Sambungan cerita kami di Kota Tinggi. Kalau korang belum baca cerita kami bersiar-siar naik kuda boleh baca di SINI. Aktiviti seterusnya ialah melawat MUZIUM NELAYAN, TANJUNG BALAU. Aktiviti ni termasuk dalam silibus #ilhamlearningphase with Cikgu Ummi dan Cikgu Babah ekeke.
Masa ni memang panas berdenting. langit pun cantik membiru. Memang kesukaan Ummi la kan tengok langit biru.
Percubaan nak bergambar beramai-ramai tapi memacam gaya keluar.
Wefie jek la ya.
kawasan luar muzium.. ada pondok untuk berehat.
Main entrance.. orang lain dah masuk, Ummi je menjemur diri sesorang.
Muzium Nelayan Tanjung Balau dibina di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora). Muzium ini menyimpan dan mempamerkan pelbagai khazanah para nelayan tradisional negeri Johor seperti sampan, jaring, pancing, bubu dan lain-lain. Kompleks muzium ini mempunyai 4 galeri tambahan lain iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut, Galeri Kapal Karam Desaru dan Galeri Pameran Khas.
Pembinaan muzium ini bermula pada 20 Ogos 1990 dan disiapkan pada 8 Julai 1992 dengan jumlah kos MYR1.48 juta.
Muzium ini turut membincangkan mengenai kaedah dan kemahiran nelayan dahulu serta pengetahuan yang mereka perlukan untuk belayar. Antaranya adalah pengetahuan dalam melihat bintang serta maksud yang dibawa oleh keadaan bintang tersebut. Selain itu, ia turut menerangkan mengenai amalan-amalan para nelayan dahulu kala sebelum mereka turun ke laut.
source: Wikipedia
Selamat Datang ke Muzium Nelayan.
Petunjuk arah.
Pintu masuk muziumnya di sebelah kiri ya.
Ummi posing depan pintu masuk.
Waktu Melawat Muzium Nelayan Tanjung Balau
Isnin – Jumaat 9.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu – Ahad – 9.00 – 6.00 petang
kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
** Sila tanggalkan kasut sebelum masuk ya.
Harga Tiket Masuk Muzium Nelayan Tanjung Balau
Dewasa – RM2
Kanak-kanak – RM1
On your mark.. get set go! Mari kita explore Muzium Nelayan Tanjung Balau.
Budak kecil ni mengada-ngada nak berdukung.
Dapatlah tunjuk The Ilhams dan Mak Wee secara live peralatan menangkap ikan.
Tekun Babah tengok video hahahaha.
Ikan Dagang Laut (Demersal) Di Malaysia.
Mula-mula dia takut nampak ketam bergerak, lepas tu ok je.
Replika pokok bakau.
Nak juga selfie sesorang.
Peralatan untuk menyelam dan memancing.
Replika Perkampungan Nelayan.
Comel gila. Serious cantik!
Jom kita masuk ke rumah nelayan tradisional.
Mak Wee kemain posing hahaha.
Masuk-masuk je dah ada lagu P. Ramlee.
Tikar mengkuang, pinggan mangkuk lama, kendi, lampu chimney semua Ummi pernah jumpa.
Kelambu tu alahai sedih ingat zaman kecil.
Dapur kayu tu legend. Rumah kami dulu pakai dapur ni.
Rehal lama.. pencetak kuih..
Para untuk pinggan mangkuk.
Permainan Tradisional Perkampungan Nelayan
Congkak dan Batu Seremban.
Gasing, Guli & Kasut Tempurung.
Sepak Raga & Wau.
Ni peralatan realnya, congkak, kasut tempurung, gasing dan sepak raga.
Anak-anak tengah syok explore Ummi sempat ajak Babah wefie hehehe.
Aktiviti musim tengkujuh.
Sampan kayu.
Tak habis-habis nak selfie. Ummi ajak diorang bergambar tapi memasing busy berlari ke sana ke sini.
Kenapa la si Mak Wee tu hahaha.
Ramalan dan Kepercayaan Nelayan.
Sejarah awal penangkapan ikan.
Dah hujung-hujung baru Ummi snap peta Johor hehehe. Lokasi Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Sejarah Tanjung Balau.
