Penyokong T-Team Yang Terlambat Sampai

Aktiviti KKPTP

Gambar ni dari facebook Babah. Kami sampai lambat tak sempat la Ummi nak snap gambar sendiri hahaha. Ini semua gara-gara melayan hero-hero kecil main kat playground dulu ni. Ehhh salah Ummi, sebab keluar rumah lambat hehehe.

Tahun ni PTP Sports Carnival, Ummi satu team dengan Babah, Turqoise Team (T-Team). So far boleh tahan juga team kami ni ekeke. Untuk volleyball ni Babah jadi manager nya. Babah tak boleh jadi player sebab Babah antara player volleyball wakil PTP di MMC Games last year. Jadi manager pun ok je, dia still turun training. Ummi buat masa ni belum join mana-mana games. Almaklumlah kekonon tahun ni kan pencen bersukan sebab pregnant hari tu hehe. Lagi pun volleyball hanya satu mixed group tak ada asing-asing team lelaki perempuan. Kalau tak tahun-tahun sudah Ummi la bidan terjun kena jadi player volleyball hahaha.

Kami sampai SJK Foon Yew 3 dalam pukul 1pm. Games semua dah settled hahaha. Babah dan kawna-kawan tengah main volleyball saja-saja.

Kesian la pom-pom boy and girl ni lambat sampai.

Tak apa lah janji dapat bawa anak-anak jengah sekejap pun dah ok. Puaskan hati diorang dapat tengok Babah hahaha.

Inilah punca kelewatan sampai tu hehe. Awal-awal pun Ummi tanya Babah, dia kata maybe settled semua games dalam pukul 3pm. Rupanya awal lagi dah siap dah. Kebetulan Eqa dan Noni ada, jadi sempat join melepak kejap di Restoran Kacang Pool Haji melintas jalan je dari SJK Foon Yew 3 tu. Sambung cerita next entry ya!

Stay tuned!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!