herneenazir.com

The ELS Club – Daya Tarikan Terbaru Di Desaru Coast

Hai semua. Kita ke destinasi seterusnya bersama Kembara Bloggers Johor 2017. Korang tahu tak tentang pembangunan yang sedang giat berkembang di Desaru Coast ni? Jom Ummi kongsikan serba sedikit tentang Desaru Coast sebelum kita bercerita tentang The ELS Club yang sangat berprestij ni.

Desaru Coast adalah resort destinasi bersepadu dan salah satu pembangunan pelancongan yang paling dinanti-nantikan di Malaysia yang mewujudkan gabungan hotel dan resort yang terkenal di seluruh dunia, pusat persidangan, padang golf 27 lubang dan 18 lubang dan taman tema air. Terletak di rantau tenggara negara, di negeri Johor, Desaru Coast merangkumi lebih dari 3,900 ekar di sepanjang tepi pantai yang berukuran 17km, yang menghadap ke arah timur perairan laut. Destinasi ini mudah diakses melalui jalan raya, udara dan laut, dan dijangka menyambut gelombang pelancong baru ke kawasan pantai dengan tarikan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, jenama hotel yang terkenal dan gaya hidup Desaru Coast yang unik.

Kalau korang nak tahu, di Desaru Coast ni terdapat sebuah golf club house yang sangat berprestij tinggi iaitu The ELS Club, Desaru Coast. Bagi korang yang gemar dengan sukan golf, pasti korang teruja untuk datang ke sini.

Dengan reka bentuk pelan terbuka, 45,000 kaki persegi kedudukan The ELS Club  begitu strategik menghadap padang golf dan akademi golf yang yang dibangunkan sendiri. The ELS Club pastinya mampu menawarkan para pengunjung dengan suasana yang selesa sepanjang berehat di sini. Pengunjung terutamanya pemain golf juga mampu menikmati perkhidmatan dari dua restoran yang telah disediakan.

The ELS Club adalah inspirasi dari kejayaan Ernie Els dalam dunia sukan golf. Dengan rekabentuk kontemporari ianya sesuai untuk dijadikan tempat mesyuarat atau majlis-majlis rasmi yang lain dengan pemandangan padang golf serta keindahan Laut China Selatan.

Itu dia gambar Ernie Els. Untuk pengetahuan korang Hernee bukanlah adik atau ada apa-apa pertalian darah dengan Ernie Els. Kebetulan je nama macam dekat-dekat je bunyi. Tapi kalau Ernie Els nak ambil Hernee jadi adik angkat boleh juga. Confirm Hernee boleh belajar main golf secara percuma seumur hidup hehe. Just kidding!

Welcome drink dari The ELS Club. Sejukkan tekak sebelum kita mengembara ke seluruh pelusuk club house dan padang golf.

Short briefing dari Encik Harris selaku wakil dari pihak pengurusan The ELS Club. Beliaulah yang bertanggungjawab sepanjang kami di sini dengan memberikan info-info menarik tentang The ELS Club ni.

Pemandangan dari bahagian main entrance. Ok jom kita mulakan pengembaraan ya.

Kita ke Golf Shop dulu ya.

Di sini terdapat merchandise The  ELS Club dan juga peralatan golf yang dijual bagi memenuhi keperluan pemain-pemain golf.

Seterusnya kita ke VIP area.

Ruang santai di bahagian luar.

Bagi yang inginkan keselesaan, haruslah memilih VIP Room. Dijamin selesa dengan segala kemudahan yang disediakan.

Kenapa Ummi bergambar di sini? Sebab Ummi suka dengan wall ni hehe. Ianya dibina dari batu-batu laut. Nampak menarik dan unik kan.

Selfie berlatarbelakangkan pada golf yang luas menghijau.

Pemandangan menghijau dari bahagia atas The ELS Club.

 Kasi can Ummi selfie lagi ya.

Terdapat dua buah restoran untuk para pemain golf berehat sambil menikmati hidangan yang menyelerakan di sini selepas penat bermain gofl. Suasana yang sangat selesa dan santai 261 Bar & Restaurant.

Kami sempat juga dibawa masuk ke Ladies Locker Room. Tempat dimana pemain golf wanita boleh menyimpan barang-barang mereka, membersihkan dan merehatkan diri selepas bermain golf.

Kemudahan lengkap dengan locker, ruang rehat, bilik mandi, tandas dan jakuzi.

Restoran di bahagian atas.

