The Body Shop–Good Things Inside

Orang dah offer nak belanja kita terima jek lah kan. Hadiah birthday katanya. Nak demand lebih-lebih tak sampai hati. Kesian encik suami kita bertungkus lumus mencari rezeki hehehe.


Babah offer Ummi nak beli perfume tak? Ummi laju je la nak hehehe. Kecil tapak tangan paper bag Body Shop Ummi tadahkan ekeke. Kitorang memang penggemar produk The Body Shop. Ummi ni agak cerewet bab-bab wangian ni. Kalau bau yang keras-keras ni memang tak boleh nak terima. Konfem pening senoning seharian kalau terbau. So far perfume body shop boleh diterima oleh deria bau Ummi contohnya White Musk, Fijian Water Lotus, Kistina untuk Babah (the most favourite perfume for Babah), Arber pun Ummi suka kalau Babah pakai hehe.

Ini je yang sempat di grab di hari kejadian. Fijian Water Lotus Eau De Toilette dan Vitamin E Moisture-Protection Lip Care untuk Ummi, dan Activist Eau De Toilette untuk Babah. Selalunya kami akan minta pendapat antara satu sama lain kalau nak beli perfume. Ye lah Ummi pakai wangi-wangi untuk Babah haruslah Babah yang approve baunya sekali and vice versa hehehe.

Zoom in, bau Fijian Water Lotus ni best gila kot. Tenang je rasa otak hahaha.

Lip balm Ummi dah mana ghaib entah, jadi Ummi pow Babah beli lip balm baru ekeke.

Yang ni baru first time Babah nak cuba. Baunya not bad. Masih boleh diterima oleh otak Ummi. Bau fresh gitu.

Oleh kerana Ummi memang register member, dapatlah voucher RM30. Fikir-fikir nak redeem sekarang ke nanti-nanti ek. Sudahnya terus redeem dan ambil SHEA Shower Cream ni. Best baunya. Dah selamat digunakan.

Tambahan dapat free sample produk Tea Tree facial wash dan scrub mask. Boleh la test nanti hehehe. Apa pun kalau korang nak try produk The Body Shop kat atas ni memang sangat-sangat recommended dari segi wangiannya dan harga. Boleh la jengah-jengah outlet terdekat tak pun online je Okbai! ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *