DDHN – Resepi Ayam Hitam Pakcik Cafe UiTM Alor Gajah Melaka

Seperti yang dijanjikan kita kongsi resepinya. Bukan resepi Ummi ya, ini resepi google, yang buatnya pun ex-student UiTM Alor Gajah Melaka hehe. Hanya student kat sini je rasanya yang tahu betapa nikmatnya dapat makan lauk Ayam Hitam ni tau. Kalau boleh hari-hari nak makan Ayam Hitam tau Tak ada lauk lain pun tak apa. Lagilah Pakcik Cafe tu peramah, baik hati lagi la syudent suka makan kat cafe kan. Minggu lepas nampak senior Ummi share post resepi tu, terus rasa nak try hehe. Sebelum ni pernah try resepi ayam hitam juga tapi tajuk DDHN | AYAM MASAK NEGRO VERSI UMMI ILHAM rasa tak sama pun haha. Kalau nak cuba boleh juga.

Ok, jom jangan buang masa tengok resepinya.

1496883641828-01

RESEPI AYAM HITAM PAKCIK CAFE UiTM ALOR GAJAH MELAKA
Credit resepi: https://arelink-aroll.blogspot.my/2011/02/ayam-hitam-pakcik-cafe-uitm-melaka.html

BAHAN-BAHAN:

4-5 ketul Ayam
Tepung Gandum
Tepung Segera Kentucky (Ummi pakai tepung serbaguna Bestari)
* tepung dicampur 50-50%(ikut byk mana diperlukan)
1 biji Telur (dipukul)
1-2 bji Bawang besar (utk diblender & cincang)
4 ulas Bawang putih (blend)
1cm Halia (blend)
1 sudu besar Cili boh (Ummi guna cili blender yang diblend sendiri bukan yang beli)
4 sudu besar Kicap pekat
1 sudu besar Sos tiram
Garam
Gula

CARA-CARA MEMASAK:

– Celup ayam dgn telur yang telah dipukul, kemudian lumurkan dengan tepung yang telah dicampur kedua-duanya.
– Goreng ayam hingga masak dan ketepikan.

Untuk Sos Hitam

– blender bawang besar, bawang putih & halia (jangan hancur sangat)
– tumis & masukkan cili boh hingga pecah minyak
– masuk sos tiram (jangan banyak sangat), kemudian masukkan kicap pekat
– masukkan bawang besar yang dicincang
– masuk garam & gula
– kacau agak-agak pekat & masuk air
– masuk ayam & kacau rata
– angkat & hidangkan untuk dimakan

Thanks kepada Cik Puan yang berkongsi resepi. Sedap memang sedap tapi belum capai piawaian sama sebiji sebijon lagi dengan ayam hitam pakcik cafe. Air tangan la kan, rahsia masakan sedap. Air tangan Ummi belum power lagi nampaknya. Kena banyak kali praktis ni baru boleh open order pes Ayam Hitam kahkahkah. Cik Puan ni pun cuba 2 3 kali tak silapnya baca blog dia baru menjadi rasanya. Tapi alhamdulillah la, sedap juga rasanya tu.

Agaknya ada lagi tak menu ni kat cafe UiTM Alor Gajah, Melaka tu ek. Kekawan jom kita gathering kat cafe kalau ada lagi la request menu Ayam Hitam ni. Tak jumpa lagi ayam hitam yang sama rasanya ni. Nasiblah masa pregnant 7 kali tak pernah mengidam ayam hitam yang original tu kan. Kalau tak haru la Babah Ilhams nak mencari ekeke. Ok ex-student sini yang rindu ayam hitam, bolehlah cuba resepi ni, mana tahu korang masak menjadi rasanya sila jemput Ummi datang rumah ok hehe.

Selamat mencuba! Winking smile

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!