herneenazir.com

Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Destinasi Percutian Pilihan Ramai

Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Destinasi Percutian Pilihan Ramai | Setelah seharian mengembara ke destinasi-destinasi pilihan Tourism Johor, akhirnya sampailah kami ke Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort, Kota Tinggi. Ini adalah lokasi kedua penginapan kami sepanjang Kembara Bloggers Johor 2017.

Pertama kali Ummi menjejakkan kaki ke Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort ni. Nampak memang menarik, teruja sangat nak mencecah pasir kat pantai tu.

Lokasi Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort

Penginapan di Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort dilengkapi dengan kemudahan biodegradable dan direka dengan selesa untuk kumpulan besar dan kecil, tanpa merosakkan keindahan alam semulajadi.

Terdapat  134 bilik & suite:

Standard & Deluxe Rooms
– Standard Twin (40 meter persegi, 2 Katil Single) – 54 bilik
– Standard Family (40 meter persegi, 1 Katil Single & 1 Katil Queen) – 54 bilik
– Deluxe Room (60 meter persegi, 1 Katil Single & 1 Katil King) – 20 bilik

Suites
– Junior Suite (80 meter persegi, 1 Queen Bed & 1 King Bed) – 4 bilik
– Royal Suite (120 meter persegi, 1 Single Bed & 2 King Bed) – 2 bilik

Banyak juga bilik & suite yang disediakan. Nanti korang tengok ya kami dapat bilik yang mana sepanjang menginap di sini. Apa pun jom kita belek-belek apa lagi yang ada di Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort ni.

Ruang lobi.

Mini Mart.

Play ground di ruangan lobi.

Wedding planner pun ada tau kat sini.

Untuk pengetahuan korang, di sini juga di sediakan ballroom/ tempat untuk majlis -majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, mesyuarat dan sebagainya. Ada tiga jenis pilihan tempat untuk pengunjung:

Jangan buang masa jom ikut kami cari bilik 409. Jeng.. jeng.. jeng..

Sepanjang corridor menuju bilik.

Ok dah sampai!

Haisyhhh molek segar buah-buahan menyabut kedatangan kami.

Alhamdulillah kami diberikan bilik Standard Family yang mana menempatkan 1 katil single dan 1 katil single dan 1 katil queen. Untuk malam kedua, satu bilik kami berkongsi tiga orang. So malam kedua Ummi ditemani oleh Eda dan juga Uyul. Yeay! Biliknya luas dan selesa untuk kami bertiga.

Ada peti sejuk kecil dan cerek untuk memasak air.

TV dan meja solek.

Ini yang best, balkoni yang menghadap ke arah laut (sea view).

Tandas dan bilik mandi.

Pandangan dari balkoni.

Dari balkoni juga kami boleh view swimming pool.

Nampak juga kawasan play ground dan gymnasium.

Ok, kasi can Ummi selfie sesorang ya.

Sebelum maghrib sempat juga Ummi dan Eda meronda sekitar kawasan resort dan ke tepi pantai. Ok, bawah ni ada restoran untuk para pengunjung.

Pemangan bilik dari luar.

Swimming pool bahagian kanak-kanak.

Yang ni bahagian orang dewasa. Sebenarnya Ummi ada niat nak terjun swimming pool tapi terbatal hehehe.

My partner in crime sepanjang Kembara Bloggers Johor 2017 hahaha.

Gymnasium & play ground.

Dah alang-alang ke kawasan pantai memang rugilah kalau tak cecah kaki ke pasir kan.

Sebelum mencecah kaki ke pantai, Posing kejap di buaian ni sambil nyanyi lagu “laju..laju..buai ku laju..” hahaha.

Gambar ni Felicia tolong snap kan.

Tenang jiwa bila dapat tengok laut yang meluas. Desiran ombak kat pantai tu pun boleh melegakan stress tau. Jadi korang yang stress dengan kerja, masalah hidup apa kata sekali sekala korang reward diri datang

Sempat la kami bertiga menghirup udara laut.

Kasi can eh Ummi nak menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Ini khas untuk Babah dan The Ilhams yang ditinggalkan di rumah selama 4 hari 3 malam.

Sebelum maghrib kami masuk semula ke bilik. Malam ada dinner di Nelayan Seafood by The Coast. Ummi akan kongsikan menu sedap di sana dalam entri lain ya. Korang kena tunggu sampai habis cerita kembara ni.

Sempat juga mengamati terbitnya matahari. Macam dah lama sangat tak duduk tepi laut tengok matahari terbit. Sambil-sambil bersiap untuk check out sambil tengok matahari terbit.

Di Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort ni terdapat empat buah restoran. Kami cuma sempat akan di dua tempat saja untuk dinner dan breakfast. Untuk breakfast pagi hari ke 3 kami di Pawana Restaurant.

PAWANA RESTAURANT

CUISINE TYPEOPENING HOURS
Local , WesternDaily 6:30AM – 11:00PM

Banyak sangat pilihan makanan di sini. Sampai rasa rambang mata nak memilih. Sudahnya ini yang Ummi sempat ambil.

Kue Tiaw Goreng & popia. Kue Tiaw Goreng tu serious sedap gila. Menyesal ambil sikit sangat hahaha

Fresh fruits.

cekonon layan western food di pagi hari.

Puding roti ni jamah je sikit.

Favourite croissant ni… sedap. muffin tu pun not bad.

Untuk restoran lain, korang boleh rujuk opening hours kat bawah ni ya.

OMBAK BAR

CUISINE TYPEOPENING HOURS
Bar Daily 4:00PM  – 12:00AM

AROI THAI

CUISINE TYPEOPENING HOURS
Thai Street FoodDaily 11:30AM – 10:00PM

NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST

CUISINE TYPEOPENING HOURS
Local , Seafood Daily 11:30AM – 10:00PM

Dalam jam 8.30am kami check out dari Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort. Overall, penginapan memang selesa. Makanan pun memang sedap belaka. Memang recommended untuk korang yang nak bercuti bersama keluarga di sini dengan kemudahan yang sedia ada mampu memenuhi impian percutian korang. Harga bermula dengan RM258 ke atas. Info lanjut boleh baca di bawah ya.

DESARU TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT

Address: Bandar Penawar ,81930 Kota Tinggi, Johor
Tel : +607 8338888

Instagram: @tunamayaresortdesaru

Events & Meeting Events

T: +607-231-8852
Email: info.sales.dtbsr@careluxuryhotels.com

Room Reservations

T: +607-833-8888
Email: rsvn.dtbsr@careluxuryhotels.com

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar
>> Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi
>> Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili
>> Lawatan Ke Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil
>> The ELS Club – Daya Tarikan Terbaru Di Desaru Coast

 

 798 total views,  10 views today

Exit mobile version