Cara Membuat Masker Kunyit

Beauty

Cara Membuat Masker Kunyit | Bila dah kurang pekerjaan di rumah, mulalah timbul idea-idea nak menghilangkan boring tu. Beberapa hari lepas tengok video viral Abang Ton di facebook buat masker kunyit. Ehh. Jomlah kita follow. Jomlah manjakan kulit yang tak berapa nak flawless ni hahaha. Kulit muka Ummi ni tak ada masalah jerawat, kekadang je la muncul seketul dua. Kalau tak yang muncul cuma jeragat je.

Cara Membuat Masker Kunyit

Bahan:

  • Putih telur 1 biji
  • Tepung beras, 1 sudu teh
  • Kunyit, 1 ½ sudu teh

Cara: Campur semua bahan untuk membuat masker. Oleskan masker pada wajah dan leher dan biarkan selama 10-15 minit. Bilas dengan air.

Ini rupa Ummi dah siap bermasker. Sila jangan gelak atau terkejut beruk hehe. Mak ko kuning!

Khasiat Masker Kunyit:

  • Telur membantu menghilangkan minyak berlebih, menegangkan kulit, mengecilkan pori-pori dan mengurangkan garis-garis halus. Putih telur mengandungi extract arbutin baik untuk memutihkan kulit.
  • Kunyit bagus untuk mengecutkan jerawat, melembapkan kulit muka dan menganjalkan kulit muka.
  • Beras/ tepung beras membantu mencerahkan kulit secara alami. Ia juga membantu menghaluskan kulit.
  • Masker wajah ini sangat ideal untuk kulit kering.

Ini adalah reaksi Syamil bila nampak bayang “mak ko kuning” hahaha. Terus dia panjat atas sofa sambil muka mencebik.

“Ummiiiii.. jangan acau amil”

Hahaha terus gelak besar Ummi merekah masker Ummi nak oii.

Lepas dalam 10 hingga 15 minit tu sila cuci muka korang ya dan hasilnya kulit muka korang rasa lembut, halus mulus. Rajin-rajin la buat masker ni dalam 2 ke 3 kali seminggu. Ummi follow cara yang ni sebab bahan-bahannya mudah sesangat tak payah tumbuk ke apa. Kalau nak best korang guna beras yang di blend kasar atau tumbuk serta kunyit hidup. Itu baru feel masker scrub. Apa pun selamat mencuba ya.

p/s Ummi bukan penyokong geng kunyit harap maklum! ekekeke.

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Baca juga: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah

Loading

Related Posts

One thought on “Cara Membuat Masker Kunyit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!