Aidilfitri 2017 – The Ilhams Balik Kampung

Hari Raya Aidilfitri

Hari raya kedua kami balik kampung. Lepas Zohor kami bertolak. Jalan tak berapa minit dua-dua tertidur termasuklah Ummi dia. Tup-tup tersedar kat Pekan Nenas. Eh ingatkan dah sampai Batu Pahat. Rupanya lama tersangkut jammed kat area Pekan Nenas tu hahaha. Kesian Babah drive sesorang. Ummi terpaksa teman adik nak tidur ngeh3.

Masa on the way tu Ummi ajak wefie tiga beranak. Tapi tengoklah hasilnya. Dua-dua duk menjelir lidah grrrrrr. Entah apa entah tema tahun ni bergambar jelir lidah agaknya hahaha.Eh terperanjat Ummi tengok cahaya matahari kat muka Abang Ilham tu.

Sempat singgah makan kat Mc Donald’s Pontian. Itu je nampak yang boleh disinggah. Ajak berwefie tapi adik je yang sporting. Abang tak layan.

Saja je budak kecil sorang tu nak belanja lesung pipit sambil jelir lidah. Eeeeee geram Ummi tengok keletah dia hehe. Kepala botak sempena raya haha.

Punya berzaman nak sampai Kg. Parit Jabar, Senggarang ni uolls. Pukul 5 lebih baru kami sampai. Kat Benut pun trafik slow je aduiiii. Rehat tak berapa minit terus beraya ke rumah sepupu Babah. Sayang kot ada masa lagi sikit hehehe. Next entry kita cerita ya hehehe. Baru perasan baju Ummi yang comot tu. Itu sebab ada budak botak muntah air milo. Habis kena jubah Ummi.

Related Posts

3 thoughts on “Aidilfitri 2017 – The Ilhams Balik Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!