Friday’s Lunch – Restoran Anjung Selatan Bandar Baru UDA

Foods Review Geng Jumaat

Cerita makan bersama Geng Jumaat. Hari ni berlima tapi kurang sorang, Makcik Dila tak join, dia half day sebab nak balik ke Penang. Tujuan utama keluar rehat sebab nak ke bank. Tapi isi perut dulu di Restoran Anjung Selatan. Gelang Patah macam dah tak ada bank nampaknya sampai jauh menjelajah ke sini. Padahal lepas makan ada lagi satu agenda hehehe.

P_20170512_131746_vHDR_Auto

Ummi repeat Patin Tempoyak la apa lagi. Ambil patin buah bahagian kepala RM29.

P_20170512_131803_vHDR_Auto

Nasi Ummi bersama terung berlada dan tempoyak. Memang muka tempoyak ek hahaha. Sedap sesangat. Terasa kuah yang pekat tu lalu kat tekak lagi hehe.

P_20170512_131837_vHDR_Auto

Ini lauk Kak Leen. Kak Leen kena paksa jamah ikam patin ekeke.

P_20170512_132134_vHDR_Auto

Ini lauk Eqa. Amboi ulam peria katak.

P_20170512_132137_vHDR_Auto

Ini lauk baby Noni eh baby la sangat hahaha. Ala tak meriah pinggan Noni.

P_20170512_132144_vHDR_Auto

Ini pinggan Ira meriah sikitlah dari Noni hahaha. Dorang tak beriya nak makam ikam patin. Ummi je yang beriya sangat ni hahaha.

P_20170512_132409_BF

Sebelum makan haruslah bergambar dulu. Walaupun tangan dah menggigil lapar.

P_20170512_134341_vHDR_Auto

Ok ini harga saya makan sorang hehehe. Rasa segan nak masuk kat dalam group money tracker hehehe. Makan sedap jeklah Ummi oi. Lepas tu baju seluar semua sendat. 

Memang masih sedap macam kali pertama makan di sini. Orang jangan katalah, macam tak pernah kosong. Susah nak tengok meja kosong. Fuhhh rezeki taukey restoran. Ummi baru perasan sebelah kanan restoran tu ada sate, bubur, aneka mee dan lain-lain. Sebab datang fokus nak makan ikan patin tempoyak jadi tak amik port menu lain hahaha. Lepas makan, kami ke kedai yang dekat-dekat dengan restoran ni. Kat mana tu? hehehe tunggu next entry.

Oklah, boleh baca review pertama Ummi ilhams Friday’s Lunch–Mencuba Patin Tempoyak Sedap Di Restoran Anjung Selatan Bandar Baru UDA Johor Bahru

Related Posts

6 thoughts on “Friday’s Lunch – Restoran Anjung Selatan Bandar Baru UDA

  1. Hri ni lunch di Anjung Selatan , BBU .. Tak tahu kenapa masakannya sudah tak sesedap seenak dulu2 .. tempoyaknya terlampau manis , pekatnya terlebih sangat dan colour kuahnya tu terlampau berbeza dgn dulu2 .. kenapa ya ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!