Kopi Cap Televisyen Kluang Coffee Memang Kaw!

Kembara Bloggers Johor 2017

Meneruskan destinasi seterusnya di hari ketiga, check out dari Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort  dan meneruskan perjalananan ke daerah Kluang. Lokasi pertama yang kami tujui adalah ke

P_20171014_120231_vHDR_Auto_thumb

Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1966 di Jalan Mersing. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pihak pengurusan memutuskan untuk memperluas dan mengautomasikan operasi perniagaannya dan kilang tersebut dipindahkan ke tapak sekarang di Jalan Besar pada tahun 2003.

Pengasas Kilang Serbuk Kopi Kluang ialah Encik Goh Tong Tor (Goh Ah Kow). Pada mulanya beliau telah bekerja di industri pemborong buah-buahan dan industri getah, sebelum beralih menjadi salesman di salah satu kilang kopi tempatan.

P_20171014_125826_vHDR_Auto_thumb

 Ummi sempat posing bersama tiga jenis kopi utama dalam menghasilkan Kopi Cap Televisyen.

P_20171014_121043_vHDR_Auto_thumb

 Kopi Cap Televisyen adalah campuran tiga jenis kopi yang terbaik iaitu kopi jenis Robusta, Arabica dan Liberica.

P_20171014_120550_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_120600_vHDR_Auto_thumb

 Kopi Robusta berasal dari Indonesia dan Vietnam. Ianya sesuai untuk dijadikan kopi-O. Biji kopi Robusta kurang wangi dan pekat bila dibancuh.

P_20171014_120612_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_120619_vHDR_Auto_thumb

Kopi Arabica berasal dari Brazil dan Columbia. Ia adalah antara kopi yang popular di dunia. Aromanya sangat sedap. Ianya tidak pekat tetapi pahit. Tidak terdapat di negaa Malaysia kerana kopi Arabica ini sesuai dengan negara bercuaca sejuk. Harga pasaran kopi Arabica juga adalah tinggi.

P_20171014_121059_vHDR_Auto_thumb

Kopi Liberica pula adalah bji kopi tempatan dari Malaysia. Terkenal dengan panggil “Kopi Biji Gajah” oleh orang-orang tua lama. Kopi Liberica adalah antara kopi yang bersaiz paling besar di dunia dengan harga pasaran yang tinggi. Kopi ini sangat wangi dan pekat bila dibancuh. Pengeluaran di Malaysia semakin berkurangan dan berjaya dipindah dan ditanam di Indonesia tapi rasanya agak berbeza.

P_20171014_123129_vHDR_Auto_thumb

Korang nak tahu tak asal usul Kopi Cap Televisyen?

Bermula sistem penyiaran televisyen pada awal 1960-an di Malaysia, memiliki set televisyen adalah menjadi impian untuk setiap isi rumah. Tidak semua mampu memiliki set televisyen pada masa itu. Televisyen penting bukan sahaja sebagai pembawa berita dan hiburan terkini, ia juga membawa hubungan kekeluargaan yang lebih rapat. Ini menarik minat Encik Goh Tong Tor (pengasas Kluang Coffee Powder) menggunakan set televisyen sebagai penjenamaannya. Beliau berharap dapat menghasilkan kopi berkualiti tinggi yang dapat dimiliki di setiap rumah dan pada masa yang sama, membawa keluarga lebih dekat bersama sambil menikmati secawan kopi yang kaw.

P_20171014_121251_vHDR_Auto_thumb

Seterusnya kami dibawa melawat ke kawasan pemprosesan kopi. Taklimat ringkas disampaikan oleh staff Kluang Coffee. Terdapat 5 langkah penting dalam menghasilkan kopi yang berkualiti. Bijian kopi ini akan digaul selama lebih kurang 20 minit. Sekiranya dibiarkan terlampau masak ianya berisiko menjadi pahit dan bila kurang masak ianya menjadi masam. Seriously tak pernah pun tahukan sebelum ni hehe.

P_20171014_121411_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_121416_vHDR_Auto_thumb

Kopi yang dimasak dan dikacau selama lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan suhu 200°C.

P_20171014_121438_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_121545_vHDR_Auto_thumb

Kopi dimasukkan ke dalam mesin untuk dipisahkan menjadi bijian.

P_20171014_121457_vHDR_Auto_thumbP_20171014_121454_vHDR_Auto_thumb

Kopi tadi diasingkan lagi menggunakan mesin lain untuk dijadikan serbuk kopi.

P_20171014_121648_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_121710_vHDR_Auto_thumb

Kopi yang dah siap menjadi serbuk dimasukkan ke dalam tin untuk dijual. Seterusnya kami dibawa ke bahagian pembungkusan kopi untuk melihat sendiri bagaimana kopi diproses dan dibungkus menjadi uncang kopi menggunakan mesin.

P_20171014_122622_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_122703_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_122615_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_122717_vHDR_Auto_thumb

Uncang Kopi-O yang dah siap dibungkus dalam pack besar.

P_20171014_122736_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_122903_vHDR_Auto_thumb

Uncang kopi-O yang masih belum masukkan ke dalam bungkusan.