Bilik seminar yang luas boleh dijadikan tempat mesyuarat, training room atau majlis lain.

Ruang santai di bahagian luar bilik seminar.

Ummi berposing di hadapan 261 Bar & Restaurant. Restoran ini dibuka dari jam 6.30 am hingga 8.00 pm.

Nampak tak tu di antara jari-jari runcing (runcing sangat!) Ummi tu lah sedang membangunnya Desaru Coast Adventure Water Park, Hard rock Cafe & Hotel dan banyak lagi pembangunan yang bakal menarik minat pelancong ke Desaru Coast.

Ok jom kita meronda ke segenap ruang padang golf yang luas ni dengan buggy car.

Mula-mula ummi confident nak drive buggy car ni. Tapi membayangkan keadaan jalan yang berbukit rasa kurang confident pula hehe. Sudahnya jadi co-pilot Encik Harris je bersama Uyul, Eda, Alja dan Fiza sebagai penumpang.

Buggy car yang lain. Rombongan Cik Kiah melawat padang golf hahaha.

Memang syok weh berada di sini. Maafkan muka Ummi yang senget itu. Panas dan silau sebenarnya.

Yang penting kami semua sangat teruja berada di sini tau sambil melihat padang golf yang menghijau ditambah pula pemandangan lautan luas yang membiru. Memang enjoy la pemain-pemain golf yang berkunjung ke sini. Terasa dekat dengan alam semulajadi.

Encik Hariss memberikan sedikit penerangan tentang Ocean Course ni.

Tekun masing-masing mendengar penerangan dari Encik Hariss sambil memikmati keindahan alam.

Sebelum bergerak menuju ke ESL  Performance Gofl Academy, sempat juga kami bergambar kenang-kenangan di sini berlatar belakangkan lautan yang luas dan langit yang membiru.

Nak ajak Encik Hariss wefie tapi segan hahaha.

Pemandangan bangunan utama The ELS Club dari arah jauh sebelum sampai ke akademinya.

ELS Performance Golf Academy adalah akademi golf yang sangat menarik yang menawarkan bimbingan yang terbaik dari yang terbaik kepada pemain-pemain golf tak kiralah korang dah pro ke atau baru nak berjinak-jinak dengan sukan golf, korang boleh mendaftar di akademi golf ni tau.

Akademi ini adalah tawaran terbaru Ernie untuk berkongsi kisah kejayaannya di seluruh dunia. Ianya untuk memberikan pemain junior dan senior peluang untuk mempelajari permainan dengan cara yang sepatutnya dimainkan, mengamalkan pendekatan individu menggunakan teknologi terkini, strategi diagnostik dan pengajaran. ELS Performance Golf Academy menawarkan kelas golf persendirian, berkumpulan dan juga  on-course dibawah binbingan tenaga pengajar yang diperakui dan diiktiraf.

Encik Harris menunjukkan kami cara memegang kayu golf dengan betul sebelum kami semua acah-acah nak main golf hehe.

Sebelum kami memgakhiri tour ni, Ummi pun nak cuba juga pegang kayu golf. Tapi sayangnya bola golf yang Ummi pukul tu laju sangat meluncur tak masuk lubang pun hahaha. Sila cuba lagi Ummi.

Ok untuk pemain-pemain golf di Malaysia korang mesti cuba main golf kat sini tau. Memang best korang boleh main golf sambil bersantai menghadap lautan luas membiru dan mendamaikan. Semua tu korang boleh nikmati hanya di The ELS Club, Desaru Coast. Info lanjut korang boleh rujuk dibawah ni ya.

THE ELS CLUB, DESARU COAST

Address:
No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Darul Ta’zim, Johor

Golf Course
Weekdays 8.00 am – till dusk
Weekends 7.30 am – till dusk

Driving Range
Weekdays 7.00 am – 6.30 pm
Weekends 7.00 am – 6.30 pm

Golf Shop
6.30 am – 8.00 pm

261 Bar & Restaurant
6.30 am – 8.00 pm

VISITORS – RATES

Weekdays (Monday – Thursday)
RM 500.00

Weekends (Friday -Sunday –P/H)
RM 600.00

Phone:

07-878 0000

Website:
www.elsclubmalaysia.com
http://www.elsclubmalaysia.com/the-course/desaru-coast-the-ocean/

Facebook:
https://www.facebook.com/TheElsClubDesaruCoast/

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar
>> Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi
>> Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili
>> Lawatan Ke Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil

 

 

 

Exit mobile version