Wednesday’s Lunch at Kedai Makan MakDak Esah Kg. Tiram Duku

Foods Review Geng Makan

Cerita hari ni, plan asal nak makan di Belanga Cafe je. Tapi tetiba terkeluar dari PTP pula sampai Ummi terlupa nak ajak Babah join sekali hehehe. Jenuh fikir nak makan kat mana, akhirnya kami plan nak makan di Lempeng Station. Sampai depan Lempeng Station Makcik Eqa menonong je tak belok kanan. Kekonon nak pusing, tapi dalam masa yang sama cuba nasib nak ke Warung Mee Udang. Malangnya penuh dah orang. Singgah cuba nasib di CTZ Point, malang lagi lauk dah banyak tak ada.

Akhirnya, muncul idea Ummi nak ajak diorang ke sini. Hoyeahhhh. Memang mengidam nak cuba Mangga Susu yang digembar gemburkan sedap rasanya hehehe. Mana lokasi kami pergi? Haaaa.. kami ke Kedai Makan MakDak Esah, di Kg. Tiram Duku. Kalau korang dari Gelang Patah lorongnya sebelah kanan, kalau dari PTP lorongnya sebelah kiri.

Kawasannya masuk ke dalam sikit, dekat kawasan jeti nelayan Kg. Tiram Duku. Jalan ni banyak kenangan tau masa Ummi kecil-kecil. Dulu kami tinggal di kawasan ni. Masuk ke dalam lagi rumah yang kami tinggal tu. Lepas Tadika kami pindah ke Kg. Tg. Kupang.

Kami sampai tak ramai orang pun. Ruang selesa la.

Sebelum order marilah bergambar dulu hahaha.

Belakang tu ada geng PTP bagi la peluang snap sekali hehehe.

Dari kaunter ni boleh nampak sesuatu yang melambai-lambai untuk dicuba hahaha. Black board comel tu dah tulis special menu, Mangga Susu dan Kedondond Asam Boi. Dalam periuk tu aneka sup, ada sup gear box, daging lagi satu ayam kot lupa pula. Yang dalam balang tu pun melambai-lambai minta dicuba.

Dah sampai sini pun pening lagi nak makan apa haha. Akhirnya Ummi, Noni dan Kak Leen pilih untuk makan asam pedas. Asam pedasnya hanya akan dimasak bila kita order ya. Harga macam kat atas tu.

Harga Bahagian Kepala:

  • Ikan Unga Kambing (setengah) – RM8
  • Ikan Merah/ Jenahak (setengah) – RM10-RM15
  • Ikan Sembilang – RM10-RM25

Harga Bahagian Badan:

  • Ikan Merah – RM8-RM20
  • Ikan Jenahak – RM8-RM15
  • Ikan Sembilang – RM6-RM8
  • Ikan Siakap – RM5-RM10

Ikannya korang boleh pilih dalam polisterin besar ni. Dah siap-siap dipotong mengikut jenis ikan dan bahagian masing-masing. Dah pilih sila masukkan dalam mangkuk dan bagi ke staffnya. Ummi dan Kak Leen pilih badan ikan sembilang sorang seketul dan Noni pilih kepala ikan merah. Tapi mula-mula konfiden ingat kepala ikan unga kahkahkah.

Yang diidamkan dah sampai. Ummi dan Eqa order Mangga Susu. Ya ampun sedap gila. Nikmat sungguh dapat menikmati Mangga Susu ni. Rasa sangat-sangat pure. Segelas berharga RM5.50.

20170920_133911-01

Manakala Kak Leen dan Noni order Kedondong Asam Boi. Ya ampun ini pun sedap gila. Rasa macam mengunyah buah kedondong. Sedap hoi. Sampai Ummi tapau satu cup bawa balik office ehhhh.

Ini nasi goreng kampung telur mata Eqa yang punya.

Asam pedas Ummi dah sampai hoi. Nampak tu menggelegak dalam claypot.

Gambar yang membuatkan air liur korang meleleh hahaha.

Asam pedas kepala ikan merah Noni yang punya.

Lauk tambahan kami bertiga yang makan nasi putih, kailan ikan masin.

Satu lagi telur dadar.

Nampak tak tangan yang tak sabar nak gaul nasi dengan kuah asam pedas tu. Fuhhhh sedap uolls. Very the mak-mak punya air tangan. Sedap! Rasa esok macam nak repeat lagi la tapi nak cuba sup gear box pula hahaha. Tekak Ummi rasa sedap tapi tak pasti tekak korang ya. Cuma lambat sikit la kena tunggu sebab asam pedas tu memang freshly cooked gituuuuu.

Lepas kenyang makan korang boleh ambil angin tepi jeti hehehe. Ewahhhh.. ewahhhh perut memang kenyang gila. Nasi putih pun portionnya banyak. Kalau makan lauk asam pedas je pun dah cukup sebenarnya. Ada juga makanan lain goreng-goreng. Boleh je kalau nak order.

Ok, korang yang nak cuba kat sini bolehlah ke Kg. Tiram Duku ya. Nantilah kalau rajin Ummi add map hehehe. Kalau tak korang call je Cik Mala. Kalau nak order awal, tak nak menunggu pun elok korang call ya. Itu je Ummi nak share. Babai!

Kedai Makan MakDak Esah
Kg. Tiram Duku

Nak order boleh call >> Cik Mala | 017-7451838

Related Posts

One thought on “Wednesday’s Lunch at Kedai Makan MakDak Esah Kg. Tiram Duku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!