Resipi Ikan Kerapu Stim Lemon Ala Absolute Thai

Dari Dapur Hernee Nazir
Resipi Ikan Kerapu Stim Lemon Ala Absolute Thai

Resipi Ikan Kerapu Stim Lemon Ala Absolute Thai | Tajuk memang gempak hahaha. Sampai tergelak Babah dengar. Kalau nak fefeeling lagi gempak boleh follow tajuk menu Absolute Thai terus.. “Steamed Kerapu with Garlic, Chillies & Lime Sauce.

Sebelum ni Ummi biasa juga buat Siakap Stim bagai tu, tapi resepi follow gaya arwah mak jek la. Kali ni terasa nak follow yang acah-acah Absolute Thai. Bila cari resepi terjumpalah resepi dari Youtube Aja In The House. Ok cun! Jom tengok resepinya.

RESEPI IKAN KERAPU STIM LEMON ALA ABSOLUTE THAI 
(STEAMED KERAPU WITH GARLIC, CHILLIES & LIME SAUCE)

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kerapu
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia
cili padi (kuantiti ikut kepedasan yang diidamkan)
1 batang serai (Ummi tambah sendiri hahaha)
3-4 biji limau nipis
2-3 sudu sos ikan
3 tangkai daun ketumbar
stok ayam (boleh guna kiub pati ayam atau buat homemade chicken stock lebih sihat)
**Ummi buat homemade chicken stok sebab tak de kiub pati ayam kat rumah
gula & garam secukup rasa

Bahan Hiasan – Hirisan limau nipis, cili padi, hirisan bawang putih dan daun ketumbar.

Cara-cara Memasak:

  • Kukus ikan kerapu dan asingkan.
  • Tumbuk bawang putih, cili padi dan halia hingga lumat.
  • Potong halus batang daun ketumbar dan titik serai.
  • Sediakan stok ayam atau air yang dicampur dengan kiub pati ayam. Kuantiti air ikut suka nak banyak mana kuahnya. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk (bawang putih, cili padi dan halia), sos ikan dan batang ketumbar. Perasakan dengan gula dan garam. Jerang atas api kecil sehingga mendidih.
  • Masukkan ikan kerapu stim tadi ke dalam mangkuk dan simbah dengan sos yang dah siap tadi tu. Biar dia berenang-renang sambil menyerap kuah. Taburkan dengan bahan-bahan hiasan. Siap!
  • Ikut resepi asal, hidangan ni dimasukkan ke dalam pinggan yang boleh bubuh fire gel kat bawah tu, fefeeling ala-ala kat restoran Thai, tapi kat rumah tak ada fire gel, Ummi bubuh dalam mangkuk hidang je.

Sementara menunggu Babah balik Ummi duk mengadjust rasa. Tawakkal jek lah kalau Babah kata tak sedap hahaha. tapi setakat tekak Ummi rasa memang sedap dan memang iras-iras Absolute Thai. Ecehhhhh.. isi bakul angkat sendiri! Babah sampai dia ke dapur. Ummi suruh rasa dulu. Dengar tajuk dia dah gelak. Bila mula-mula rasa, dia kata “rasa yang awal tu memang dah pergi dah, hujung tu rasanya macam tersangkut di skala 6”. Kahkahkah. Mengekek berdua kat dapur. Ummi adjust tambah gula dan sos ikan sikit baru ngammmm!!

Overall, memang sedap ikut resepi ni. Ini komen dari Babah la. Pengomen tetap menu DDHN hahaha. Sukalah tu duit dia dah jimat tak payah belanja Ummi makan Absolute Thai hahaha. Ok next time boleh repeat resepi yang sama. Korang kalau nak mencuba boleh la guna resepi ni. Dijamin sodap! Kalau tak sodap makcik tak tahulah nak cakap apa. Mungkin air tangan memasing kahkahkah. Ok petang ni kita masakkan hero-hero kita kari ikan bawal emas pula. Ummi dah start menu sihat sebelum berat Ummi mencecah 70kg baiklah Ummi bertaubat haha. Menu sihat will be shared later.

Selamat mencuba!

Website: Absolute Thai

Loading

Related Posts

3 thoughts on “Resipi Ikan Kerapu Stim Lemon Ala Absolute Thai

  1. pakai ikan lain pun boleh kan umi..ai suka ikan steam macam ni…tak makan nasi pun takpe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!