Joy Design Studio Kini Di Johor Bahru!

Blogger Invitation

SM azrul.jpg

Pada 29 Julai 2017 yang lepas saya dan rakan-rakan blogger yang lain telah dijemput ke majlis perasmian cawangan terbaru Joy Design Studio (JOY) di Johor Bahru. JOY menawarkan pelbagai jenis perabot berkonsepkan moden dan Scandinavia, sesuai dengan citarasa masyarakat hari ini.

Perasaan saya memang teruja sangat sebaik melangkah masuk ke premis 3 tingkat yang dipenuhi dengan koleksi perabot dengan rekaan yang unik, mewah dan segar mengikut trend masa kini.

20170729_113951-01

JOY telah ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Sheikh Mohamad Azrul S.M Nasimuddin Kamal. Ini adalah cawangan yang ketiga selain dari premis yang terletak di Setia Alam, Shah Alam dan juga di ibu pejabat JOY di Bangsar, Kuala Lumpur.

20170729_114110-01

Barisan tunggak utama yang menerajui Joy Design Studio. JOY dimiliki 100% oleh anak Malaysia. JOY sangat menghargai dan menyokong kewujudan jenama tempatan. Sebelum ini JOY pernah berkolaborasi dengan beberapa pengeluar produk jenama tempatan seperti MimpiKita, KREE, Royale Orchid, Whimsigiri dan banyak lagi. JOY memiliki kakitangan jualan yang terlatih dan berpengetahuan dalam bidang Rekabentuk Dalaman agar mampu memberikan layanan yang terbaik kepada para pelanggan.

20170729_122506-01.jpeg

Sesi penerangan tentang konsep rekaan perabot dan barangan hiasan rumah di showroom Joy Design Studio. Dari kiri Encik Shazwan (Manager), Sheikh Azrul (Director) dan Ariff Rijal (Principal Designer).

Cawangan terbaru di Johor Bahru ini adalah berdasarkan kajian demografik yang pastinya dapat menampung jumlah pelanggan di selatan tanah air termasuklah Johor dan Singapura. Ia juga membuka peluang JOY untuk berjinak-jinak dalam pasaran antarabangsa. Beruntunglah orang selatan dan jiran negara sebelah, dapat merasai suasana membeli belah yang nyaman dan mewah dengan harga dan kualiti yang berpatutan. JOY juga mempunyai perancangan masa hadapan untuk memperbanyakkan lagi kolaborasi dalam meluaskan lagi proses pemasaran.

Jom kita tengok satu persatu perabot yang menarik di showroom JOY ni. Saya pasti korang semua gerenti teruja.

20170729_112415-01

20170729_110039-01

20170729_110145-01

20170729_110537-01

20170729_112202-01

20170729_111025-01

20170729_112056-01

20170729_112118-01

20170729_112621-01.jpeg

20170729_110556-01

20170729_112450-01

20170729_112404-01

20170729_112551-01

20170729_112515-01

Saya pun tak melepaskan peluang mencuba sofa yang empuk ni.

20170729_110740-01

20170729_110735-01

20170729_110316-01

Selain daripada perabot, aksesori kediaman seperti kusyen tangan, bantal duduk, akesori hiasan, frame dan juga ambal boleh didapati di Joy Design.

20170729_110110-01

20170729_110047-01

20170729_110114-01

20170729_112344-01

20170729_112144-01

20170729_110943-01

20170729_110929-01

Turut diperkenalkan juga JOY ID & CAFE iaitu sebuah kafe dalam premis dengan nama CUPPAJOY. JOY JB adalah premis pertama yang memiliki kafe sendiri. Kafe ini dilengkapi dengan mesin kopi terkini dan pasukan barista yang terlatih akan sentiasa bersiap sedia menyediakan kopi panas yang pastinya menyegarkan. Kafe ini akan beroperasi sepenuhnya sedikit masa lagi.

Antara menu yang terdapat di CUPPAJOY:

20170729_121736-01

20170729_121707-01

20170729_121617-01

20170729_121601-01

20170729_121649-01

20170729_121555-01

20170729_121722-01

20170729_121653-01

20170729_121639-01

20170729_124352-01.jpeg

Makanan yang disediakan memang menarik dan yang pasti sedap. Sambil-sambil membelek perabot yang bakal dibeli, pelanggan bolehlah mengisi perut sambil bersantai di CUPPAJOY.

20170729_123913-01.jpeg

20170729_123916-01.jpeg

Para bloggers bergambar bersama Pengarah dan kakitangan Joy Design Studio.

Orang Johor dan Singapura yang nak mencari perabot rumah setanding jenama terkenal, bolehlah datang sendiri dan saksikan sendiri perabot-perabot dan hiasan rumah yang menarik dan menawan hati di sini.

JOY DESIGN STUDIO

Alamat:
No. 76, Jalan Pertama 1,
Pusat Perdagangan Danga Utama,
81300 Johor Bahru,
Johor.

Website: www.joyd.my
Facebook: www.facebook.com/joydmy

Instagram: www.instagram.com/joydmy

 

Related Posts

2 thoughts on “Joy Design Studio Kini Di Johor Bahru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!