Resepi Smoothie BRANDS® Berry Essence Dengan Mangga Segar & Chia Seed

Contest Recipes

Resepi Smoothie BRANDS® Berry Essence Dengan Mangga Segar & Chia Seed | Projek hari Jumaat. Setelah puas berfikir apa “Healthy Recipe” untuk contest tajaan BRANDS® & Motherhood.com.my, akhirnya Ummi memilih untuk membuat “Smoothie BRANDS® Berry Essence Dengan Mangga & Chia Seed”


Pertama kali mencuba BRANDS Inner Shine Berry Essence ni. Sebelum ni pernah cuba Prune je. BRAND’S® InnerShine® Berry Essence diperbuat daripada tujuh jenis buah beri premium yang dipilih khas dari Eropah dan Amerika. Ia juga diperkaya dengan Vitamin A, C dan E serta Zink. Bebas dari bahan pengawet dan pewarna buatan.

Jom tengok resepi dan hasil kejadian “Healthy Recipe” by Ummi Ilhams.


Resepi Smoothie Berry Essence Dengan Mangga Segar & Chia Seed

Bahan-bahan:

3 sudu Berry Essence
½ cawan susu segar
1 sudu teh madu
½ biji hirisan mangga
½ sudu teh chia seed
½ cawan kiub ais

Resepi Smoothie BRANDS® Berry Essence Dengan Mangga Segar & Chia Seed

Cara membuat:

Kisar berry essence, susu segar, madu dan ais. Masukkan ke dalam gelas dan susun hirisan mangga. Kemudian taburkan chia seed dan sedikit berry essence. Siap!

Sedap! rasanya masam-masam, lemak dan manis mangga. Memang makanan sihat. Mangga baik untuk proses pencernaan, kesihatan tulang, jantung, mengurangkan paras kolesterol, dan baik untuk kesihatan mata. Manakala chia seed baik untuk yang ingin menurunkan berat badan, membantu mencegah sembelit, menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah, mengurangkan risiko kanser dan lain-lain lagi.

Resepi yang atas ni je yang Ummi post untuk pertandingan tu. Ada dua lagi percubaan dari Ummi sebenarnya. Tapi Ummi just post dalam blog ni je la ya.

Jom tengok!

Resepi Smoothie Berry Essence Dengan Chia Seed

Bahan-bahan:

4 sudu Berry Essence
½ cawan susu segar
½ sudu teh chia seed
½ cawan kiub ais

Cara membuat:

Kisar berry essence, susu segar dan ais. Masukkan ke dalam gelas. Kemudian siram sesudu Berry Essence dan taburkan chia seed. Siap!

Yang ni tak berapa nak sihat sebab ada aiskrim vanilla yang manis hahaha.

Resepi Aiskrim Vanilla Dengan Berry Essence

Bahan-bahan:

3 scoops aiskrim vanilla
2 sudu Berry Essence

Cara membuat:

Masukkan 3 scoops aiskrim vanilla le dalam mangkuk. Kemudian siramkan dengan 2 susu Berry Essence. Siap! Sedap rasa manis dari aiskrim dan masam dari Berry Essence tu tau.

Ok korang boleh la cuba resepi-resepi sihat kat atas ni ya. Wish me luck! Mana tahu rezeki menang “Healthy Recipe” pilihan hehehe. Hadiahnya memang menarik macam list kat bawah ni.

1 x 1st Prize = BRAND’S product hamper worth RM250
1 x 2nd Prize = BRAND’S product hamper worth RM150
1 x 3rd Prize = BRAND’S product hamper worth RM100
5 x Consolation Prizes = BRAND’S product worth RM50 each

*Terms & Conditions Apply.

Fuhhhh mudah-mudah ada rezeki hehehe.

Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Resepi Smoothie BRANDS® Berry Essence Dengan Mangga Segar & Chia Seed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!