Pengalaman Pertama Ilham Jumpa Doktor Gigi Di Klinik Pergigian Medini Taman Mutiara Mas

My Hero Kechik - Ilham Syahmi Rambling
20171217_165104

Pengalaman Pertama Ilham Jumpa Doktor Gigi Di Klinik Pergigian Medini Taman Mutiara Mas | Sempena hari ni Abang Ilham kena injection, Ummi nak kongsikan pengalaman pertama Abang Ilham berjumpa doktor gigi sebelum bermulanya sesi persekolahan darjah 1. Ummi memang kecil besar juga hati sebab sendiri tahu Ilham tu macamana hehe. Tapi Ummi acting cool gitu. Masa ni kami ke Tesco Mutiara Rini belanja perkakasan sekolah, tu yang terus cari klinik yang berdekatan dan siap-siap buat appointment.

20171217_160540

Ummi pun pertama kali ke Klinik Pergigian Medini, Taman Mutiara Mas ni.

Waktu Operasi

Sabtu – Khamis 9.00 pagi – 9.00 malam
Jumaat 9.00 pagi – 4.30 petang

Tutup – Hari Cuti Umum Terpilih

20171217_160633

Perkhidmatan yang disediakan:

Cabutan
Tampalan
Cuci Gigi
Rawatan Ikat Gigi
Gigi Palsu
Korona/ Jambatan
Pemutihan Gigi
Implant
Rawatan Akar
Pembedahan Mulut Minor

20171217_161202

Kaunter pendaftaran.

20171217_161055

Babah tengah register nama Abang Ilham.

20171217_161213

Sementara tu kami menunggu di ruangan menunggu. Menarik betul interior design klinik ni. Memang selesa. Di hujung sudut sebelah kiri ada ruangan kecil untuk anak-anak bermain. Terlupa pula Ummi nak snap.

20171217_162030

Cabaran bermula! Ummi dan Babah teman masuk bilik. Syamil tunggu di luar bersama Mommy Ngah. Budak sorang ni dah ketakukan. Tak duduk diam aduhaiii. Rasanya suara dia je yang memecahkan sunyi. Mula-mula ni dia lah hero.

20171217_162426

Sekali doktor sampai aduhaiii bertambah jeritan padu dia bagi. Doktor siap bagi pakai spec hitam lagi hahaha. Doktor nak tampal gigi yang berlubang tu. Dia jerit sakit. Sudahnya Babah pun baring sekali sambil kepit dia. Kalau tak dia meronta dan menyukarkan kerja doktor. Doktor pun dah level bengang agaknya dengan budak sorang ni hahaha. Tapi salute la kat doktor ni masih lagi mampu kontrol hehehe. Memacam doktor phsyco dia masa ni. Sorry lah doktor Ilham Syahmi ni memang macam gini. Belum apa-apa suara dia dah terpekik terlolong. Bingit telinga doktor dan nurse.

20171217_164913

Hasil gigi yang dah ditampal. Gigi atas tu memang tak boleh buat apa dah kata doktor sebab dah terpecah giginya. Tunggu je nanti dia tercabut sendiri. Ni sekarang gigi baru lagi satu dah keluar bersimpang siur hehehe. Sabar je lah budak sorang ni. Hari tu doktor gigi datang sekolah dia ok je tak nangis pun kena check gigi siap berbual ramah mesra dengan doktor dan nurse. Itu cerita Abang Ilham. Korang kalau tercari klinik pergigian yang servisnya ok dan harga berpatutan korang bolehlah cuba ke klinik ni ya. Info seperti di bawah:

KLINIK PERGIGIAN MEDINI MUTIARA MAS

Alamat:
23A, Jalan Mutiara 1/9,
Taman Mutiara Mas,
81300 Skudai,
Johor

Telefon: 07-554 5696
H/P: 011-1084 9866

Email: mutiaramas@medinidentalgroup.com
Facebook: Klinik Pergigian Medini Mutiara Mas
Instagram: @medinidentalmutiaramas

Subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Pengalaman Pertama Ilham Jumpa Doktor Gigi Di Klinik Pergigian Medini Taman Mutiara Mas

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Pengalaman Pertama Ilham Jumpa Doktor Gigi Di Klinik Pergigian Medini Taman Mutiara Mas

  1. Klinik gigi medini ada buat gigi palsu flexibal kan,boleh akak tahu harga mcm mana

    1. boleh refer klinik tu ye kak..call nombornya..saya bukan pekerja kat klinik tu hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!