Pindah Dari Tingkat 6 Ke Tingkat 1

Dari Dapur Hernee Nazir

Dari hari Isnin lepas Ummi gigih mengemas barang sikit-sikit. Sempena office kami nak di renovate ni, kami dipindahkan sementara ke blok sebelah lebih kurang dalam jangkamasa sebulan. Kalau dulu kami tingkat 6 bermula Rabu section Ummi dah berpindah ke tingkat 1 Blok B.

Ehhh banyak betul buruk barak kat meja ni kan. Souvenir jek dah berbeg-beg. Kau nak buka kedai souvenir kat office ke Hernee?  

Gigih pakcik dua orang ni mengemas. Section kami yang kosong awal. Bukan saja-saja nak pindah awal, Khamis kami ada program di Petronas dan Jummat Ummi ambil annual leave jadi siap-siap awal kan senang. 

Taraaaaa new workstation buat sementara waktu sebelum office kami menjadi cantik bak istana kayangan ekekeke. Ini pun kami tumpang office department lain hehe.

Kami duduk sederet satu section. Tinggallah boss kami jauh nun di tingkat 7 Blok A.

Day 1 separuh hari Ummi di tempat orang. Ummi ok je. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Gitu! 

Day 2 pun separuh hari, so far so good. Hari ketiga Ummi tak nampak bayang sebab bersilat kat rumah masak untuk tetamu hehehe. Minggu ni cuti 3 hari tapi rasa lama gila duduk rumah. Heaven! Ok, selamat bertugas esok.

Related Posts

2 thoughts on “Pindah Dari Tingkat 6 Ke Tingkat 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!