Hidangan Masakan Thai & Melayu di Restoran KOME THAI Taman Setia Tropika | Hai korang yang “kaki makan” sekitar Johor Bahru, meh sini Ummi nak share port makan terbaru di Taman Setia Tropika. Ummi dah cuba semalam tapi hanya sebahagian menu la, konfem Ummi akak repeat lagi ke sini nak mencuba menu-menu lain. Kat mana?
RESTORAN KOME THAI la mana lagi. Sebut betul-betul.. KO-ME THAI bukan KOM THAI ya hehe (Itu Ummi Ilhams yang salah sebut hahaha). Restoran ini menghidangkan masakan Thai dan masakan Melayu untuk hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam yang pastinya korang makan sehingga menjilat jari hehehe.
Hiasan dalaman restoran ini banyak berkonsepkan barangan antik.
Geram pula Ummi tengok banyak barang antik tau. Kreatif ownernya menghias. Ok jangan buang masa, jom tengok apa Ummi makan.
Laksa Thai
Pertama kali mencuba Laksa Thai. Sedap uolls. Laksa Thai ni tak ada sambal belacan macam Laksa Johor tu. Ummi je pepandai tambah hehehe. Bahan-bahan hiasannya lebih kurang laksa Johor je. Memang sedap.
Ikan Patin Tempoyak
Macam tahu-tahu je Ummi memang peminat patin tempoyak. Aduhaiiii mengancam uolls. Sambil menghirup kuahnya tu. Ehh taip pun meleleh air liur kita.
Singgang Ikan Tongkol
Singgang ni ala-ala singgang pantai timur la kan. Sedap tak tipu. Rasa dalam pantang nak tempah sini je bagi mangkuk tingkat hehehe. Syok Ummi menghirup kuah singgang tu sambil meratah sayur bendi.
Kerabu Pucuk Paku
Serious terangkat beb. Ummi duk meratah kerabu pucuk paku ni. Sedap cukup rasa.
Ayam Masak Berempah
The Ihams laju makan lauk ni. Ini memang lauk favourite Ummi ni. Dulu arwah mak suka masak. Sedap juga.
Ulam-Ulaman, Tempoyak, Budu & Sambal Belacan
Ini paling menggugat jiwa raga. Ummi memang addicted dengan tempoyak dan budu. Sapa meratah dengan ulam. Nak tambah nasi memang bahaya. Jadi kita banyak meratah lauk je hehehe. Dulu nak makan budu dalam nasi kerabu je la yang boleh telan. Sekarang tidak lagi hehehe.
Pulut Mangga
Haaaa.. ini lagi satu menggugat perasaan. Pulut Manga dari Restoran KOME THAI. Sedap. Kuah santan tu main peranan. Bila bergabung dengan mangga dan pulut, memang makan sambil pejam mata. Ingatkan dah habis eh ada lagi yang Ummi belum cuba Mee Celup.
Sempat jengah persiapan membuat Mee Celup.
Ada 4 pilihan mee. Boleh pilih sama ada nak mee hoon, mee kuning, phad thai atau kue tiaw. Ummi pilih phad thai.
Mee Celup
Portion besar memang sedap kuahnya. Ada isi ayam dan juga meatball.
Nak lagi sedap bubuh jeruk lada, cili flakes, air asam berlada perghhh mantap.
Nampak muka dah kenyang. Tapi Ummi tak makan ikut perasaan ok. Masih dalam portion yang terkawal ecehhhhh sedapkan hati sendiri.
Mommy Ngah pun join menjamu selera.
Hidangan Masakan Thai & Melayu di Restoran KOME THAI Taman Setia Tropika
Ummi syok makan budak-budak kat mana? Haaaa diorang ada ni main-main.
Mak Wee berbahagia main dengan anak buah kesayangan dia.
Yang ni hmmm entah buat apa.
Sempat lagi kami wefie bertiga.
Kebetulan Ummi snap diorang tengah beraksi.
The Ilhams, Mak Wee dan anak taukey KOME THAI.
Ini dia Kak Natrah owner Restoran KOME THAI.
Gambar owner suami isteri hehehe. Sempat je Ummi ni kan suruh owner posing hehehe.
Dengar-dengarnya sarapan pagi ada menu Nasi Kerabu dan Nasi Dagang. Haisyhhhh dua-dua favourite Ummi tu nak cubalah next time. Korang yang nak cuba menjamu selera kat sini boleh la terjah alamat kat bawah ni ya. Memang sedap la ikut tekak Ummi ni. Harga pun berpatutan. Kalau tak percaya sila belanja Ummi sekali ok hehehe.
Selamat mencuba! 😉
RESTORAN KOME THAI
(Thai & Malay Food)Alamat:
No. 28, Jalan Setia Tropika 1/27,
Taman Setia Tropika,
Johor Bahru, Johor.
Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir
Waaa macam-macam menu ada, tak bole tahan tengok Laksa Thai macam Pecel tu haaa..nanti bole datang cubalah …
hehehe.. sedap macam rasa laksa johor sikit..
Memula baca pon KO ME Thai, hehe~ Nampak sedap kesemuanyaaaa, lagi lagi mi celup! geramm je~ huhu~
Ohh, ada gak eh laksa Thai, hahaa..baru tahuuu, selalu Tom Yam..hewhew~
hahahaha ada bukan johor jek ada laksa hahaha
jomlah pegi lagi ni…sedap nampak kerabu tu..
hahaha jom beb..terasa patin tempoyak lalu tekak..
assalamualaikum hernee…sedapnya menu kat sini…
hehehe sedap2 belaka ma..
aduhhhh silap tengok entry ni patut pangkah je tadi. ni nak tak nak kena pi balik keje karang~!
hahaha silalah mencuba..