The Ilhams & Mak Wee Melawat Muzium Nelayan Tanjung Balau Kota Tinggi

Family's Activity

P_20171210_005200_vHDR_Auto

Sambungan cerita kami di Kota Tinggi. Kalau korang belum baca cerita kami bersiar-siar naik kuda boleh baca di SINI. Aktiviti seterusnya ialah melawat MUZIUM NELAYAN, TANJUNG BALAU. Aktiviti ni termasuk dalam silibus #ilhamlearningphase with Cikgu Ummi dan Cikgu Babah ekeke.

P_20171210_005220_vHDR_Auto

Masa ni memang panas berdenting. langit pun cantik membiru. Memang kesukaan Ummi la kan tengok langit biru.

P_20171210_020850_vHDR_Auto


P_20171210_020902_vHDR_Auto

P_20171210_020922_vHDR_Auto

Percubaan nak bergambar beramai-ramai tapi memacam gaya keluar.

P_20171210_020933_BF

Wefie jek la ya.

P_20171210_021054_vHDR_AutoP_20171210_020957_vHDR_Auto

kawasan luar muzium.. ada pondok untuk berehat.

P_20171210_021007_vHDR_Auto

P_20171210_030015_BF

Main entrance.. orang lain dah masuk, Ummi je menjemur diri sesorang.

Muzium Nelayan Tanjung Balau dibina di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora). Muzium ini menyimpan dan mempamerkan pelbagai khazanah para nelayan tradisional negeri Johor seperti sampan, jaring, pancing, bubu dan lain-lain. Kompleks muzium ini mempunyai 4 galeri tambahan lain iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut, Galeri Kapal Karam Desaru dan Galeri Pameran Khas.

Pembinaan muzium ini bermula pada 20 Ogos 1990 dan disiapkan pada 8 Julai 1992 dengan jumlah kos MYR1.48 juta.

Muzium ini turut membincangkan mengenai kaedah dan kemahiran nelayan dahulu serta pengetahuan yang mereka perlukan untuk belayar. Antaranya adalah pengetahuan dalam melihat bintang serta maksud yang dibawa oleh keadaan bintang tersebut. Selain itu, ia turut menerangkan mengenai amalan-amalan para nelayan dahulu kala sebelum mereka turun ke laut.

source: Wikipedia

P_20171210_021108_vHDR_Auto

Selamat Datang ke Muzium Nelayan.

P_20171210_021125_vHDR_Auto

Petunjuk arah.

P_20171210_021137_BF

Pintu masuk muziumnya di sebelah kiri ya.

P_20171210_021143_vHDR_AutoP_20171210_021205_vHDR_Auto
P_20171210_023619_BF

Ummi posing depan pintu masuk.

P_20171210_021157_vHDR_Auto

Waktu Melawat Muzium Nelayan Tanjung Balau

Isnin – Jumaat 9.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu – Ahad – 9.00 – 6.00 petang
kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

** Sila tanggalkan kasut sebelum masuk ya.

P_20171210_023228_vHDR_Auto

Harga Tiket Masuk Muzium Nelayan Tanjung Balau

Dewasa – RM2
Kanak-kanak – RM1

P_20171210_021245_vHDR_Auto

On your mark.. get set go! Mari kita explore Muzium Nelayan Tanjung Balau.

P_20171210_021321_vHDR_Auto

Budak kecil ni mengada-ngada nak berdukung.

P_20171210_021330_vHDR_Auto

P_20171210_021408_vHDR_Auto

P_20171210_021427_vHDR_Auto

P_20171210_021449_vHDR_Auto
P_20171210_021526_vHDR_Auto

Dapatlah tunjuk The Ilhams dan Mak Wee secara live peralatan menangkap ikan.

P_20171210_021534_vHDR_Auto
P_20171210_021550_vHDR_Auto
P_20171210_021602_vHDR_Auto

P_20171210_021607_vHDR_Auto

P_20171210_021621_vHDR_AutoP_20171210_021648_vHDR_Auto
P_20171210_021714_vHDR_Auto

P_20171210_021722_vHDR_Auto

Tekun Babah tengok video hahahaha.

P_20171210_021736_vHDR_Auto

Ikan Dagang Laut (Demersal) Di Malaysia.

P_20171210_021809_vHDR_Auto

Mula-mula dia takut nampak ketam bergerak, lepas tu ok je.

