The Ilhams at Lama Mahkota & Laman Serene, Istana Bukit Serene | Orang Johor mesti dah biasa ke bersantai di Laman Mahkota & Laman Serene di hadapan Istana Bukit Serene ni kan. Kalau tak pernah pergi cepat-cepat la pergi bawa anak-anak ambil angin hehehe. Cerita dalam dua bulan yang berbeza. Cerita siang masa kami bawa The Ilhams ke sini bulan 12 tahun lepas. Cerita malam masa kami bawa diorang ke sini dalam bulan 2 tahun ni hehehe. Saja Ummi gabungkan dalam satu entri ecehhh. Sebab masa bulan 12 tu kawasan yang arca bulan bintang tu tak siap lagi.
The Ilhams ni memang suka ke sini. Suka tengok laser fountain ni.
Cantik pula pancaran matahari petang disebalik bangunan.
Laman Mahkota simbol ikon diraja hadapan Istana Bukit Serene menjadi daya tumpuan pelancong ke negeri Johor. Pintu Gerbang Mahkota dengan ketinggian 20.9 meter dengan saiz 4.8 meter tinggi dan 60 meter lebar. Mahkota tersebut disaluti 3,063 biji kristal berwarna biru, putih, merah, hijau, merah jambu dan ungu dengan 17 jenis saiz yang berbeza. Struktur yang menyokong replika mahkota menggunakan elemen pentagon sebagai simbolik Rukun Islam yang menjadi pegangan hidup masyarakat Islam. Kalau korang nak tahu, berat mahkota ni adalah 2,800 kg. Hamboiii berat yang amat.
Ehhh ada model dua beranak kat Laman Mahkota la hehehe.
Nahhhh zoom in sikit.
Nampak tu, jangan buat sesuka hati dekat sini ok, ada Askar Timbalan Setia Negeri Johor mengawal pintu masuk istana.
Ummi dan cinta hati Ummi hehehe. Abaikan muka kami yang over flawless.
Dia dah syok main berlari dengan abang, Ummi ajak bergambar pun dia tak nak.
Selfie la sesorang.
Acah-acah nak pegang mahkota.
Sebelum balik kita wefie empat beranak. Ikut hati dua-dua tu tak nak balik lagi. Tapi apakan daya, dah nak maghrib nak oi. Marilah kita pulang ke sarang.
Sambung pula cerita malam hehehe. Lepas keluar makan kami ke sini. Time weekend boleh la berjimba empat beranak. Kalau weekdays nak keluar pun fikir 2 3 kali hehehe.
Laman Serene adaah kesinambungan dari Laman Mahkota dan Laser Fountain yang sedia ada. Laman ini dibina di atas tanah berkeluasan 2.8 ekar atau 433 meter persegi dengan gabungan tiga buah konsep pembikinan iaitu arca Bulan dan Bintang, Menara dan Dataran.
Konsep pembangunan Laman Serene
Arca bulan bintang
- Setinggi 12 meter serta diinspirasikan daripada bulan bintang yang terdapat dalam bendera Johor
Menara
- Hasil adaptasi daripada Menara Istana Bukit Serene dengan suntikan gaya moden kontemporari, moden dan tradisional seperti kerawang bagi kesan pencahayaan yang lebih menarik
Dataran
- Konsep reka bentuk bintang lima seperti yang terdapat pada bendera Johor.
- Kombinasi bintang lima yang berlapis menjadikan 10 bucu bintang, yang mewakili 10 daerah dalam Johor
Source: Berita Harian
The Ilhams at Lama Mahkota & Laman Serene, Istana Bukit Serene
Sebenarnya masa sampai ni hujan gerimis, tapi tak lebat la.
Nak nampakkan bulan bintang sampai Babah dan Syamil jadi kecil hehe.
Memang meriah waktu malam dengan lampu berwarna warni.
Ramai juga orang masa ni.
Yang sorang lagi dah buat hal sendiri hahaha.
Sempatlah suruh Babah snap gambar Ummi kat sini.
Kemain banyak gambar Ummi snap geram tengok lampu warna warni hahaha.
Dah pusing-pusing sini Babah ajak balik tapi budak cenonit ni ajak ke Laman Mahkota.
Layankan juga la. Belikan ring berlampu sorang satu. Dah sampai sini merengek nak bubbles pula tapi Ummi Babah pekakkan telinga tak layan permintaan diorang.
Nah Ummi belanja gambar mahkota lip lap lip lap di waktu malam.
Gambar keseluruhan Laman Serene.
On the way nak ke kereta sempat lagi snap pemandangan hijau merah hehehe sambil melayan Syamil yang menangis tak nak balik. Tak reti penat budak kecil tu hehehe. Korang yang berkunjung ke Johor Bahru jangan lupa singgah Laman Serene ni tau. Salah satu tempat menarik di sekitar Johor Bahru. Boleh posing bawah mahkota cantik lepas tu post kat instagram ke facebook ke hehehehe. Nanti Ummi dan Babah bawa anak-anak explore Johor lagi dan share di blog ya.
Laman Mahkota Istana Bukit Serene
Jalan Straits View, Bukit Serene, 80200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.
GPS COORDINATE
Latitude : 1.480051 Longitude: 103.726284
Belum pernah lagi dapat amik gambo kat dataran mahkota tu..nanti nak juga laa macam Ilham hehehe
hahaha jom ajak genh jdt blogger..
assalamualaikum hernee…ummi ilham kalau dah dpt kamera mmg semua gambar di snapnya….cantik2 pulak tu gambarnya….
waalaikumussalam mama.. hehehe.. dah snap banyak pening nak pilih hahaha
tak pernah lagi lah jejak sini..takat lalu tu ada…hahaha
hahaha anak2 aku kalo blh setiap kali lalu nak singgah.. adoii
bila malam bertambah-tambah cantik suasana
JanjiKita
tu la..tu yang nak snap semua kaler hahaha