Adab Menziarah Kubur

My Hero Syurga - Ilham Syakir

Adab Menziarah Kubur | Lepas hantar Abang Ilham sekolah kita jengah Abang Syakir, Nenek dan Noyang-noyang. Kita bersihkan kubur diorang ya Syamil.

Adab Menziarah Kubur

1. Disebutkan di dalam hadits Sulaiman bin Buraidah Radhiallahu’anhu dari ayahnya yang mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُهُمْ إِذَا خَرَجُوا إِلَى الْمَقَابِرِ أَنْ يَقُولُوا السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ

Adalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dulu mengajari para shahabat beliau apabila mereka pergi berziarah kubur agar mereka mengucapkan: “Assalamu `alaikum ahlad diyaar…” (semoga kesejahteraan tercurah atas kalian wahai para penduduk kubur …..).

Dan di dalam sebuah lafazh yang ada pada Imam Muslim:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ نَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ

“Assalamu `alaikum ahlad diyaar minal mukminiina wal muslimiin. Wa innaa insyaa Allah bikum laahiquun. Nas’alullaha lanaa wa lakumul `aafiyah” (Semoga kesejahteraan tercurah atas kalian wahai para penduduk kubur dari kalangan kaum mukminin dan kaum muslimin. Sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul kalian. Kami memohon kepada Allah keselamatan untuk kami dan untuk kalian).

2. Dari hadits `Aisyah yang mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَتْ لَيْلَتِي مِنْهُ يَخْرُجُ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَقُولُ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَأَتَاكُمْ مَا تُوعَدُونَ غَدًا مُؤَجَّلُونَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَهْلِ بَقِيعِ الْغَرْقَدِ

“Adalah apabila Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bergilir di rumahku, maka di akhir malam beliau keluar menuju pekuburan Al Baqi` lalu beliau mengucapkan: “Assalamu `alaikum daara qaumim mukminiin. Wa ataakum maa tuu`aduuna ghadan mu’ajjaluun. Wa innaa insyaa Allahu bikum laahiquun. Allahumma ghfir li ahli Baqi`il Gharqad” (Semoga kesejahteraan tercurah atas kalian wahai para penduduk kubur dari kalangan kaum mukminin. Telah datang apa yang dijanjikan kepada kalian. Dan besok atau ditangguhkan sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul kalian. Ya Allah, ampunilah penduduk pekuburan Baqi` Al Gharqad). (Diriwayatkan oleh Imam Muslim).

3. Di dalam hadits Ibnu ‘Abbas bahwasanya beliau mengatakan,

مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقُبُورِ الْمَدِينَةِ فَأَقْبَلَ عَلَيْهِمْ بِوَجْهِهِ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا أَهْلَ الْقُبُورِ يَغْفِرُ اللَّهُ لَنَا وَلَكُمْ أَنْتُمْ سَلَفُنَا وَنَحْنُ بِالْأَثَرِ

“Pernah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam melewati pekuburan di Madinah. Maka beliau menghadapkan wajah beliau kepada para penghuni kubur itu seraya mengucapkan, “Assalamu `alaikum ya ahlal qubuur. Yaghfirullahu lanaa wa lakum. Antum salafunaa wa nahnu bil atsar”, (Semoga kesejahteraan tercurah atas kalian wahai para penduduk kubur. Semoga Allah memberikan ampunan kepada kami dan kepada kalian. Kalian adalah para pendahulu kami dan kami akan menyusul kalian).( Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi. Dan dinyatakan hasan oleh Imam Tirmidzi).

Faedah:

1. Dari ziarah kubur adalah peziarah berbuat ihsan kepada dirinya maupun kepada orang yang sudah meninggal.

2. Berbuat baiknya kepada dirinya yaitu dengan mengingatkan diri kepada kematian dan negeri akhirat, menjadikan zuhud terhadap dunia, maupun mengambil pelajaran dan ibrah dengan keadaan orang yang meninggal.

3. Adapun berbuat baiknya kepada si mayit yaitu dengan do`a salam, do`a rahmah dan maghfirah untuknya, dan memohonkan keselamatan untuknya.

Credit: Rawat Jenazah

Alhamdulillah, bersih kawasan kubur orang kampung gotong royong mesin rumput. Sempat jengah kubur anak, emak, nenek, datuk, noyang dan saudara mara terdekat. Semoga Allah tempatkan semua insan-insan kesayangan saya di syurgaNya yang teratas.

Balik dari kubur kita jengah rumah pembuat batu nisan. Nak tukar batu nisan Ilham Syakir yang kayunya dah reput. Insha Allah lepas raya baru boleh siap. Semoga Syakir berbahagia di taman syurga. Mudah-mudahan kita dikumpulkam semula di sana. Tunggu Ummi, Babah, Abang Ilham dan Adik Syamil ya ??

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Adab Menziarah Kubur

  1. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals!

    Untuk keterangan lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah ini. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H. Maaf Zahir dan Batin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!