P_20171210_021830_vHDR_AutoP_20171210_021835_vHDR_Auto

Replika pokok bakau.

P_20171210_021904_BF

Nak juga selfie sesorang.

P_20171210_021913_vHDR_Auto

Peralatan untuk menyelam dan memancing.

P_20171210_021941_vHDR_Auto

Replika Perkampungan Nelayan.

P_20171210_021924_vHDR_Auto

P_20171210_021933_vHDR_Auto

Comel gila. Serious cantik!

P_20171210_021952_vHDR_AutoP_20171210_022005_BF

Jom kita masuk ke rumah nelayan tradisional.

P_20171210_022024_vHDR_Auto

Mak Wee kemain posing hahaha.

P_20171210_022107_vHDR_Auto

Masuk-masuk je dah ada lagu P. Ramlee.

P_20171210_022103_vHDR_AutoP_20171210_022114_vHDR_Auto

Tikar mengkuang, pinggan mangkuk lama, kendi, lampu chimney semua Ummi pernah jumpa.

P_20171210_022121_vHDR_Auto

Kelambu tu alahai sedih ingat zaman kecil.

P_20171210_022135_vHDR_Auto

Dapur kayu tu legend. Rumah kami dulu pakai dapur ni.

P_20171210_022139_vHDR_Auto

Rehal lama.. pencetak kuih..

P_20171210_022142_vHDR_Auto

Para untuk pinggan mangkuk.

Permainan Tradisional Perkampungan Nelayan

P_20171210_022156_vHDR_Auto

Congkak dan Batu Seremban.

P_20171210_022204_vHDR_Auto

Gasing, Guli & Kasut Tempurung.

P_20171210_022207_vHDR_Auto

Sepak Raga & Wau.

P_20171210_022232_vHDR_Auto

Ni peralatan realnya, congkak, kasut tempurung, gasing dan sepak raga.

P_20171210_022422_BF

Anak-anak tengah syok explore Ummi sempat ajak Babah wefie hehehe.

P_20171210_022439_vHDR_Auto

Aktiviti musim tengkujuh.

P_20171210_022513_vHDR_Auto

P_20171210_022531_vHDR_Auto

Sampan kayu.

P_20171210_022721_BF

Tak habis-habis nak selfie. Ummi ajak diorang bergambar tapi memasing busy berlari ke sana ke sini.

P_20171210_023301_vHDR_Auto

Kenapa la si Mak Wee tu hahaha.

P_20171210_023333_vHDR_Auto

P_20171210_023359_vHDR_Auto

Ramalan dan Kepercayaan Nelayan.

P_20171210_023416_vHDR_Auto

Sejarah awal penangkapan ikan.

P_20171210_023505_vHDR_Auto

Dah hujung-hujung baru Ummi snap peta Johor hehehe. Lokasi Bandar Penawar, Kota Tinggi.

P_20171210_023517_vHDR_Auto

Sejarah Tanjung Balau.

P_20171210_023555_vHDR_Auto

Babah dan Tok Ayah dah kepenatan meroda muzium. Banyak juga anugerah yang Muzium Nelayan ni dapat. Antaranya pemenang lanskap terbaik tak silapnya. No wonder memang cantik dan nampak real.

Sebelum keluar dari muzium kita tinggalkan jejak.

P_20171210_023729_vHDR_Auto

P_20171210_023848_vHDR_Auto

P_20171210_023901_vHDR_Auto

Kemain bengkak jari Ummi kahkahkah.

P_20171210_023912_vHDR_Auto

Ok berderet nama kami, Tok Ayah, Babah dan Ummi hehehe. Next kami masuk ke Galeri Geologi.

P_20171210_024724_vHDR_Auto

GALERI GEOLOGI

Terdapat lebih dari 200 jenis batu-batan dalam galeri ini. Batu-batan ini diperolehi dari sekitar kawasan Tanjung Balau dan beberapa tempat di semenanjung Malaysia contohnya seperti batu kapur, batu kristal dan sebagainya. Di galeri ini pengunjung juga boleh mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan tentang bentuk geografi Tanjung Balau. Pada tahun 2015, Kejora menaiktaraf galeri dengan penambahan ruang galeri serta artifak seperti fosil dan mineral.

