Cara Mendapatkan Simcard Unifi Percuma!!

Info Sharing

Hai korang, Ummi saja nak kongsikan ni. Ummi pun baru tahu. Kalau Dila tak bagitahu memang sampai ke sudah la tak tahu hehehe. Korang tahu tak yang Unifi sedang aktif memberikan simcard PERCUMA sebanyak 1 juta pada mereka-mereka yang berminat. Ya, betul PERCUMA. Macamana nak dapatkannya? Jom Ummi terangkan.

Dapatkan 5 Simkad Mobile Unifi PERCUMA.jpg

Langkah pertama, sila download aplikasi Unifi dia smartphone korang. Boleh download di App Store atau Google Play.

Seterusnya, korang klik di bahagian “I WANT TO GET A SIM!”.

Korang akan jumpa paparan seterusnya “ABOUT ME”. Sila isikan butiran diri korang dan klik “NEXT”.

Seterusnya masukkan email korang, dan klik “VERIFY MY EMAIL”.

Paparan seterusnya, akan keluar seperti di atas untuk korang masukkan verification code yang di email ke email korang.

Contoh emailnya seperti gambar di atas.

Next keluar paparan seperti di atas ni. Isikan semua maklumat yang dikehendaki dan klik “CONFIRM”.

Next, pilih 5 nombor simcard yang korang suka, atau korang boleh kekalkan nombor yang ada. Kemudian klik “CONFIRM MY SELECTION”.

Next, korang boleh pilih nak SELF PICK UP atau DELIVERY. Masukkan maklumat yang diperlukan.

Untuk delivery, korang dikehendaki mengisi alamat dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan dan klik “SUBMIT ORDER”. Delivery charges dikenakan sebanyak RM10.60.

Mula-mula Ummi pilih delivery, sekali ada error. Terus pilih untuk self pick up.

Review order korang, make sure semua butiran maklumat tu betul. Macam contoh Ummi ni, Ummi kena collect simcard ni di TMPOINT Skudai. Nak collect jangan lupa bawa kad pengenalan ya.

Ok siap dah. Insha Allah this week Ummi nak pergi collect 5 simcard Unifi yang Ummi dah request tu. Nanti Ummi share ya kalau dah dapat. Lets enjoy  20GB LTE data, tiada tempoh tamat.

p/s Kekonon nak suruh Babah redeem juga, sekali Babah kata data yang ada pun tak terguna hahaha. Okbai! 

Related Posts

2 thoughts on “Cara Mendapatkan Simcard Unifi Percuma!!

  1. kalau hari lain amik boleh ke? sevab kat situ tulis tarikh suruh amik. tapi x kena dengan kesesuaian sebab kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!