JDT Blogger 1st Meetup – 2018

Team JDT Blogger

Cerita Sabtu, dalam kesibukan di rumah hujung minggu sempat juga Ummi luangkan masa bersama rakan-rakan JDT Blogger. Setelah berbulan-bulan mencari tarikh sesuai untuk 1st meetup, akhirnya menjadi juga walaupun tak ramai yang hadir. Almaklumlah masing-masin ada komitmen sendiri. Siapa yang sempat je lah yang muncul. Lepas tu boleh je sambung borak dan bincang dalam group whatsapp hehehe.

Bincang-bincang santai je. Tapi alhamdulillah ada juga hasilnya. Sekurang-kurangnya bila dah bertemu macam ni, masing-masing dapat berkongsi idea. Idea untuk aktiviti tahun 2018 bagi semua ahli JDT Blogger. Korang tunggu je lah nanti ya apa aktiviti kami. Dah namanya blogger konfem la masuk blog. Cuma cepat atau lambat je terpublish eekeke.

Sebelum balik haruslah bergambar beramai-ramai. Ini complete set hahaha. Ummi Ilhams, Nona Sani, Uyul Rosli, Eda Kisah Si Dairy, Dilah, Kak Mia dan barisan askar-askar peneman ibu-ibu hehehe.

Ehhh masa ni Kak Mia tengah beratur beli apa entah hehe. Last but not least, walaupun tak puas berbual. Mehhhh layan gambar wefie Ummi dan geng JDT Blogger.

Ummi with Cik Nona Manis.

Ummi with ibu Dilah yang flawless.

Ummi with Cik Uyul yang selim dan berseri-seri pengantin.

Ummi with otai blogger Mommy Mia Liana.

Ummi with Ummi Naura yang selalu ada instinct yang sama hahaha. Geng tahun ayam.

Lepas settled berdezuplah Ummi balik bersama si birthday boy sebagai peneman setia. Sebenarnya abang adik meraung juga sebelum pergi tu. Abangnak ikut Ummi, adik pulak sedih sebab abang tak ikut hehehe. Thanks Babah izinkan Ummi bersosial dengan geng JDT Blogger. Korang blogger kelahiran Johor atau yang bermastautin di negeri Johor jom join kami merapatkan ukhuwah sambil bertukar-tukar pendapat tentang blog. Berminat email ke jdtbloggernetwork@gmail.com

 

Related Posts

2 thoughts on “JDT Blogger 1st Meetup – 2018

  1. wahhhh… besar gedabak gambar kak mia kat sini…. thanks hernee for the support.. hidup jdtblogger.. yeahhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!