Lunch Di Lempeng Station Kg. Tiram Duku

Foods Review

Lunch Di Lempeng Station Kg. Tiram Duku | Cerita semalam, mencuba menu di Lempeng Station. Babah kata asam pedas sini sedap dan harga murah. Hari-hari lalu pergi balik kerja, kalau petang tu tengok orang memang ramai tak pernah singgah.

Lunch Di Lempeng Station Kg. Tiram Duku

Lempeng station ni terletak di tepi jalan, di Kg. Tiram Duku, Gelang Patah. Bersebelahan dengan SK Tiram Duku dan berdepan dengan Sekolah Agama Tiram Duku.Pemiliknya Kak Fadzline Saleh.

20170514_130629

Beroperasi dari hari Ahad hingga Jumaat dan tutup hari Sabtu. Waktu operasi 11.30am hingga 6.30pm. Siap complete dengan jadual menu,

20170514_130807

Harga setiap menu pun ada. Memang lengkap info-info menu dan harga jualan di Lempeng Station ni.

20170514_131217

Abaikan muka Babah yang muncung tu tengah mengunyah hahaha. Eh kamera ni terbalik, nampak macam Babah makan pakai tangan kiri ekekeke. Budak kecil tu dah tercopong tidur hahaha.
20170514_131012

Ok Ummi dan Babah makan Set Nasi Putih ada ulam-ulaman, asam pedas ikan sembilang, ikan masin.

Lunch Di Lempeng Station Kg. Tiram Duku

Ni ha asam pedas ikan sembilang Babah seketul Ummi seketul. Pekat kuahnya sedap. Abang Ilham kekonon tak nak makan nasi, sekali Babah suap makan juga.

Lunch Di Lempeng Station Kg. Tiram Duku

Babah orderkan dia Mee Bandung. Ini pun dia bedal, Ummi dan Babah tukang back up je. Sedap juga ada udang galah sekor.

Lunch Di Lempeng Station Kg. Tiram Duku
Lunch Di Lempeng Station Kg. Tiram Duku

Sebenarnya macam tak syok pulak tak test lempeng kan. Dah namanya Lempeng Station hehehe. Jadi Babah kata belilah 1 set lempeng biasa. Dalam satu set lempeng ada sambal merah, samabal hijau dan ikan masin. Ummi ingatkan kena pilih nak sambal apa hehehe. Rupanya semua dapat. Lembut gila lempengnya. Siap cicah dengan kuah asam pedas yang tinggal baki tu hehehe.
20170514_132056

Nampak pulak cendol selepas order air. Terus cancel 1 air dan order cendol semangkuk. Sendat perut Ummi sejuk tekak cendol lalu hehehe. 20170514_133809

Ok selain nasi, mee, lempeng, cendol dan lain-lain ada juga jual aneka pau. Nak try tapi perut dah sendat sangat. Next time lah kita cuba. Total harga makanan ni semua RM26 je. Murah je memang harga tulus penuh kasih sayang macam kat bunting tu hehehe.

Untuk korang yang berkerja sekitar PTP boleh la cuba makan kat sini. Tapi kena cepat sebab selalu lalu memang penuh je orang. Nak order siap-siap boleh contact nombir tertera di bunting.

p/s Sorry ya Kak Lin (taukey Lempeng Station) sebab Ilham buat perangai time dah nak balik tu. 

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Related Posts

One thought on “Lunch Di Lempeng Station Kg. Tiram Duku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!