Menyiapkan Stok Lada dan Bawang Kisar

Tips Di dapur

Hai korang.

Dua hari ni kurang entri blog ni. Kalau tak berderet-deret haha. Kekonon malam Sabtu dan malam Ahad nak marathon update blog tapi tergendala dek kerana ada budak kongker PC. Terus kelaut mood Ummi ni tau.

Semalam busy dengan event Legoland sepanjang hari melayan anak-anak di Legoland. Entrinya menyusul nanti ya. Hari ni pagi ke Taman Universiti menguruskan amanah kawan yang nak menyumbang untuk Ramadhan Care. Balik ambil Abang Ilham dah dekat pukul 1pm ajak Babah makan luar je takut Ummi yang gastrik nak siapkan lunch hahaha. Alasan!

Eh panjang sangat mukadimah. Padahal nak cerita stok lada dan bawang kisar ekekeke.

P_20170514_183511

“Weekend’s heaven” bagi Ummi Ilham bila stok lada dan bawang kisar ni penuh dalam peti sejuk. Ye lah bila dah ada stok senang pagi-pagi nak masak bekal, petang balik kerja nak masak makan malam. Jimat sikit masa tu. Memang dah terikut cara arwah mak dulu.

Petang ni Abang Ilham request nak makan asam pedas ayam. Makan bertambah-tambah sampai Ummi Babah tak cukup nasi. Ayat manis dia, “Terima kasih Ummi masakkan Ilham asam pedas ayam.. sedap sangat Ummi masak”. Ye la tu Ilham. Ilham tak pernah tak puji masakan Ummi walaupun rasa kelaut hahaha.

Ok lah, jumpa lagi next entry. Boleh baca entri yang berkaitan:

Tips Di dapur Untuk Mereka Yang Kekurangan Masa
Stok Bahan Masak Dah Ready.. Yeay!

Related Posts

6 thoughts on “Menyiapkan Stok Lada dan Bawang Kisar

  1. Betul tu kak.. Bila lada dengan bawang dah siap kisar cenggini laju je nak ke dapur. haha

  2. assalamualaikum hernee….mama yg ada kat rumah ni pun lebih suka siapkan awal dlm ais box…senang bila nak guna….cepat dan pantas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!