Cuci Mata Di Gulatis Danga Utama Commercial Centre

Ramadhan Al-Mubarak

Lepas dari mendegar taklimat di DOE, kami terus ke Gedung Tekstil GULATIS yang berdekatan. Saja nak cuci-cuci mata bukan nak beli pun hehehe. First time ke area Danga Utama Commercial Centre ni. Nampak banyak juga cafe-cafe menarik.

P_20170525_163603

Parking kereta pun memang betul-betul depan Gulati’s haha.

P_20170525_162138

Ohh rupanya Gulati’s tengah ada Jualan Mega 1 Malaysia bermula 1 Mei – 31 Ogos 2017. Diskaun sehingga 80%. Ada 3 tingkat dan dibahagi dengan beberapa section. Dari bawah sampai ke atas kami terjah walaupun tak beli apa-apa.

P_20170525_162012

P_20170525_162710

Korang nak cari baju kurung raya boleh la ke sini. Setakat hari tu, memang tak ada orang sangat kat sini compared to Jakel. Kalau Jakel tak raya pun orang ramai hehe. Maybe lokasi Gulati’s ni susah sikit orang nak access kot. Eh pepandai je. Aman damain je pilih baju kat sini cuma rimas sikit sales assistant ni mengekor je hahaha.

P_20170525_162115

Kiri kanan baju Melayu. Yang kat cermin tu jangan tengok. Ada penampakan makhluk yang semakin melebar hahaha.

P_20170525_162309

P_20170525_162320

Jubah-jubah pun kalau pandai pilih cantik-cantik juga. Offer 2 helai RM100.

P_20170525_162654

Tudung pun ada yang murah serendah RM10. Tapi Ummi tak belek pun tudung –tudung ni.

P_20170525_162705

P_20170525_163137

Kain ela yang banyak pilihan. Yang atas tu kain pucci. Ummi dah lama gila kot tak beli kain ela untuk tempah baju. Sejak ada anak ni baju beli dah siap je. Yang penting baju-bajunya jubah atau blouse yang breastfeeding friendly. Tengok kain pucci inspired tu memang nampak cun-cun.

P_20170525_163200

Noni ni beriya tanya kain langsir macam nak beli hahaha. Beriya mamat pakistan tu ajak naik atas section langsir. Padahal kitorang memang nak cuci mata je. Lepas dah pusing-pusing satu Gulati’s kami pun keluar semula dan balik. Korang jangan lupa jengah sini kalau nak compare harga dengan tempat-tempat lain ya. Kot mana tahu ada yang berkenan kat sini. Ummi tak ada yang berkenan pun hehehe. Baju melayu Babah dan The Ilhams maybe macam biasa akan dicari di Jakel.

Ok, stop dulu. I is mengantuk Smile with tongue out

Related Posts

2 thoughts on “Cuci Mata Di Gulatis Danga Utama Commercial Centre

    1. hehe langsir tak beli la mar tahun ni..tahun lepas dah tukar..lagi pun beli ready made dari kaison..malas nak hantar tempah hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!