Friday’s Lunch – Reunion Geng Jumaat at Old Town White Coffee Sunway Citrine Hub

Geng Jumaat

Lokasi Friday’s Lunch bersama geng Jumaat yang tak cukup qourum. Cik Noni tengah asyik bercanda di pasiran pantai Krabi. Amboi kemain. Jadi yang ada cuma Ummi, Eqa, Kak Leen dan jeng.. jeng.. jeng.. FATdhillah yang merindui kami.

Nampak kemeriahan wajah memasing. Ni rupa senyum. Kalau rakam suara memang meja kami lah paling memekak sekali.

Makcik Dila bawa body guard kecil tau. Faheem yang comel ni. Pening kepala dengar makcik-makcik memekak je. dah la tak dapat makan, dapat makan chakoi Mommy Dila dia je hahaha.

Ummi bersama rakan sebaya haha. Adik Dila ni rupanya dah 23 tahun. Kenapa la selama ni Ummi ingat dia baru form 3 hahaha. Bila duduk sebelah Ummi terus fefeeling budak form 3 juga. Sila jangan muntah ijo.

Ummi makan set, meehoon curry dan iced chocolate. Nyumssss sampai senak perut.

Asam Laksa ni share ramai-ramai sebab terliur hahaha. Lepas makan kami meronda Mr. DIY sampai aa orang terjumpa retis hahaha. Nak masuk Jaya Grocer dah tak sempat. Ummi sempat snap gambar luar je.

gambar ni pun dengan muka tak malu mintak staff Mr. DIY snapkan hahaha.

Sebelum berpisah, sempat la wefie. Nanti orang tu kecil hati pulak kita tak nak wefie dengan dia. Lagi pun kita bagi bekal la takut-takut dia merindui kita.

Gambar berempat geng Jumaat yang bergegor hahaha. Panjang umur jumpa lagi ye Fatdhillah. Thanks la sudi jumpa kami ni. Nasib tak roboh building baru ni nampak ada retak-retak sikit je bila Dila gelak besar hahaha.

Inilah barang-barang yang Ummi TERRRRRRRRRRRbeli tu.

Planner comel berwarna pink.

dann sketch book untuk Ummi menconteng di kala keboringan dan ketensionan hahaha. Ok itu jelah cerita makan hari ni. Malam ni nak makan apa ek? hehehe.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!