Source: KEJORA

P_20171210_024743_vHDR_AutoP_20171210_024745_vHDR_AutoP_20171210_024801_vHDR_Auto

Masuk je dah disambut oleh dinosaur. Memasing menjerit takut hahaha.

P_20171210_024805_vHDR_Auto

Memasing ngendeng kat Babah ketakutan hahaha.

P_20171210_025035_vHDR_Auto

Nampak tu muka Syamil takut.

P_20171210_025041_vHDR_Auto

Bukan Syamil je, Mak Wee pun sama nak berdukung hahaha.

P_20171210_025057_vHDR_Auto

Fakta gunung berapi dengan replika gunung berapi.

P_20171210_025100_vHDR_Auto

Excited Ilham bila cerita pasal gunung berapi.

P_20171210_025326_vHDR_Auto

Dia memang terjua tengok batu-batu.

P_20171210_025336_vHDR_Auto

P_20171210_025353_vHDR_AutoP_20171210_025358_vHDR_Auto

P_20171210_025405_vHDR_Auto

P_20171210_025511_vHDR_Auto

Peta Geologi Malaysia.

P_20171210_025542_vHDR_Auto

Geowarisan Malaysia.

P_20171210_025609_vHDR_Auto

Sebelum keluar dari Galeri Geologi Ummi suruh dia posing. Tapi hasilnya gambar blur sebab posing tak duduk diam.

P_20171210_030133_vHDR_Auto

Posing sini kejap.

P_20171210_030253_vHDR_Auto

P_20171210_030254_vHDR_Auto
Mengikut arahan Ummi suruh posing sini ekeke.

P_20171210_025925_vHDR_Auto

Comel je rumah ni kan.

P_20171210_025829_vHDR_Auto

P_20171210_025836_BF

Jenuh ok nak suruh budak sorang tu tengok kamera. Dia dah start tak bagi kerjasama. Alhamdulillah walau panas berdenting kat luar tapi dalam muzium ada air cond ehehe anak-anak happy. Walau diorang belum faham betul tapi Ummi puas hati misi Ummi nak bawa diorang ke muzium nelayan tercapai. Next, kita berjimba tepi pantai Tanjung Balau.

P_20171210_030345_vHDR_Auto

Untuk korang yang ke area Tanjung Balau, apa kata singgah menambah ilmu di Muzium Nelayan Tanjung Balau ni boleh bawa anak-anak masa cuti sekolah nanti ya. Harap perkongsian Ummi yang serba sedikit ni membantu korang ke sana. Last but not least..

Aktiviti Tahunan Muzium Nelayan:

  • Treasure Hunt ( Pelajar Sekolah Menengah / Rendah )
  • Explorace ( Terbuka Remaja Dan Kanak-Kanak)
  • Kuiz Muzium Nelayan Sempena Pesta Tanjung Balau
  • Karnival Seni Lukis
  • Karnival Mewarna Bersama Upin Dan Ipin
  • Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri & Kebangsaan
  • Bengkel Menulis Khat
  • Bengkel Ukiran Kayu tradisional
  • Kolaberasi Interpretasi Muzium Nelayan Bersama Politeknik Ibrahim Sultan, Johor.
  • Bengkel Melukis Batik

peta lokasi muzium nelayan tanjung balau.jpg
Peta lokasi Muzium Nelayan Tanjung Balau.

 

MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU

Alamat:

Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor

Menaiki Kereta
Dari Lebuh raya Utara-Selatan (NSE), keluar ke Kulai (Persimpangan 252) menuju ke jalan utama ke Kota Tinggi (Lebuh 94 dan 3). Tanjung Balau terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari pusat bandar Kota Tinggi.

Menaiki Bas
Terdapat banyak bas dari Terminal Bas Johor Bahru Larkin (di Jalan Garuda) ke Terminal Bas Kota Tinggidi Jalan Niaga Utama.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.

Tel : 07-8843000

Faks : 07-8221600

Talian Bebas Tol : 1-800-888620

E-Mel : kejora@kejora.gov.my

Laman Web : http://www.kejora.gov.my

Related Posts

2 thoughts on “The Ilhams & Mak Wee Melawat Muzium Nelayan Tanjung Balau Kota Tinggi

  1. i pun tak pernah masuk sana..hahha..takat lalu je…nama je orang kota kan…kah..kah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!