Alhamdulillah akhirnya plan kami nak buat potluck berjaya juga walaupun tak semua yang dapat hadirkan diri. Tak apa faham masing-masing ada komitmen.
Lokasi Potluck JDT Blogger bertempat di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang pada hari Sabtu 20 Mei 2017.
Antara gambar kawasan Bukit Layang-layang yang sempat Ummi snap. Dah lama tak ke sini.
Kami lepak di gazebo Laman Yong Peng. Port ni memang Eda dah aim dan Nona pula tukang chop siap-siap pagi tadi.
Kami dari Gelang Patah tiga beranak je. Janji pukul 11am tapi maklumlah dengan anak-anak ni. Silap masuk jalan lah. Eh itu salah Ummi ekeke. Sampai-sampai dah ada model kat pintu gerband bersama belon JDT. Pandai Eda pilih tempat, ada gazebo bekembar cukup menampung kami semua.
Hoyeahhhh.. letak beg, parking anak-anak.. kita wefie dulu.
Lepas tu macam biasalah aktiviti blogger kalau makanan dah beratur depan mata. Apa lagi, kerja snap gambar makanan jek lah. Jom kita belek menu sampai meleleh air liur.
Menu yang dinanti-nantikan, Asam Pedas Ikan Mayong air tangan Mama Maszull. Sedap sangat very the mak mak punya masakan. TQ Mama. Kenyang anak-anak JDT Blogger.
Keropok ikan dari Nona Sani. TQ Nona akak memang suka makan keropok dengan nasi.
Ketam sambal dari Uyul Rosli. Last minute dia tukar sambal patutnya rebus je hehe. TQ Uyul Ketam. Ketam jauh dari Batu Pahat.
Ketam masak lemak dari Ummi Ilhams. Selain ketam Ummi bekal nasi seperiuk dan yang paling penting kicap nak makan dengan asam pedas.
Sandwich dari Juju. Sandwich jauh dari Benut. TQ Juju.
Ayam goreng dan sayur kobis goreng dari Eda dan Mak. Mak tukang bagi bahan, Eda tukang masak. TQ eh korang berdua.
Pavlova air tangan anak Mama Maszull. Sedap hoii sebab akak memang tak pernah makan pavlova. Gitu rasa dia rupanya eh. TQ Mama Aien
Nona Manis dari Mak. Mak kepada Mak yang buat. Favourite Ummi nona manis jagung tu. TQ Mak.
Kek kukus pengganti diri Fai. Fai tak dapat datang ada hal tapi sumbang juga makanan untuk kami. TQ Fai sedap keknya.
Karipap sedap dari Mar Mansor. Eh serius sedap patutlah laris. Inti tu main main peranan penting. Kalau korang nak order boleh contact Mar ya.
Koktel dari Kak Mia. Semua dah terbayang-bayang koktel Kak Mia ni. Jadi dengan ini saya mengumumkan bahawa JDT Blogger telah menandatangani kontrak seumur hidup dengan blogger Mia Liana sebagai pembuat koktel di setiap event JDT Blogger. Harap maklum. Kahkahkah.
Buah tembikai dan honeydew pun dari Kak Mia. Siap potong cantik2 senang nak makan hehe.
Anak dara Mar dan Eda.
Hero-hero body guard Ummi.
Uyul dan Mak.
Eda dan Juju.
Kami ada sesi tukar-tukar hadiah. Hadiah bernilai RM30 ke atas. Ada 9 orang yang databg jadi hadiah pun 9 lah.
Ummi ngidam yang ni dari Uyul tapi apakan daya rezeki dapat lain haha.
Sebelum tukar hadiah kita wefie ramai-ramai sebelum memasing kekenyangan haha.
Nona tetiba kena kerah jadi emcee hahaha. Tapi speech semua kelaut ??
Cabutan pertama dari Nona.. hadiah milik Kak Mia food container. Dah siap buat tapau makanan hahaha.
Cabutan kedua dari Kak Mia dan hadiah milik Ummi Ilhams sekotak power bank. TQ Kak Mia. Eh sadonya lengan Ummi ??
Cabutan ketiga dari Ummi Ilhams dan hadiah milik Juju 2 set lunch box. Semoga Juju bersemangat membawa bekal ke office dan membento untuk firash hehe.
Cabutan ke empat dari Juju hadiah milik Mama wangi-wangian gitu.
Cabutan ke lima dari Mama hadiah milik Mar. Ini pun tema bawa bekal hehehe.
Cabutan ke enam dari Mar hadiah milik Uyul. Dapat teko ko Yul. Buat air sedap-sedap.
Cabutan ke tujuh dari Uyul hadiah milik The Real Blogger Mak.
