herneenazir.com

Makan Malam Di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan

Sambungan cerita Kembara Bloggers Johor 2017, harap korang yang baca sila jangan jemu ya hehe. Ummi sekadar berkongsi pengalaman sepanjang 4 hari bersama rakan media dan bloggers yang lain. Separuh hari kami menjelajah destinasi-destinasi sekitar Johor Bahru, perut pun haruslah diisi.

Makan malam kami untuk malam pertama adalah di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan, Johor Bahru. Sejujurnya memang Ummi tak pernah mencuba menu-menu di sini. Kan dah kata, nama je orang Johor, belum habis khatam lagi pusing Johor ni hehehe.

Peta lokasi Dapor Warisan, panduan untuk yang tercari-cari menu masakan Melayu yang sedap di sekitar Bandaraya Johor Bahru.

Nak lagi mudah, lokasinyanya berhadapan dengan Pusat Latihan Tertutup Dato Suleiman Mohd Noor, Seri Gelam. Tempat team bola sepak JDT training dan juga berdekatan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Thanks Tourism Johor yang mengundang kami ke sini.

Welcome speech dari boss Tourisn Johor, Encik Shukri.

Sementara menunggu makanan, marilah kita abadikan memori di sini. Di Dapor Warisan ni, ada dua pilihan sama ada korang nak duduk di kerusi atau korang nak santai-santai duduk bersila atas tikar mengkuang. Betul-betul mengembalikan memori zaman dulu.

Kawan-kawan semeja.

 Jiran meja sebelah.

Ok makanan dah sampai, sebelum kami makan haruslah snap gambar dulu kan. Camera eat first! Kalau korang berkawan dengan blogger korang kena faham situasi ni ok hehe. Ehhhh..pinggan ni zaman tok nenek kita tau. Rare dah sekarang ni. Cantik pula corak-coraknya.

Buah-buahan penyejuk tekak, tembikai dan honeydew.

Penambah selera.. daun pegaga, ulam raja, timun, ikan masin bulu ayam dan sambal belacan. Kombinasi yang cukup membuatkan kami menjilat jari.

Tauhu sumbat ni super sedap tau. Sambal kacang dia tu ya ampun marvellous!

Sambal tumis udang ni pun sedap.

Kailan ikan masin nyumssss.

Paling tak boleh nak move on ialah menu Asam Pedas Ikan Merah. Perghhhhh sedap gila beb! Pekat kuahnya, cukup rasa asamnya.. huwaaaa terbayang-bayang  ni weh. Meleleh air liur taip entri ni tau.

Ingatkan lauk dah habis, sekali muncul pula daging masak lemak cili api ni. Fuhhhhh, sekali rasa kuah meletoppppsss. Serious tak tipu. Dagingnya pun lembut sangat.

Memang puas hati makan di sini. Semua menunya sedap-sedap belaka.

Tambahan air teh tarik yang mantap ni. Hilang kejap rasa penat siang tadi.

Sambil makan kami dihiburkan dengan persembahan tarian Zapin dari penari-penari Yayasan Warisan Johor.

Kita kasi can geng-geng chinese dan philipino untuk cuba berzapin bersama dengan Encik Syukri. Kita sama-sama kongsikan keindahan tradisi Melayu dengan bangsa-bangsa lain. Nasiblah Ummi ni tak terer berzapin, kalau tak Ummi dah menyelit buka langkah ecehhhhh poyo!

Setelah selesai makan malam, sebelum meneruskan misi seterusnya kami sempat bergambar kenangan di Dapor Warisan. Korang yang datang ke Johor, nak cari port makan masakan Melayu, bolehlah terjah ke Dapor Warisan ni. Ummi jamin korang mesti menjilat jari tangan punya. Tak percaya? Cubalah!

DAPOR WARISAN

Alamat:

Lot 888, Jalan Sungai Chat
Johor Bahru 80100

Tel: 016-772 6146

Facebook:
https://www.facebook.com/daporwarisan/

Exit mobile version