Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Capt. Nazer

Hari Raya Aidilfitri

Masih tak habis-habis lagi cerita raya ni hoi. Semput nyawa mak nak settlekan entri raya hahaha. Kali ni cerita malam Jumaat ke open house rumah Capt. Nazer. Lepas maghrib kami gerak ke Taman Pulai Indah.

Sampai-sampai orang dah penuh luar dan dalam rumah. Nasiblah dah kenal wife Capt. Nazer tak lah segan mana hehe. Bila masuk ke dalam jumpa wife-wife pilot lain termasuk Kak Su, wife Capt. Haji. Bolehlah borak-borak hehehe.

Ummi makan nasi kerabu tapi dua-dua mamat ni bukannya suka. Jadi Ummi suap diorang ayam percik kelantan tu je. Ilham macam biasalah nak nasi putih je. Nasib baik ada nasi lemak. Maka second round Ummi suap diorang nasi lemak.

Dapatlah kawan baru tu ha. Sambil-sambil Ummi suap mulut dua-dua. Kalau nak bagi makan sendiri habis kang bersepai rumah orang hehehe. Eh kakak kakan tu jeling Syamil la hehehe.

Lepas ke rumah Capt. Nazer kami plan nak ke rumah Wan Zul. Ilham sibuk nak naik kereta Yap. Syamil tu mana la boleh berpisah dengan abang. Jadi dua-dua nak ikut Yap. Pasrah le Ummi Babah naik kereta berdua. Yap pulak tukang handle bebudak dua orang tu aduiii. Memacamlah korang. TQ eh Uncle Yap & housemate dah macam pasangan ada anak dua dah korang.

Related Posts

2 thoughts on “Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Capt. Nazer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!