P_20171014_122745_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_123029_vHDR_Auto_thumb

Proses untuk seal bungkusan uncang kopi. Selepas menyaksikan sendiri cara pembungkusan uncang kopi, kami dijamu black coffee dan white coffee yang ummpphhh. Kluang Coffee dalam proses mengubahsuai kawasan kilang untuk menyediakan cafe untuk para pengunjung.

P_20171014_123333_vHDR_Auto_thumb

Nampak tu meriahkan atas meja dengan makanan.

P_20171014_123436_vHDR_Auto_thumb

Ini dia white coffee yang mengandungi 100% bijian kopi. Biji kopi yang dimasak tanpa ada campuran bahan-bahan lain.

P_20171014_123614_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_123736_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_123833_vHDR_Auto_thumb

Dimakan pula dengan nasi lemak yang sedap dan roti bun kaya memang terangkat tau.

P_20171014_124441_vHDR_Auto_thumb

Seterusnya Ummi mencuba black coffee fuhhh nasib baiklah Ummi dah terer minum kopi tau. Kalau tak memang melopong je tengok orang lain menikmati kopi sedap ni, Black coffee dimasak dengan campuran 30% gula dan 70% marjerin. Memang kaw!

P_20171014_124829_vHDR_Auto_thumb

Ada pula biskut kering atas meja, jadi pantas je tangan Ummi ni mencapai sekeping dan mencicah biskut ke dalam black coffee tu. Wahhhh syok ooooo..

Kalau korang nak tahu, kopi cap televisyen ni juga dikenali sebagai “Sultan Coffee” oleh kebanyakan pegawai kerajaan negeri Johor dan penduduk tempatan. Ianya kerana semasa mengadakan pertemuan dengan Sultan Iskandar Johor, mereka menghidangkan kopi cap televisyen ni. Setelah minum kopi, sultan jatuh hati dengan aroma dan kopi yang sedap. Sejak itu, Sultan telah menitahkan kakitangannya istana untuk membuat pesanan dari Kluang Coffee pada setiap bulan untuk dijadikan minuman untuk majlis-majlis rasmi di istana. Wahhh hebat juga kopi cap televisyen ni kan, sehingga mampu menawan hati pemerintah negeri.

P_20171014_125625_vHDR_Auto_thumb

Sebelum meneruskan kembara ke destinasi seterusnya, sempat juga kami menyinggah ke kedai khas yang menjual semua produk kopi cap televisyen. Memang rambang mata tau. Semua pengunjung yang datang, boleh la membeli-belah di sini sebelum balik buat buah tangan ahli keluarga atau sahabat handai.

P_20171014_125412_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_125232_vHDR_Auto_thumb

Legend betul cawan ni kan.

P_20171014_125311_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_125320_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_125357_BF_thumb

Sesambil tengok coffee kita berwefie dengan orang kuat MITA & Tourism Johor, Fify dan Kak Rose. Dua-dua sporting!

P_20171014_125653_BF_thumb

Eh sempat juga berwefie dengan geng JDT Blogger ni kan. Tak sah kalau tak bergmabar bertiga hehehe.

P_20171014_125735_vHDR_Auto_thumb

Nak dapat point lebih dari Tourism Johor haruslah posing dengan board ni hahahaha.

P_20171014_120437_vHDR_Auto_thumb

Korang boleh dapatkan Kopi Cap Televisyen keluaran Kluang Coffee ni di semua outlet Giant di seluruh Semenanjung Malaysia.

IMG-20171014-WA0016_thumb

Group photo sebelum kami meninggalkan Kilang Kluang Coffee.

P_20171014_125943_BF_thumb

Yeay! Dapat sorang sebungkug uncang kopi-O dari Kluang Coffee. Terima kasih diucapkan kepada Kluang Coffee.

P_20171014_130040_vHDR_Auto_thumb

P_20171014_130125_vHDR_Auto_thumb

Antara pokok kopi yang ditanam dibahagian hadapan kawasan Kluang Coffee. Memang enjoy sesangat dapat peluang tengok proses membuat kopi ni. Korang kalau nak buat lawatan ke Kluang, jangan lupa jadikan Kluang Coffee ni sebagai salah satu destinasi lawatan korang tu tau terutamanya untuk cikgu-cikgu yang masih berfikir-fikir lokasi terbaik untuk proses pembelajaran anak-anak. Boleh rujuk info dibawah ya.

map kluang coffee.jpg

KLUANG COFFEE POWDER FACTORY SDN BHD

 Alamat:

76, Jalan Besar,
86000 Kluang,
Johor Darul Ta’zim.

Telephone: +607-773 1943

Fax: +607-776 4390

Email: enquiry@kluangcoffee.com.my

Facebook: Kluang Coffee Cap Televisyen 

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar
>> Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi
>> Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili
>> Lawatan Ke Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil
>> The ELS Club – Daya Tarikan Terbaru Di Desaru Coast
>> Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Destinasi Percutian Pilihan Ramai

 

 

Related Posts

2 thoughts on “Kopi Cap Televisyen Kluang Coffee Memang Kaw!

  1. rasa macam nak pegi lagi ke beli kopi ni..kena tunggu diorang bukak cafe nampaknya ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!