Part hujung-hujung ni huru hara bila sorang lagi Eda tak dicabut lagi namanya. Tapi akhirnya dia dapat hadiah best dan mahal lebih dari RM30. Dapat propolis dari Mak. Bukan sebotol comel tu je tapi sekotak propolis ok.
Ini muka sedih sebab nama tak ada orang cabut undi hahaha.
Mak tu parti bebas. Dia lain dari yang lain.
Berani sangat Juju diri sebelah kakak garang tu. Alaaa dia tunjuk garang sebab tak nak bagi Juju ambil kepala ikan mayong le tu.
Ummi suruh Kakak Sofea nyanyi tapi dia malu-malu pulak.
Nampak orang tu tengah agih-agih kepala ikan mayong hahaha.
Satu untuk kau.. satu untuk aku.. hahahaha.
Nahhh..jangan rebut-rebut. Mana dah bagi adil semua dapat.
Beriya makcik kakak nak ambil makanan.
Hero Eda dan hero Mama jadi body guard hahaha.
Belum boleh makan lagi..sila tengok kamera ya.
Sebelah sini pulak.
Nampak tak betapa baik hatinya Eda tolong asingkan kepala ikan mayong untuk Ummi. Tapi ummi tak dapat menikmati lagi, sebab misi mengenyangkan perut anak-anak dulu. abang dah kenyang adik pulak tak nak makan. Menangis nak air. Bila Ummi bagu air dia tak nak. Rupanya dia nak air tunjuk nak gi tasik. Aduhaiii.. terpaksalah Ummi bawa ke tasik kejap sebab dia menangis tak nak berhenti selagi tak ke sana. gambar diorang kat tepi tasik entri lain hehehe. Lepas siap bawa diorang, husband Mama tolong layan. Thanks Atok layan The Ilhams main kat playground.
Tibalah masanya Ummi nak menikmati menu-menu sedap dari kawan-kawan.
Ummi memang tak pernah makan pavlova hahaha. Bila cuba pavlova anak Mama ni rasa eh sedap juga rupanya pavlova ni eh. Serious sedap.
Ini kelapa mayong bahagian Ummi. Ya ampun sedapnya asam pedas Mama. Rasa nak bawa Mama balik rumah seminggu masakkan asam pedas hahaha. Teringat asam pedas arwah mak. Kenyang yang amat. Sedap-sedap semua makanan. Thanks kawan-kawan.
Ummi syok sendiri..hmmmm.
Sebelum bersurai haruslah bergambar lagi sekali hehehe. Tapi tiga orang dah balik dulu. Tinggal kami berenam je.
Gambar polaroid tumpang kamera comel Auntie Nona. Gambar bertiga beranak. Lepas siap-siap bergambar kami semua berangkat balik ke rumah masing-masing.
Thanks kawan-kawan sudi meluangkan masa bersama. Next project potluck raya tak pun projek konvoi raya JDT Blogger hehehe. Alhamdulillah rezeki makanan kus semangat sedap-sedap pulak tu kenyang sampai 1 Ramadhan ??? Harap-harap next time ramai lagi yang boleh join memang konfem bertambah riuh rendah hehehe.
banyak betul nama eda dalam entry ni kan..hhahaha..memang tak sempat nak mintak gambar tu semua..mana yang ada masukkan je dalam entry.tengah ada mood ni tak boleh nak spoil..kang entry tak menjadik..
kelapa mayong???? ok
makanan semua sedap especially ikan mayong sebab mak yang masak..Mak kepada blogger JDT…hehehehe..aku pun rasa nak kidnap mama seminggu..Mau anak dia menangis..
assalam eda…alhamdullilah pot luck yg happening sgt…terima kasih yer sbb suka dgn masakan mama tu..menu biasa2 yg dimasak dgn kasih syg utk anak2 JDT Blogger semua…syg u all …
Bestnya boleh lepak sama2. Nak join jgak boleh team jdt sbb selalu ke kluang. Hikhik
assalamualaikum hernee…alhamdullilah potluck yg sgt2 happening sgt…terima kasih suka dgn asam pedas mama yg biasa2 tu…nak pinjam mama yer…hahaahahaaa boleh apa salahnya…kena ada pengerasnya tau…wawaawaaa
Baca sambil sambil tutup mata tengok makanan sedap banyak2.. hahaha..
Baca sambil tutup mata tengok makanan sedap2.. hahaha… jeles tak dapat join sobbb..sobbb
xoe dilah next time join eh..
Kelapa mayong pun bolehlah kak hernee..wakakaka
kahkahkah..excited menaip kepala jadi kelapa..hahaha
weyhh lapar teringat semua menuuu sedap sedapp belaka.