

P_20180422_170849_vHDR_Auto

Kemain poyo lagi Ummi siap nak snap gambar kat stage ni kan hahaha.

P_20180422_173008_BF

Actually, kelas ni Mommy Ngah yang arrangekan dengan instructor tu. Ummi bagi nama je memandangkan minggu tu tak ada aktiviti lain.

P_20180422_173034_BF

Tema minggu ni biru hehehe. Minggu lepas tema pink Ummi tak dapat join.

P_20180422_174352_vHDR_Auto

Alhamdulillah lebih kurang 15 peserta yang join.

P_20180422_182536_vHDR_Auto

Sepanjang berzumba tu Ummi duk la memikir mana la Ummi jumpa si Wawa ni. Mukanya macam muka ex-student Ummi dulu. Bila Ummi tanya sah memang orang yang sama hehehe. Dulu kita ajar dia Sejarah, BM.. sekarang dia ajar kita berzumba le hehe. Sesiapa yang nak organize Aerodance & Zumba Class boleh contact Wawa. Dia Certified Aerodance & Zumba Instructor Kementerian Belia & Sukan tau. So far baru join satu kelas dan Ummi rasa ok la dia conduct. Step pun tak susah hehehe.

WhatsApp Image 2018-04-23 at 3.27.48 PM

Alhamdulillah satu jam kelas kami, dapatlah bakar lebih kurang 567kcal. Dari ekau duduk rumah membongkang tak dapek apo hehehe. The Ilhams tinggal dengan Babah masa ni. Malas Ummi nak bawa diorang. This week kelas last sebelum puasa. Ummi memang tak dapat join sebab Ummi ada invitation Mother’s Day Celebration di DoubleTree by Hilton. Nak dating dengan my one and only daughter Cik Zara Safiyya.

Ok till then. Bye!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!