Lama betul Ummi Ilhams nak habiskan cerita ke Bandung ek aduhaiiii. Bila gambar dah beribu dia punya malas tu mencanak-canak rasanya. Apa tidaknya semua benda nak snap hehehe.
Alhamdulillah kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Husein Sastranegara Bandung lebih kurang jam 1pm waktu Indonesia. Syukur!
Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Husein Sastranegara Bandung.
Wefie anak beranak, Abang Ilham dah menyelit tak nampak.
Bagi can lah Babah bergambar sesorang.
Kena paksa bergambar tau budak sorang ni.
Ummi nak ajak bergambar pun dia nak lari aduhai.
Babah isi form sebelum keluar untuk pemeriksaan Imigresen..
Budak ni suruh Ummi snap gambar dia kat sini. Cantik kata dia.
Yang ni memang berkepit jek lah dengan Ummi senang nak bergerak. Kalau lepaskan jalan lambat nanti.
Keluar je lepas pemeriksaan Imigresen dah terpampang nama “IBU HARNEE” hahaha. Harnee pun bolehlah Mas.
Boleh tahan sibuk jalan kat sini. Ini berdepan dengan lapangan terbang. Lapangan terbangnya kecil je tak lah sebesar Lapangan Trebang Antarabangsa Senai.
Orang yang dinanti dah muncul. Inilah Pok Teh saya, one and only adik lelaki Tok Ayah yang dah 2 tahun menetap di Subang, Bandung atas urusan pekerjaan. Udah jadi orang Bandung hehehe.
Ajak Nenek wefie kejap.
Ini supir yang Pok Teh dah booked untuk kami. Pok Teh dah biasa menggunakan perkhidmatan diorang. Kami menggunakan perkhidmatan VIZU TOURISM. Nama adik ni Dea,
Inilah kenderaan yang berkhidmat untuk kami selama 3 hari 2 malam di Bandung.
Welcome to Bandung. Kami menuju ke restoran nasi padang sebab Tok Ayah nak makan nasi padang hahaha. Nasib sempat snap signboard tu ekekeke.
Boleh tahan macet eh speaking Indon pulak. Tapikan yang bagusnya walaupun kenderaan penuh sesak tapi dorang tak pulak berlanggar sesama sendiri. Bunyi hon memang satu kemestian di sini. Kalau kita kat Malaysia ni kalau dah bunyi hon kiri kanan rasa hangin juga kan hehehe.
Ok cerita makan akan bersambung next entry. Doakan Ummi Ilhams dapat siapkan cerita Bandung ni sebelum pergi holiday ke Sabah hehehe. Kalau tak memang double trouble jadinya. Cuti Wesaj Day marathon update blog
Jom baca entri berkaitan Travelog Bandung..
TRAVELOG BANDUNG | PERSEDIAAN SEBELUM KE BANDUNG, INDONESIA
TRAVELOG BANDUNG | TRAVEL INTINERARY BANDUNG
TRAVELOG BANDUNG | HARI KEBERANGKATAN KE BANDUNG–11 OKTOBER 2016
banyak betul kisah yang nak dikongsikan ye
JanjiKita
tu la semua nak cerita hehehe
seronoknya cuti cuti. huwarghh nak cuti cuti jugak.
hehehe silalah cuti release tension..