Program Nur Ramadhan Bantu Mengurangkan Beban Asnaf

Info Sharing

Assalamualaikum..

nur-ramadan

Bulan Ramadhan bakal muncul dalam lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Ramadhan bukan sekadar bulan yang diwajibkan berpuasa, malah kita juga diharuskan melakukan segala amal kebajikan untuk bekalan di akhirat kelak. Amalan bersedekah adalah amalan yang amat digalakkan dalam usaha membantu meringankan beban golongan asnaf dan mereka yang benar-benar memerlukan.

Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

‏اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)

Seperti kebiasaan sepanjang Ramadhan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menganjurkan program Nur Ramadhan.

Program ini diadakan di 13 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan dihadiri golongan asnaf, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan.

Dengan ada program ini, ianya membantu pihak MAIWP untuk menyalurkan bantuan zakat kepada mereka yang layak. Sejumlah RM1.35 juta telah disalurkan kepada 9,000 orang penerima di mana setiap mereka menerima RM150.

Dalam kemuncak program Nur Ramadhan pada 16 Jun, MAIWP turut menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM100,000 kepada Pusat Transit Gelandangan Kuala  Lumpur.

Melalui kerjasama yang sebegini, penyaluran bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan telus dengan kos penganjuran program yang lebih minimum. Program ini turut melibatkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Al-Bukhary, dan Yayasan Wilayah.

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Semoga dengan adanya program Nur Ramadhan ini, mampu membantu dan meringankan beban lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan. Usaha yang berterusan dengan kerjasama pelbagai pihak mampu memberikan senyuman kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Related Posts

36 thoughts on “Program Nur Ramadhan Bantu Mengurangkan Beban Asnaf

    1. mcm nak buat program berbuka kita2..amacam? kalai ada yg blh handle utk kutipan derma cun gak

  1. Alhamdulillah… Semoga program sebegini meringankan bebaban mereka yang memerlukan.
    Program gini harus diteruskan di masa akan datang.

  2. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!