Sedar tak sedar Ramadhan bakal muncul semula. Seperti biasa, restoran dan cafe sekitar Johor Bahru akan menawarkan pakej buffet Ramadhan kepada pengunjung. Tidak terkecuali DoubleTree By Hilton yang menawarkan pakej buffet Ramadhan dengan hidangan enak dan lazat.
Alhamdulillah hari Rabu lepas Ummi dan geng JDT Blogger menerima jemputan khas Ramadhan Media Preview di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton. Tahun ini, mereka menggunakan tagline “Jom Makan at DoubleTree By Hilton” dengan sajian menu Mediterranean & Arabian Cuisine, Marche Style Asian Buffet serta Asian Style Buffet yang pastinya tidak akan mengecewakan tekak korang. Serious!
Sekiranya korang berbuka puasa di DoubleTree by Hilton jangan lupa snap gambar dan postkan ke media sosial dengan #BukaPuasaWithHilton @DoubleTreejb
Ummi ni peminat kambing, belum apa-apa Ummi dah tergoda dengan encik kambing ni tau hehehehe. Oklah jom kita zoom in, aneka menu yang bakal disajikan sepanjang Ramadhan di Makan Kitchen, DoubleTree By Hilton.
Bagi peminat menu-menu Arab, korang mesti suka makan kat sini. Kat bawah ni Ummi listkan main course untuk Mediterranean & Arabian Cuisine, Marche Style Asian Buffet. Ada yang Ummi pernah rasa, ada juga menu yang baru pertama kali Ummi rasa.
MAIN COURSE
Mediterranean & Arabian Cuisine, Marche Style Asian Buffet
Morrocon Vegetable Tagine
Grill Cilantro Shrimp
Kebab Grilled Parsian Style
Lamb Moussaka
Shikh Taouk
Morrocon Grilled Lamb Shoulder
MEZZEH
Fattoush Salad
Zaatar Olive Salad
Greek Yoghurt
Baba Ganoush
Tabbouleh
Batata Harra
Kibbeh
Foul Meddamas
Hummus Bi Tahini
LAST IMPRESSION
Um Ali
Muhallabiyeh
Assorted of Baklava
Overall, menu Arab ni memang sedap-sedap belaka. Terus berkriuk perut Ummi tau. Babah pun kata sedap. Bukan saja sajian Arab, menu-menu Asia pun ada juga disajikan. Jom tengok apa hidangan menu Asia yang ada di Feast @ 11.
Aneka hidangan di Feast @ 11 yang pastinya menu Asia.
Pipa Duck & Hangzhou Emperor Chicken BBQ
Steam Seabass with Superior Sauce
Live Station – Hainanese Beef Noodle
MALAY MAIN DISH
Nasi kabuli
Ayam Masak Opor
Kambing Masak Petis
Kupang Masak Gulai Kari (Mussel Curry)
Malay Stall Station – Lemang, Ketupat dan Burasak disajikan dengan Asam Pedas Ikan Parang.
LAST IMPRESSIONS
Honey Melon Salad
Octopus Salad (Feveret Ummi.. serious sedap!Kalau makan di Sushi King octopusnya comel-comel tapi yang ni octopusnya sihat-sihat.. nyummssss!)
Kerabu Daging
Kerabu Ayam
Concorde Cake
Durian Macaroon (Comel geram betul..dah la comel sedap pula tu)
Lain-lain dessert yang terdapat di sini seperti Assorted Nyonya Kuih, Cheese Cake, Assorted Malay Kuih, Chocolate Tart, Red Velvet Cupcake, Durian Puff, Pandan Catalane @ Pulut Hitam.
Makanan-makanan lain yang juga dihidangkan di Makan Kitchen seperti gambar-gambar berikut ni ya.
Indian Kitchen
Aneka dessert dan salad yang boleh buat korang rasa nak makan semua hehehe.
Jenuh tak korang scroll dari atas ke bawah? Ada yang ngences ke? hehehe. Ummi yang menaip entri ni pun meleleh air liur tau terbayang kesedapan setiap menu. Pendek kata memang meriah makanan di DoubleTree by Hilton ni tau. Korang boleh rujuk harga untuk Buffet Ramadhan di Makan Kitchen ni. Pada Ummi harganya memang berbaloi dengan rasa dan kualiti makanannya. Pesanan khas untuk semua, makan sampai habis ya, jangan membazir di bulan Ramadhan nanti.
HARGA BUFFET RAMADHAN DI DOUBLETREE BY HILTON
MAKAN KITCHEN SPECIAL
Mediterranean & Arabian Cuisine, Marche Style Asian Buffet
17 May – 14 June 2018
RM168 nett/ adult
RM84 nett/ child
Hari Raya Dinner
15 & 16 June 2018
RM168 nett/ adult
RM84 nett/ child
Hari Raya Hi-Tea Buffet
15 – 17 June 2018
RM108 nett/ adult
RM54 nett/ child
FEAST @ 11
Asian Style Buffet at our beautifully decorated Ballroom
21 May – 7 June 2018
RM138 nett/ adult
RM69 nett/ child
Map ke DoubleTree By Hilton.
DOUBLETREE BY HILTON
Address:
No. 12 Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia.TEL: +60-7-2686868FAX: +60-7-2686888
Email: johorbahru.info@hilton.com
Website: goo.gl/jrWzcE
Facebook: https://www.facebook.com/doubletreeJB/
Instagram: https://www.instagram.com/doubletreejb/For voucher purchase, please email nurulatiqah.irwan@hilton.com or call +6012 784 1842
For more information or reservation, please call +607 268 6868
banyak sungguh makanan
Janji Kita
banyak sampai bingung nak pilih dah la sedap..
Semuanya sedap belaka kan..
heiii sedap sangat awak..
banyaknya makanan..berpinar mata skroll satu-satu
hahaha saje buat juju meleleh air liur..
pergh tengok makanan time tengah hari , memang lah meleleh air liur
hhaha terus jadi lapar kan..
Bila tengok balik rasa terliur kak hernee.. semua sedap2 kan..
sedapkan dilah..terasa2 lagi ni ha hehehe