Babah dan Tok Ayah dah kepenatan meroda muzium. Banyak juga anugerah yang Muzium Nelayan ni dapat. Antaranya pemenang lanskap terbaik tak silapnya. No wonder memang cantik dan nampak real.
Sebelum keluar dari muzium kita tinggalkan jejak.
Kemain bengkak jari Ummi kahkahkah.
Ok berderet nama kami, Tok Ayah, Babah dan Ummi hehehe. Next kami masuk ke Galeri Geologi.
GALERI GEOLOGI
Terdapat lebih dari 200 jenis batu-batan dalam galeri ini. Batu-batan ini diperolehi dari sekitar kawasan Tanjung Balau dan beberapa tempat di semenanjung Malaysia contohnya seperti batu kapur, batu kristal dan sebagainya. Di galeri ini pengunjung juga boleh mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan tentang bentuk geografi Tanjung Balau. Pada tahun 2015, Kejora menaiktaraf galeri dengan penambahan ruang galeri serta artifak seperti fosil dan mineral.
Source: KEJORA
Masuk je dah disambut oleh dinosaur. Memasing menjerit takut hahaha.
Memasing ngendeng kat Babah ketakutan hahaha.
Nampak tu muka Syamil takut.
Bukan Syamil je, Mak Wee pun sama nak berdukung hahaha.
Fakta gunung berapi dengan replika gunung berapi.
Excited Ilham bila cerita pasal gunung berapi.
Dia memang terjua tengok batu-batu.
Peta Geologi Malaysia.
Geowarisan Malaysia.
Sebelum keluar dari Galeri Geologi Ummi suruh dia posing. Tapi hasilnya gambar blur sebab posing tak duduk diam.
Posing sini kejap.
Mengikut arahan Ummi suruh posing sini ekeke.
Comel je rumah ni kan.
Jenuh ok nak suruh budak sorang tu tengok kamera. Dia dah start tak bagi kerjasama. Alhamdulillah walau panas berdenting kat luar tapi dalam muzium ada air cond ehehe anak-anak happy. Walau diorang belum faham betul tapi Ummi puas hati misi Ummi nak bawa diorang ke muzium nelayan tercapai. Next, kita berjimba tepi pantai Tanjung Balau.
Untuk korang yang ke area Tanjung Balau, apa kata singgah menambah ilmu di Muzium Nelayan Tanjung Balau ni boleh bawa anak-anak masa cuti sekolah nanti ya. Harap perkongsian Ummi yang serba sedikit ni membantu korang ke sana. Last but not least..
Aktiviti Tahunan Muzium Nelayan:
- Treasure Hunt ( Pelajar Sekolah Menengah / Rendah )
- Explorace ( Terbuka Remaja Dan Kanak-Kanak)
- Kuiz Muzium Nelayan Sempena Pesta Tanjung Balau
- Karnival Seni Lukis
- Karnival Mewarna Bersama Upin Dan Ipin
- Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri & Kebangsaan
- Bengkel Menulis Khat
- Bengkel Ukiran Kayu tradisional
- Kolaberasi Interpretasi Muzium Nelayan Bersama Politeknik Ibrahim Sultan, Johor.
- Bengkel Melukis Batik
Peta lokasi Muzium Nelayan Tanjung Balau.
MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU
Alamat:
Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor
Menaiki Kereta
Dari Lebuh raya Utara-Selatan (NSE), keluar ke Kulai (Persimpangan 252) menuju ke jalan utama ke Kota Tinggi (Lebuh 94 dan 3). Tanjung Balau terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari pusat bandar Kota Tinggi.Menaiki Bas
Terdapat banyak bas dari Terminal Bas Johor Bahru Larkin (di Jalan Garuda) ke Terminal Bas Kota Tinggidi Jalan Niaga Utama.Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.Tel : 07-8843000
Faks : 07-8221600
Talian Bebas Tol : 1-800-888620
E-Mel : kejora@kejora.gov.my
Laman Web : http://www.kejora.gov.my
i pun tak pernah masuk sana..hahha..takat lalu je…nama je orang kota kan…kah..kah
hmmmm nak kena cubit orang kota ni..