Misi Mencari Baju Raya Babah dan The Ilhams

Family's Activity Ramadhan Al-Mubarak

Misi Hari Sabtu

Weekend lepas curi masa settlekan baju raya Babah dan anak-anak. Pagi gotong-royong kemas rumah petangnya Babah ajak ke AEON Bukit Indah mencari baju raya dan kasut raya, Ni first trip tau. Sebab nak beli sekali baju melayu hari yang sama memang tak sempat sebab kami keluar dah petang. Pasghah jek la.

20170617_183700

Babah tukang layan Abang Ilham yang susah sangat nak bagi kerjasama nak test kasut.

20170617_183852

Tengok tu dia buat perangai.

20170617_184330

Mula-mula nak belikan sama pattern dengan kasut adik, sekali tak ada saiz pulak so Abang kasut lain la eh. Lepas siap beli kasut cari tshirt pula. Dapatlah sorang 2 helai dengan harga yang berpatutan hehe. Lepas tu masuk AEON cari seluar diorang pulak sementara nak kill the times untuk berbuka kat Johnny’s hehe.

20170617_214355

Siap je berbuka puasa, sambung lagi ke FOS. Babah nak cari seluar dan kemeja. Ummi dan anak-anak tunggu kat luar je.

20170617_214407

Hasil membeli dan membelah. Ummi siap beli storage box 2 kotak nak reorganize barang-barang kat ruang menonton tingkat atas rumah kami. Storage box tu ada dua fungsi, sebagai tempat mengisi barang dan juga boleh jadi bangku.

20170617_214512

Budak berdua ni berkeliaran je keluar masuk FOS sementara tunggu Babah. Macam nak hijau juga muka Ummi kat luar tu ahahaha. Diorang suruh Ummi snap gambar sambil pegang toys baru. Selesai Babah cari apa yang patut, Ummi berdezup ke Daiso mencari alas kaki dan bakul nak bubuh baju anak-anak. Lepas settle semua baru kami balik.

Misi Hari Ahad

Sambungan misi hari Ahad. Ambil Abang Ilham awal sikit dari sekolah, tak masuk sesi 2 sebab kekonon nak keluar awal. Sudahnya pukul 3 lebih juga gerak dari rumah. Biasanya Ummi akan cari baju melayu diorang kat Jakel, jadi teruslah tuju ke Jakel. Sampai Jakel manusia ya ampun ramai gila. Mencari baju melayu warna Lilac sangat mencabar lagi-lagi last minute ni kan hehe padan muka. Gambar dalam Jakel tak sempat snap hahaha. Dari bawah naik ke atas sudahnya dapat baju Melayu cekak musang Babah je sorang. Anak-anak tak ada saiz.

Ajak Babah stop kat kedai-kedai lain area Jakel tu pun tak jumpa. Kamdar lagi lah sendu jek tak berorang. Oleh kerana jam dah nak ke pukul 6pm takut sampai lewat untuk berbuka, maka kami terus ke Taman Sutera. Lepas berbuka baru sambung misi mencari baju melayu anak-anak. Sambil berbuka sambil fikir mana nak dituju, antara calon-calon lokasinya Kilang Bateri atau Gulati’s.

20170618_202707

Akhirnya kami ke Gulati’s. Tenang gila nak memilih baju kat sini haha. Tak ramai orang langsung. Cari punya cari warna yang matching dengan saiz yang available cuma ada untuk baju melayu Syamil aduiii.

P_20170618_204425

Pencarian seterusnya ke Kip Mart. Fuuhhh dengan hujan tu redah je la kan. Ummi cakap dengan Ilham, cepat doa banyak-banyak biar kita jumpa baju untuk Abang Ilham hehe. Pusing-pusing Kip Mart alhamdulillah akhirnya jumpa. Lega rasa hati Ummi, siap grab sepasang baju kurung untuk Atok Tipah dan songkok Abang Ilham. Settled semua terus balik rumah.

P_20170618_224349

Ok, inilah baju raya kami empat beranak. Tema Purple dan Lilac kahkahkah. Ummi punya warna tu memang jauh la dari hero bertiga tu. Kira halal la eh. Sekurang-kurangnya ada la sama sikit dengan kain samping Babah tu kan hahaha. Ayat nak sedapkan hati sendiri. Ummi kan one and only princess dalam family kecil ni, kena special sikit dari body guard tiga orang ni ekeke.

P_20170618_224603

Baju raya untuk Atok Tipah.

P_20170618_230316

Plan asal Ummi macam malas nak beli kasut sebab baru lepas beli kasut hehe. Tapi tergoda pulak tengok kasut Carlo Rino tu hahaha. Ada offer beli 2 pasang dengan 1 harga. Pejam mata jek lah haha. Astaghfirullahalazim. Yang lagi satu tu kasut Abang Ilham. Tak boleh dah nak recycle kasut lama dah tak muat dah. Kena juga beli kasut baru. Adik dan Babah baru je beli kasut so tak payah beli yang baru.

Siap dah persiapan raya kami anak beranak. Jumaat Ummi Babah dah start cuti yeay . Tak sabar nak cuti seminggu ekekeke.

Related Posts

5 thoughts on “Misi Mencari Baju Raya Babah dan The Ilhams

  1. alhamdulillah settle semua persiapan..So tinggal raya je..aku pulak kalau nak sedondon,suka cari kain yang sama,jadi sedondonlah kami.Kalau baju yang dah siap ni kekadang payah pulak nak cari sama warna…nak selamat tempah..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!