Pertama Kali Makan Buah Bidara

Blogger Review

Pertama kali jumpa dan makan buah bidara. Ini pun sebab Nenek yang bagi kalau tak memang sampai ke sudah la tak pernah makan hehe.

Korang pernah makan ke buah bidara? Ini rupanya buah bidara. Rupanya macam buah epal hijau cuma saiz je kecil dari epal. Selalu dengar dalam gurindam Melayu pantun berkasih tu je.

“Nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan. Hilang emak, hilang saudara. Kerana kekasih, hamba turutkan”

Hamboi kemain kerana kekasih ko nak buang emak hehe.

Semalam cuba makan gitu je. Rasanya tak masam biasa-biasa je rangup manis-manis buah. Bila ada stok kuah rojak kat rumah, cubalah potong buah bidara ni dan simbah kuah rojak. Ya ampun sedap. Tak sedar berbiji-biji kita bedal wak hehe.

Tak pastilah buah bidara ni bermusim ke apa. Rasanya kalau orang Pantai Timur memang suka makan buah bidara ni. Kami je menjakun sikit hahaha. Kuah rojak sedap tu kalau uolls nak cuba boleh PM ya. Semangkuk tu RM5. Dijamin sedap. Sempat buat promosikan. Makan dengan buah-buahan lain pun sedap pasti terangkat.

Ok itu je nak share keterujaan makan buah bidara buat pertama kali. Kalau ada yang kecur sila cari penjual terdekat. Macam tengah ramai yang menjual je hehe. Nanti nak tanya dengan Nenek ni dia beli di mana. Nanti share kat sini ya.

Related Posts

4 thoughts on “Pertama Kali Makan Buah Bidara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!