MUAZ Wholesale Emporium Kini di Johor Bahru

Blogger Review

MUAZ Wholesale Emporium Kini di Johor Bahru | Lepas makan di sinilah tempat yang kami tuju. Bukan nak beli apa pun saja nak survey hehe baca review kekawan teruja pula nak ke sini. Dari Ahad bawa ke Rabu sampailah ke Jumaat baru lah impian jadi kenyataan. Sampai mana lagi kalau bukan ke MUAZ Wholesale Emporium yang kini dibuka di Bandar Baru UDA. Jadi orang-orang JB tak payah susah-susah ke KL kalau nak dapatkan pakaian keluaran Muaz ni.

P_20170512_140345_vHDR_Auto
P_20170512_140309_vHDR_Auto

Belum apa-apa mata dah melilau tengok harga yang super duper murah. Belum masuk ke dalam lagi. 

P_20170512_140318_vHDR_Auto

Haaaa melampau kalau tak nampak bunting besar ni kan. Dari luar dah nampak orang ramai masuk dalam kussss semangat.

P_20170512_135301_BF

Sebelum memulakan pengembaraan, marilah kita wefie ekeke. Rasa macam datang ramai sangat sebab banyak cik patung yang masuk join bergambar hahaha. Tengok harga tudung ya ampun murah sangat ada RM7 sehelai ada RM8. 

P_20170512_135434_vHDR_Auto

Setiap celah baju ada orang. Fuhhh. Masing-masing memborong baju dan tudung raya mungkin. 

P_20170512_135536_vHDR_Auto

Harga blouse pun memang berbaloi-baloi dan cantik. Dulu kawan Ummi Che Ta pernah belikan blouse Muaz ni. Memang selesa dipakai.

P_20170512_135609_vHDR_Auto

“Harga yang dipamerkan tidak termasuk GST”. Walaupun tak termasuk GST masih dikira murah la kan. Sempatlah tekan kalkulator nak tengok harga sebenar hehehe.

P_20170512_135803_vHDR_Auto
P_20170512_135811_vHDR_Auto

Noni sampai tersesat dalam timbunan baju hahaha. 

P_20170512_135813_1_vHDR_Auto
P_20170512_135829_vHDR_Auto

Amboi-amboi siap naik lift bagaikan baru 3 tingkat hehehe.

P_20170512_135851_vHDR_Auto
P_20170512_135903_vHDR_Auto

Jubah pun murah-murah. Baru RM39 + 6% GST boleh dapat berhelai-helai kalau nak compare harga di butik-butik di depan sana.

P_20170512_135922_vHDR_Auto

Ada juga lah macam berkenan tapi memandangkan cabaran nak membayarnya tu kena beratur panjang terus lupakan jek lah niat suci murni tu. Next time maybe.

P_20170512_135929_BF

Kita selfie jek lah depan jubah hahaha.

P_20170512_140013_vHDR_Auto

Makcik-makcik ni kena kerah bergambar hahaha.

MUAZ Wholesale Emporium Kini di Johor Bahru

Haaaa sanggup ke nak beratur panjang macam tu? hehehe. Acik tak sanggup. Kaunter cashier ada dua sahaja. Memang senua orang akan bayar dan serbu ground floor bahagia tudung-tudung. Bayangkanlah sesaknya. Maybe baru lagi kan, harap-harap akan datang pihak Muaz dapat sediakan lebih banyak kaunter bayaran at least 1 kaunter setiap tingkat. Barulah makcik-makcik yang beratur panjang tak merungut hehehe.

P_20170512_140420_vHDR_Auto

Berkenan pula blouse dan skirt labuh yang display kat luar ni hehehe. Eqa tengah potpet apa la tu ngeh3. Lepas pusing-pusing kami berlima tak beli apa pun sebab tak sanggup nak beratur kang balik office terlebih-lebih pula lambatnya.

Nanti boleh datang lagi, bak kata Mama Maszull tak lari Muaz dikejar hahaha. Tapi rasanya kalau mak-mak nak bershopping better tak payah bawa anak. Pergi sendiri lebih mudah nak shopping takut anak-anak tak selesa ramai bersesak dan panas. Rasanya Babah Ilham pun tak berapa nak ke sini hahaha jadi Ummi kena curi masa pergi hari Jumaat dengan kawan-kawan ekeke. Lagi satu, kalau mak-mak yang tak berkerja dinasihatkan ke Muaz weekedays (hari orang berkerja) time-time awal pagi orang kurang bolehlah mak-mak shopping sakan. Nak membeli ni kena fokus, nanti silap beli tak muat susah je nak datang semula tukar. Hari-hari hujung minggu konfem lagi ramai, kalau tak nak bersesak sila ikut nasihat saya hehehe.

Ok itu je nak bebel. Bagi korang yang berkerja nak cari blouse harian untuk berkerja memang sesuai sangatlah beli kat Muaz ni. harga berpatutan dan menjimatkan. Berbelanjalah dengan berhemah, ingatlah suami dan anak di rumah ?

JOM LIKE – HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

17 thoughts on “MUAZ Wholesale Emporium Kini di Johor Bahru

  1. bestnyaa. kalau sha ni kan, dapat cuci mata takdapat beli pun takpe tapi kalau bekenan sangat grab je hehehe

  2. seronoklah kan bila dapat shopping baju murah macam ni…kalau kat butik dapat sehelai je,kat sini dapat 2-3 helai…hehe

  3. Assalamualaikum, saya nak tahu tempat ini kat mana dan boleh kasi nombor telefon anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!