Ehhhh.. Ujud Lagi Rupanya Geng Jumaat Ni

Geng Jumaat

Saja je nak up cerita pasal geng jumaat aka geng makan, sebab dah lama muka diorang tak mewarnai blog Ummi ekekeke. Cerita dua minggu lepas, of course hari Jumaat sebab waktu berjimba lebih lama hehehe. Mana lokasi mengisi perut? Sushi King sebab memasing craving sushi hahaha. Eh ke Ummi sorang jek hehe.
20171215_131411

Memasing memang lapar tahap dewa ni. Tak tipu punya. Lagi-lagi yang sebelah Ummi tu. Nampak tu chopstick pun dia nak makan hahaha.

20171215_131942(0)

Kemain dua orang ni kan bersungguh makan hahaha.

20171215_131430

Banyak-banyak menu, yang paling Ummi craving adalah salmon piri piri.

20171215_131722

Satu lagi Chuka Lidako (Seasoned baby octopus). Huwaaaaa ini rasa kalau dapat 10 pinggan pun Ummi mampu makan hahaha. Amboi pelahapnya hahaha. Lepas makan memasing macam ular kekenyangan hahaha tapi haruslah pulang kepangkuan office.

20171215_133018

Ini set apa nama entah. Tapi salah pilih kekonon nak yang macam Ummi makan sebelum ni. Sekali bila dah sampai tengok apesal macam nasi putih lauk kobis masak air je hahaha. Rupanya Ummi yang salah pilih menu. Apa pun sedap juga hehehe. (Ayat sedakan hati sendiri)

Sebenarnya dah beberapa hari ni Ummi masih terbayang-bayang  baby octopus tu. Esok after follow up check up Syamil nak ajak Babah singgah Sushi King Puteri Harbour lah. Fuhhhhh.. mudah-mudahan makbul doa Ummi ekeke.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!