Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Uncle Nazam

Hari Raya Aidilfitri

Rumah yang paling dinanti. Nak beraya rumah Uncle Nazam. Dia punya excited macam nak terjun dari kereta.

“Assalamualaikum.. assalamualaikum.. kami nak raya ni..”

Terjerit pekik dua beradik ni beri salam depan rumah Uncle Nazam. Aduhai ngekek Ummi Babah tengok gelagat memasing. Dua-dua ni bukan beriya sangat nak beraya dorang ni nak menjakun dengan gadget-gadget Uncle Nazam je.

Masuk-masuk je Uncle Nazam dah jamu dengan TV dia yang canggih manggih ni. Ummi seram sejuk je rasa takut dua-dua tak nak balik ni kang.

Sabar je lah tuan rumah melayan tetamu empat beranak ni.

Beriya memasing. Padahal Uncle Nazam buat trick tu. Bukak youtube tutorial game star wars lah apa lah.

Sempat juga Uncle Nazam hidangkan kami dengan popia otak-otak. Food presentation dah macam kat Absolute Thai hokkay hahaha.

Rojak asma ni sedap. Serius sedap kuahnya. Babah pun kata sedap.

Thanks tuan rumah sediakan makanan.

Asyik memasing melayan game.

Turn Babah pula nak try VR. Mula-mula naik roller coaster, lepas tu mengembara ke alam semesta melihat bulan, matahari, bintang dan planet-planet hahaha. Ummi pun try juga tapi tak ada gambar.

Umcle Nazam ni memang tau. Pandai je pancing bebudak ni.

Adik kata dia yang main game.

Abang kata eh bukanlah ni abang yang main.

Sebenarnya dua-dua pegang je itu youtube anak-anak oi hahaha. Ummi dah warning Uncle Nazam jangan tunjuk harta karun star wars dia kat bilik atas. Memang konfem tak nak balik dua orang ni kang. Dah 6 lebih tu kami dah nak berundur. Uncle Nazam bagi budak berdua ni minion sorang seketul.

Pokok anggur Uncle Nazam. Kata dia dalam setahun lagi la berbuah. Ok, raya tahun depan dah boleh menikmati hasil tanaman anggur ni hahaha.

Sebelum balik ajak bergambar. Tapi Ilham muka tak redho. Dia kata, saya nak star wars bukan minion kahkahkah. Suka hati awak je.

Ni siap bagi pesanan kat Uncle Nazam. Suruh downloadkan movie Despicable Me 3. Lepas tu jangan lupa Lego Star Wars. Nanti datang beraya rumah saya tau. Dia cakap “Sedih Ilham.. Ilham nak raya rumah Uncle Nazam lagi”. Adoiiiii. Setahun sekali je beraya rumah Uncle Nazam mana boleh hari-hari hahaha. Nasiblah rumah ko jauh Nazam oi. Kalau dekat mahu hari-hari dia nak datang. Apa pun TQ ya Uncle Nazam & Uncle Epan  sudi melayan hero-hero kecil termasuk hero besar ni hahaha.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin Smile

Related Posts

6 thoughts on “Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Uncle Nazam

  1. Assalamualaikum hernee.

    Amboii.bukan.main.seronoknya duble.ilham.pi rumahmumcle nazam yer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!