BFF The Ilhams – Aqil Ahnaf

BFF The Ilhams Rambling

Minggu lepas, masa solat Jumaat Ilham jumpa Aqil di masjid. Beriya dia ajak Aqil ke rumah. Tapi masa tu ayah Aqil tak bagi, jadi Aqil redho je la. Aqil ni sama sekolah dengan Ilham cuma umur Aqil baru 4 tahun. Aqil anak kawan Ummi, Aunty Aien. Rumah kami sebelah jalan je hehe.

Petang tu Ilham berusaha memujuk Ummi, request nak main dengan Aqil. Ummi nak lepaskan Ilham ke rumah Aqil memang fikir dua tiga kali la. Nanti adik pun konfem nak ikut. Jadi Ummi offer untuk ambil Aqil bawa ke rumah. Ilham asyik la push Ummi suruh tanya ibu Aqil boleh ke tak. Masa Ummi tanya tu Aqil tengah syok tidur selepas frust tak dapat ke rumah Ilham hahaha. Petang sikit barulah ayah Aqil hantar Aqil ke rumah.

Dah macam artis datang rumah. Dua-dua Ilham ni excited ada kawan. Amboiii gasak la nak. Janji bahagia, main kejap naik atas kejap turun bawah. Kejap diajaknya Aqil tengok movie. Bila Ummi ajak bergambar tengoklah gaya memasing. Adik tu macam ye ye ooo je. Sopan sangat! hahaha. Dah nak maghrib Aqil pun balik, ada orang sedih sebab dia nak ajak Aqil tidur rumah dia haha. Next time ajak Aqil datang lagi eh. Ilham ni memang suka berkawan dengan orang yang bernama Aqil agaknya. Sorang lagi BFF pun Aqil.. tapi Aqil Farish. Nanti Ummi share Ilham dan Aqil Farish pula. Sahabat baik yang kuat merajuk.. dan bergilir-gilir merajuk hahaha.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!